Ahad, 24 Januari 2010

Liga Tertutup Parlimen Jerai


Pada hari Sabtu bersamaan 23 Januari 2010, di padang awam Pantai Murni berlangsung perlawanan bolasepak liga tertutup parlimen jerai anjuran Senator Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Perlawanan tersebut adalah dari kumpulan G antara pasukan Purnama Gemilang dan Sg. Udang.

Perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan bermula jam 5.30 dan dianggarkan sejumlah 150 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang agak menarik dan sedikit tegang dimana pengadil telah mengeluarkan satu kad merah dan 5 kad kuning. Pada separuh masa pertama tiada jaringan bagi kedua-dua pasukan dan tiba pada separuh masa kedua tiga jaringan gol telah dibuat oleh pasukan purnama gemilang dan perlawanan berakhir dengan kemenangan pasukan Purnama Gemilang.

Yang menariknya pasukan purnama gemilang telah dilatih oleh Muhammad Ramli iaitu bekas jurulatih pasukan Sukma kedah yang mendapat pingat perak pada Sukma 2006 di Alor Setar dan beliau juga adalah bekas pemain pertahanan pasukan Kedah ketika era kedah berada di puncak kejayaan.

Perlawanan tersebut banyak dikuasai oleh Purnama Gemilang tetapi penyudahnya kebanyakkan kurang menepati sasaran dan banyak mensia-siakan peluang keemasan. Keseluruhannya banyak lagi perlu dibaiki oleh pasukan Purnama Gemilang terutamanya sikap dan pengawalan diri semasa dipadang. Pengawalan diri dan bersikap tenang perlu diserap dalam setiap pemain supaya tidak cepat melatah dan panas baran kerana ini akan merugikan diri sendiri dan pasukan.

Pengawalan bola, cara mengambil dan menghantar bola kepada rakan masih perlu dibaiki kerana kebanyakan apa yang diperhatikan cara tersebut memenatkan rakan. Semasa menerima bola, pemain tidak sepatutnya menunggu bola tiba dikaki sahaja dan pemain perlu pergi mengambil bola. Kesannya ialah jika kita tidak bertindak, maka pihak lawan akan mendapatkan bola tersebut dan jika keadaan ini hampir didepan gol kita, maka akan wujud suasana kelam kabut dan boleh mengakibatkan lawan menjaringkan gol.

Satu lagi cara hantaran, sepatutnya bola yang hendak dihantar kepada kawan mesti melalui cara yang mudah seperti menghantar secara leret bukan mengangkat bola tinggi atau lambungan kecuali kalau keadaan memaksa dan hendak membuat hantaran jarak jauh dan sebagainya.

Walaupun pasukan tersebut menang dengan kelebihan tiga jaringan tetapi lawan yang mereka hadapi adalah agak veteran dan kurang stamina, sepatutnya pasukan ini perlu menjaringkan gol dengan lebih banyak lagi buat pembakar semangat dan perang saikologi dengan lawan akan datang. Apa yang saya nampak mereka mempunyai kelebihan stamina dan larian tetapi kelebihan ini tidak dapat digunakan sepenuhnya mungkin kekurangan perancang.

Bahagian tengah kurang menyerah kerana tidak dapat menyerap asakan dan serangan dari pihak lawan. Mereka perlu menguatkan bahagian tengah dengan meletakkan pemain memakai nombor 3 ditengah dan kelebihan beliau yang boleh melontar bola jauh lagi mempercepatkan serangan.

Pemain nombor 8 mepunyai larian yang deras tetapi tidak dapat digunakan oleh pasukan atau beliau sendiri kurang keyakinan diperingkat perlawanan sebenar. sepatutnya beliau diletakkan dibahagian sayap kanan dan senang membuat hantar jauh dan beliau yang mempunyai pecutan boleh mendapatkan bola dengan mudah dan melarikan bola sehampir dengan kawasan gol yang boleh terus menendang kearah gol atau mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Bahagian pertahanan agak tenang semalam mungkin kerana lawan kurang melancarkan serangan merbahaya dan ketumpulan serangan mereka merupakan salah satu faktor bahagian pertahanan kurang mencabar. Apa yang saya perhatikan pemain bernombor 15, bijak mengawal bahagian belakang dan sikap kepimpinannya sebagai ketua pasukan patut dipuji dengan mengawal perasaan pemain pasukannya.

