Ahad, 28 Februari 2010

Terbaru dari Guar Stesen


Gambaran sebenar kemajuan pembangunan kota metropolitan Guar Stesen dari kacamata jurugambar amatur.

Sekitar perayaan Maulidurasul di Taman Ria Mesra, Gurun








Sabtu bersamaan 27hb Mac 2010, seketeriat Surau Nurul Huda telah mengadakan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad SAW. Berbagai acara diadakan seperti perarakan, marhaban, berzanji dan jamuan. Paling kemuncak adalah cabutan bertuah dan pada hari tersebut ramailah hadiran pulang dengan hadiah masing-masing.

Bermula jam 8.00 pagi perdaftaran bermula dan sejam kemudian perarakan bermula dan seterusnya tamat pada jam 1.00 petang. Kehadiran adalah sangat memuaskan dan semoga ditahun-tahun hadapan sambutan daripada penduduk lebih meriah lagi. Pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah maulidurasul oleh penceramah undangan.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil semasa perayaan tersebut berlangsung.

Jumaat, 26 Februari 2010

Kekalahan pertama di Jitra


Purnama Gemilang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Jitra All Star yang mana diwakili oleh 5 orang pemain Piala Emas Raja-Raja Kedah. Didalam perlawanan tersebut Purnama Gemilang telah tewas dengan jaringan agak besar jugala iaitu 3-0 dengan dibariskan sebahagian pemain simpanan seramai 6 orang. Jadi kekalahan tersebut adalah bukan kekalahan sebenar tetapi hanyalah tewas sementara.

Jika diperhatikan, pihak pengurusan telah membariskan ramai pemain-pemain simpanan dan pihak lawan pula diwakili oleh pemain berpengalaman dan dari sini mereka dapat belajar dari kekalahan tersebut. Contohnya dari segi gaya hantaran bola kepada rakan, cara mengerakkan bola keatas dan bagaimana mengendurkan serangan lawan dan sebagainya.

Saya sangat kagum dengan keputusan tersebut dimana penjaga gol Purnama Gemilang dapat belajar dan perbaiki kelemahannya. Disini beliau bolehlah memberi arahan kepada rakan diatas bagaimana mengunci serangan pihak lawan kerana beliau adalah orang terakhir yang nampak dimana ada kebocoran atau kealpaan rakan. Penjaga gol bolehlah meneriak keatas dan memberi teguran kepada rakan.

Kesimpulannya, banyakkan perlawanan persahabatan selepas musim liga ini bagi menanam keyakinan pemain sendiri dan selamat berjaya.

Isnin, 22 Februari 2010

Perlawanan Suku Akhir


Kepada semua peminat pasukan Purnama Gemilang, dijadualkan pada 5 Mac 2010 akan datang, perlawanan suku akhir antara Purnama Gemilang dengan Kg. Raga FC akan diadakan di padang Pantai Murni, Yan pada jam 5.30. Diharapkan semua peminat bolehlah datang beramai-ramai bagi menyokong pasukan kita untuk mara keperingkat seterusnya, iaitu separuh akhir dan akhir menjadi juara untuk kali pertama dalam kejohanan ini.

Bagi mengulaskan permainan tempohari semasa melawan pasukan dari Gurun, secara keseluruhannya adalah bagus dan cuma tiada penyudah yang berkesan disebabkan kecederaan tunggak utama, berjersi no 10. Namanya akan diumumkan kemudian setelah mendapat senarai dari pihak pengurusan.

Kali ini apa yang diperhatikan pemain kurang mengambil minuman kecuali diwaktu-waktu tertentu sahaja dan memberi tumpuan penuh kepada permainan. Itu satu perubahan positif yang sangat bagus. Berbalik kepada permainan, sepanjang tempoh permainan mereka dapat bertahan dan menyerang tetapi malangnya tiada jaringan.

Bagi setiap pasukan, strategi adalah penting dan disini saya mencadangkan ketua pasukan mengambil alih peranan selaku jurulatih semasa permainan. Beliau hendaklah membaca permainan lawan pada 10 minit pertama dan mencari kelemahan lawan terlebih dahulu. Dan mengarahkan pemain-pemainnya melakukan risikan terhadap pemain lawan. Kemudian barulan maklumat ini diberikan kepada ketua pasukan. Dari situ ketua pasukan akan mengatur strategi bagi mengasak lawan dari arah yang lemah.

Kita akan bertemu lagi dalam siri akan datang dalam tajuk 'Peranan Ketua Pasukan dan cara-cara mengasak kubu lawan'.

Amanat Muhammad Ramli 'The Coach'

Selepas perlawanan inilah rutin seseorang jurulatih bolasepak dan petang tersebut beliau tidak ketinggalan untuk menyampaikan amanat beliau. Dengarlah pesanan tersebut dan amalkan semoga anda akan beroleh kejayaan dimasa hadapan.

Ahad, 21 Februari 2010

Gambar-gambar sekitar perlawanan pusingan kedua







Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam yang dirakam pada pusingan kedua pada 19.2.2010 yang lalu. Kepada pasukan dicadangkan satu sesi rakaman gambar pasukan akan diadakan dipadang belia pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sabtu, 20 Februari 2010

Dibelakang tadbir Purnama Gemilang







Selama ini pasukan ini dikenali hanya melalui namanya terpampang di dinding bas express milik syarikat keluarga Abdul Karim Al Haj dan dikaunternya sahaja. Malah ramai yang tidak mengetahu peranan mereka-mereka dibelakang tadbir. Perlukan saya mendedahkan senarai nama mereka untuk tatapan umum.

Sejarah pasukan ini secara ringkas ialah ditubuhkan semasa kejohanan liga Ahli Parlimen Jerai pada tahun lepas oleh Abdul Habib dan Abdul Halim, dua beradik sejoli dan satu hati untuk menubuhkan pasukan bolasepak. Idea ini timbul sejak kebelakangan ini kerana sangat membenci kegiatan tidak berfaedah remaja-remaja sekitar. Gejala lepak dan rempit adalah kunci utama dan 'turning point' diambil merpati dua sejoli ini melakukan sesuatu yang sangat berfaedah disamping memberi peluang kepada remaja-remaja supaya menunjukkan aset milik mereka dan diterjemahkan melalui sukan terutamanya bolasepak.

Sejak itu tertubuhlah Pasukan Bolasepak Purnama Gemilang (Purnama Gemilang FC-2009) di Guar Chempedak dengan menjadikan Stadium Guar Chempedak sebagai gelanggan latihan. Sejak itu Abdul Habib mencari jurulatih bagi menyediakan pasukan beliau bagi menghadapi kejohanan tempatan yang bakal disertai. Ramai yang menolak pelawaan beliau kerana tiada memiliki asas dalam bidang tersebut dan akhirnya timbulah Muhammad Ramli, bekas pemain bolasepak Kedah era 90an dan pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1990 dan 1993.

Beliau adalah ahli pasukan sezaman Radhi Md. Din, Azmi Mahmud, Lee Kin Hong dan Nidzam Adha. Terima kasih kepada usaha Ustaz Firdaus yang memberi cadangan supaya beliau dibawa kedalam pasukan Purnama Gemilang. Sejak itu, beruntunglah anak-anak muda dalam pasukan ini kerana mendapat peluang yang susah diperolehi dimana pun dalam Kedah dengan kehadiran jurulatih berpengalaman yang pernah membawa pasukan Sukma Kedah memenangi pingat perak di Alor Setar pada tahun 2006.

Sebenarnya ramai lagi mereka mereka yang terlibat dibelakang tadbir pasukan ini seperti Adi, Pengurus Pasukan, Gee, Nasir tetapi peranan mereka bagaikan kurang menyerlah tetapi sebenar begitu bernilai jika diterjemahkan dari segi sokongan moral dan meterial.

Syabas kepada Habib dan Halim kerana anda sekarang adalah pemilik pasukan Purnama Gemilang dan kini anda adalah sebaris dengan Roman Amrovich, pemilik Chelsea. Teruskan dengan cadangan untuk mengadakan soccer kids pada setiap minggu kerana usaha ini sangat berfaedah dan amat besar hasilnya bila tiba masanya.

Jumaat, 19 Februari 2010

Tahniah Purnama Gemilang




Petang tadi, Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010, pasukan kesayangan ramai Purnama Gemilang (PG) berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Senator Mohd Khir Baharom setelah mengalahkan pasukan Taman Seri Utama dengan keputusan 4-2 melalui tendangan penalti setelah seri 0-0 pada perlawanan sebenar.

