Jumaat, 22 Januari 2010

Al Fatihah





Semalam berita yang mengejutkan aku terima lebih kurang jam 6.15 petang setelah pulang menziarahi kedua ibu bapa aku di Guaq. Dalam perjalanan pulang untuk mengambil CT di sekolah, Mak aku memberitahu bahawa Tok Ngah aku (Khalijah bt Ibrahim) telah kembali mengadap Illahi. Usianya sudah 94 tahun dan menghampiri satu abad sekian lama uzur hanya berbaring di atas katil sahaja.

Menurut laporan aruah meninggal kerana sakit tua. Aruah selama ini hanya mengenali orang dengan hanya mendengar suara sahaja termasuklah aku ketika sering melawat beliau. Semasa hayat, aruah tidak pernah mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Aktiviti harian semasa sihat pada setiap pagi dan petang dengan menyapu sampah dikeliling rumah.

Pernah satu ketika aku bersama Pak Menakan aku kesana pada tahun 1984, semasa kami sampai aruah masih memegang penyapu lidi dan terus mendapatkan kami. Tidak banyak sangat sejarah beliau yang aku ketahui tetapi yang penting aruah ialah Mak Menakan kepada Mak aku.

Kali terakhir aku menziarahi beliau ialah ketika kenduri di Jalan Baru pada 26.12.2009. Kepada aruah aku berharap beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan