Ahad, 5 Julai 2009

Dari susah jadi senang


Dari susah jadi senang..................

Ia merupakan tajuk permulaan blog saya untuk minggu ini dan ini adalah pertama kali saya muncul di alam maya setelah lebih 10 tahun mengenali internet. Pujian wajar diberikan kepada pemikir-pemikir sebelum ini yang telah berusaha memudahkan penggunakan alam siber ini.

Kalau kira-kira 24 tahun dahulu, saya masih ingat ketika itu saya dan rakan2 menyertai kelab komputer disekolah pada tahun 1985, dimana waktu mula-mula komputer diperkenalkan, kami terpaksa menggunakan floopy disk untuk bermain kereta dalam komputer dan terpaksa menaip di skrin kosong untuk mencampur atau menolak angka.

Sahabat saya, Mohd Isa Hashim, pada masa itu menjadi presiden kelab dan beliau amat mahir dengan pengguna komputer pada waktu itu. Guru penasihat En. Azmi Hassan turut menggalakkan kami menggunakan komputer waktu itu. Ia umpama sesuatu kejutan untuk kami waktu tersebut.

Sehinggalah saya pandai menaip nama dan cetak menggunakan kertas sambungan. Waktu itu jika anda dapat melakukan perkara tersebut sudah dikira mahir. Hasil cetakan tersebut saya beri kepada seorang atlit sukan dari sekolah di Kota Kuala Muda sebagai kenangan dari hasil teknologi terkini zaman tersebut.

Waktu itu sudah memadai sebagai pencapaian tertinggi dan sekolah tersebut belum pun menggunakan lagi jadi kebanggaan kami sebagai sekolah pertama didaerah Kuala Muda / Yan menggunakan komputer.

Kini semua itu tinggal kenangan yang masih menjadi sebahagian ingatan yang tidak dapat dilupakan dan agak sedih juga hari ini jika dilihat segala kemudahan ini sudah banyak diselewengkan penggunaannya.

Walaupun begitu hari ini saya merupakan salah seorang yang masih aktif menggunakan kemudahan alam siber dan terus menggunakannya selagi hayat dikandung badan.