Dua jaringan bersahaja dan cantik hasil hantaran lintang pemain sayap kiri memang patut diberi ucapan tahniah kerana bola menuju diruang antara tiang dan penjaga gol, Keadaan agak sempit dan ruang kecil itulah yang membuat penjaga gol lawan terpaku dan gol kedua adalah hasil kebijaksanaan penyerang yang mengucar-kacir pertahanan lawan terus merembat bola kedalam gol lawan.

Dan selepas gol kedua, ulasan seterusnya tidak dapat dibuat kerana aku mendapat panggilan dari rumah yang mengatakan rumah terkunci. Sepanjang 45 minit aku dipadang, keseluruhan permainan agak perlahan kerana mungkin masing-masing pasukan ingin membaca rentak permainan dan berhati-hati kerana takut mendapat kecederaan.

Sepatutnya pihak penganjur hendaklah meletakkan pasukan kecemasan seperti paramedik dan kereta ambulan serta pihak pengawal seperti Rela atau polis kerana selalunya malang selalunya tidak berbau.

Tahniah kepada Habib Karim, Adi dan seluruh anggota skuad Purnama Gemilang kerana membabitkan diri dalam sukan tanahair dan semalam Sinar Harian (25.1.2010) ada menyiarkan cerita mengenai pasukan Purnama Gemilang.

Jumaat, 22 Januari 2010

Al Fatihah





Semalam berita yang mengejutkan aku terima lebih kurang jam 6.15 petang setelah pulang menziarahi kedua ibu bapa aku di Guaq. Dalam perjalanan pulang untuk mengambil CT di sekolah, Mak aku memberitahu bahawa Tok Ngah aku (Khalijah bt Ibrahim) telah kembali mengadap Illahi. Usianya sudah 94 tahun dan menghampiri satu abad sekian lama uzur hanya berbaring di atas katil sahaja.

Menurut laporan aruah meninggal kerana sakit tua. Aruah selama ini hanya mengenali orang dengan hanya mendengar suara sahaja termasuklah aku ketika sering melawat beliau. Semasa hayat, aruah tidak pernah mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Aktiviti harian semasa sihat pada setiap pagi dan petang dengan menyapu sampah dikeliling rumah.

Pernah satu ketika aku bersama Pak Menakan aku kesana pada tahun 1984, semasa kami sampai aruah masih memegang penyapu lidi dan terus mendapatkan kami. Tidak banyak sangat sejarah beliau yang aku ketahui tetapi yang penting aruah ialah Mak Menakan kepada Mak aku.

Kali terakhir aku menziarahi beliau ialah ketika kenduri di Jalan Baru pada 26.12.2009. Kepada aruah aku berharap beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al Fatihah.

Selasa, 19 Januari 2010

Himpunan gambar-gambar klasik


























Samsul Hisam bin Mohd Shah




Sahabat lama aku sejak dari FRIM dan sehingga hari ini masih lagi berhubung. Keistimewaan Samsul ialah ibarat semut dengan gula. Sewaktu menuntut di FRIM dulu, tiap2 minggu balik kampung buat karipap. Bila aku tanya kenapa, saja cari duit lebih dan itulah kegigihan keturunan jawa dari Kajang ini.

