Ahad, 21 Mac 2010

Tahniah Purnama Gemilang





Semalam tepat jam 5.15 petang, di Mini Stadium Pantai Murni perlawanan akhir merebut Piala Senator Dato' Seri Mohd Jamil Khir Baharom telah berlangsung antara dua pasukan terhebat dijalan Alor Setar - Sg. Petani iaitu Guar Chempedak (B) dan Kampung Kilang Ketapan.

Penutupan liga tersebut telah dibuat Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan belaiu turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Disamping perlawanan akhir, acara selingan turut disertakan seperti menyepak bola kearah gol, cabutan bertuah dan sebagainya.

Dalam perlawanan tersebut, Purnama Gemilang telah menjaringkan gol pada minit ke 18 pada separuh masa pertama dan mendahului sehingga minit ke 87, barulan pasukan Kilang Ketapan berjaya menyamakan kedudukan. Sehingga tamat masa sebenar permaianan, kedudukan terikat 1-1 dan sepakan penalti dibuat untuk mencari pasukan yang akan menjuarai liga tersebut.

Sehingga akhir sepakan penalti, akhirnya pasukan Kilang Ketapan berjaya dengan 3-2 dan Purnama Gemilang berjaya menjadi naib johan pada liga sulung yang disertai oleh pasukan yang baru berusia setahun.

Sebelum ini, pasukan Kilang Ketapan berjaya menjadi juara Piala YB Ahli Parlimen Jerai yang diadakan pada tahun lepas. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kepada Padang Lumat FC yang menduduki tempat ketiga dan Taman Seri Utama keempat.

YB Senator juga berjanji akan menjadikan liga ini sebagai acara tahunan dalam Parlimen Jerai dan diharapkan jumlah pasukan yang akan menyertai liga ini akan bertambah. Tahniah juga kepada pihak penganjur liga ini kerana berjaya menamatkan liga ini dengan cemerlang jika diukur dari segi kehadiran jumlah penonton yang begitu ramai dan meriah. Kita jumpa lagi dimasa akan datang.

2 ulasan:

  1. Sekalung ucapan taniah diucapkan kepada skuad Kilang ketapan kerana meraih kejuaraan ini. Tidak lupa juga kepada purnama gemilang yang berjaya ke final.

    Majulah Sukan Untuk Parimen Jerai...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum, kami ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasukan kilang ketapan dan guar 'B' yang berjaya keperingkat akhir dan semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini. adalah menjadi harapan kami pertandigan seperti ini menjadi landasan bakat-bakat muda terutama dari parlimen jerai untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi. terima kasih kepada semua pasukan dan semua yang terlibat kerana memberi kerjasama bagi menjayakan pertandigan ini. insyaallah kita akan bertemu lagi pada pertandingan akan datang. wassalam

    BalasPadam