Ahad, 12 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010/1431












Salam sejahtera kepada semua umat Islam sedunia kerana ketibaan Aidil Fitri yang disambut pada 10.9.2010 bersamaan hari jumaat. Suasana sambutan aidil fitri kali ini berbeza mengikut tempat, mood dan kemampuan masing-masing. Tahniah yang baru menerima cahaya mata sempena aidil fitri kali ini dan pasangan masing-masing dan tidak lupa juga kepada mana-mana individu yang kehilangan insan tersayang.

Saya juga menerima berita gembira kali ini kerana sahabat lama saya telah mendirikan rumahtangga sebelum puasa setelah sekian lama menjadi solo. Terharu dengan perkahwinan kerana saya adalah salah seorang yang memegang amanat beliau selama ini. Apa pun diucapkan selamat pengantin baru semoga dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat.

Walaupun sudah lama tidak mencurahkan berita di laman ini, tetapi hati kecil selalu berkata ianya bukan penamat untuk segalanya malah baru langkah mula. Bagi rakan saya juga, beliau baru sahaja kehilangan suami tercinta pada Jun yang lalu dan raya kali ini nampaknya dilanda kesunyian. Tetapi berdasarkan kepada semangat beliau yang kuat, saya yakin beliau dapat meneruskan kehidupan ini dengan cemerlang. Berbeza dengan seorang lagi sahabat yang baru mendirikan rumahtangga pada sebelum Ramadan.

Bagi saya sambutan aidil fitri 2010 kali ini paling bermakna kerana keluarga semua dapat berkumpul serentak pada hari yang sama dan merupakan detik paling manis bagi kedua-dua orang tua saya. Kenangan manis ini sempat dirakam pada sesi pengambaran sebelum masing-masing menuju distinasi seterusnya.

Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan kerana kali pertama semua keluarga dapat berkumpul serentak dan majlis menjadi lebih meriah dan inilah saat paling gembira bagi kedua-dua orang tua kami. Apa pun dari saya, selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.