Sejak dari 1993 telah merantau ke luar negeri, sebelum itu ke Singapura dan akhirnya terus menetap di Papua New Guinea. Bermula sebagai penyelia hutan dengan Cakara Alam iaitu salah sebuah anak syarikat Land & General dibawah naungan Tan Sri Wan Azmi Hamzah sehinggalah sekarang 2010. Lebih 17 tahun di bumi gersang dan entah sampai bila akan terus menetap disana. Ada kemungkinan sehingga bergelar jutawan barulah ingin menetap terus di bumi Hang Tuah.

Kami sama-sama bertugas di hutan sejak 1993 hingga 2001 dan selepas itu beliau ditukarkan ke ibu pejabat Port Moresby dan aku ke kampung, Gurun. Aku tidak seperti beliau yang terus setia dengan satu syarikat sahaja dan mungkin ini dinamakan rezeki. Tak semena-mena pada tarikh 21 Januari 2010 nanti, aku pula akan kesana dan kami bertemu kembali, insyaallah.

Banyak sangat kenangan pahit manis ketika kami bersama dan yang paling dasyat ialah pernah aku disengat lebah sebanyak 14 gigitan ketika bersama Samsul sewaktu didalam hutan di Johor dan pernah berakit di Sungai Selangor dan rokok JPSM jangan ceritalah.

Beliau pernah ke kampung aku, sama-sama ,memanjat Gunung Jerai dengan kapcai 70 ayah aku dan pekena nira masam dan yang paling syok ialah ke Pulau Langkawi sehinggalah ditahan pihak perisik jiran kerana disyaki menghisap dadah. Tetapi semua itu selamat kerana kami sendiri terdiri dari insan-insan yang beriman.

Anak sulong beliau kini sedang mengikut pengajian di Seremban dan yang kedua berada di Melaka bersama keluarga ibunya dan Si Jamal sudah berusia 9 tahun hasil dari kongsian hidup di PNG.

Sekali lagi pada jumaat ini kita akan bersama lagi sehingga satu tarikh yang tidak dapat dipastikan dan segala coretan ini adalah hasil dari kebenaran pihak yang berkenaan.

Sahabat lama-Arimi Sidik



Tiba-tiba ruangan sembang group dikejutkan dengan kemunculan saudara Arimi Sidek dari Sabah. Bekas pelajar dari Yayasan Sabah yang dihantar kemari untuk sama-sama kami menyelami jiwa semenanjung dan ilmu dari sini dibawa pulang ke kampung halaman dan mengamalkan disana.

Aku ada menyimpan dua foto lama beliau yang diambil ketika malam ASMI 1985, iaitu tahun terakhir beliau disekolah dan lebih 20 tahun foto itu masih seperti dahulu. Kini jika diambil gambar terbaru beliau mungkin sudah ada perubahan terutamanya rambut mungkin sudah putih barangkali.

Sebenarnya tidak banyak kenangan manis aku bersama group-group yayasan ini kerana mereka lebih banyak bermuasasah sesama sendiri dan kalau ada pun sedikit sangatlah mungkin ada yang telah aku lupa. Tetapi rakan-rakan yang lain macam Gee, Japrol dan mana2 yang menjadi pilihan hati tu, tak taulah.

Arimi Sidek, kini telah menjawat jawatan besar di Sabah dan beliau adalah produk2 SMI yang berjaya mencapai Master dalam Pengurusan Perniagaan dan diharapkan suatu masa nanti jika murah rezeki, kita satukan semula bekas2 penghuni ASMI didalam satu majlis gilang gemilang. Ini mungkin juga berlaku ketika SMI menyambut ulangtahun ke 100 pada 2019 nanti.

Sama-sama kita mendoakan supaya sahabat2 kita terus berjaya dan kejayaan mereka itu digunakan untuk menolong generasi-generasi akan datang.

Selasa, 5 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca blog ini dan terima kasih diatas sokongan anda. Dengan memberikan komen-komen yang membina, saya yakin dapat membaiki mutu blog dan penulisan didalam blog ini. Saya juga menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang hendak diluahkan sila email ke mazlantaat@yahoo.com

Selamat Tahun Baru 2010