Kehadiran penonton yang ramai dan memenuhi ruang tempat duduk stadium dan melimpah hingga ke tepi padang lagi menghangatkan lagi suasana perlawanan tersebut. Dianggarkan kira-kira lebih dari 1,000 penonton telah menyaksikan perlawanan yang sangat menarik dan penuh dengan babak-babak yangmencemaskan. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar bersama Ustaz Mohd. Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Jerai, Bashori dan lain-lain orang kenamaan.

Dari awal perlawanan hingga akhir, pasukan tuan rumah iaitu Purnama Gemilang terus mengasak pintu gol lawan tetapi malangnya tiada penyudah yang tepat berikutan kecederaan dua orang pemain utamanya semasa beraksi dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.

Kebanyakkan serangan yang dicipta oleh pasukan Purnama Gemilang banyak menjangkaui sasaran dan ada kala beberapa inci sahaja melepasi tiang gol. Tetapi pada minit 10 selepas separuh masa pertama, tendangan kuat dari pemain sebelah kiri pasukan PG hampir melewati garisan gol dan mujurlah penjaga gol berjaya menangkap semula bola tersebut.

Sehingga tamat perlawanan sebenar, kedudukan seri tanpa jaringan dan penentuan ke suku akhir dibuat melalui tendangan penalti. Pasukan tuan rumah berjaya menyempurnakan sepakan hingga keempat manakala pasukan dari Gurun berjaya mejaringkan 2 dari 4 tendangan.

Dengan keputusan 4-2, maka pasukan PG akan bermain diperingkat suku akhir dari dua minggu dari sekarang dijangkakan berlangsung di Padang Pantai Murni, Yan.

Khamis, 18 Februari 2010

Perlawanan Kalah Mati





Pasukan Purnama Gemilang berjaya melangkah ke pusingan kedua dan petang jumaat nanti perlawanan akan bermula jam 5.30 petang di Padang Awam Guar Chempedak. Ini umpama sirih pulang kegagang dimana dijangkakan ramai penyokong-penyokong tuan rumah akan memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Diharapkan semua peminat-peminat bolasepak tempatan dapat turun padang pada petang Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010 pada jam 5.30 petang.

Pasukan ini amat memerlukan sokongan anda bagi memenangi perlawanan ini dan seterusnya memasuki pusingan suku akhir.

Diberitakan terdapat 2 orang pemain utama pasukan ini mengalami kecederaan dan dijangkakan tidak dapat bermain dan ini merupakan satu berita sedih buat pasukan. Kedua-dua pemain tersebut adalah tunjang pasukan dan diharapkan penganti mereka dapat memikul tanggungjawab sebaik pemain-pemain tersebut.

Semalam berbual dengan Adi, Pegawai Kewangan Pasukan ini, beliau menyatakan kekesalan berkenaan dengan perkara tersebut. Katanya, sepatutnya semasa musim liga ini berlangsung, pasukan tidak harus membuat sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan lain. Ini akan memberi ruang kepada lawan mengkaji prestasi pasukan dan jika ada kesempatan pasukan lawan akan mengodam pemain. Apa yang terjadi ialah kecederaan keatas dua tunggak pasukan dan ini telah memberi kekalahan moral kepada pasukan Purnama Gemilang sendiri.

Satu lagi cadangan dari Adi, boleh juga diadakan perlawanan persahabatan tetapi bolehlah turunkan barisan kedua sahaja dan dari situ kita dapat menilai prestasi pemain-pemain simpanan yang ada potensi dan bakal diserapkan kedalam pasukan utama. Walaubagaimana pun Adi menambah, pasukan ini boleh memenangi perlawanan tersebut tetapi pemain hendaklah menumpukan permainan hinggalah wisel penamat dan jangan ada pula merasakan pemain bagaikan bintang ditengah padang.

Apa yang perlu dibaiki didalam padang nanti ialah pesanan antara satu sama lain, selalu mengawasi pergerakan lawan dan kalau boleh jangalah menunggu bola hingga sampai kekaki. Pemain perlu pergi mendapatkan bola dan sentiasa berjaga-jaga. Kurangkan minum air kerana mungkin salah satu faktor cepat penat dan boleh mendatangkan kecederaan seperti kekejangan dan sebagainya. Basahkan tekak sahaja atau minum sedikit-sedikit.

Adi memesan pula kepada pasukannya supaya cuba menjaringkan gol secepat yang mungkin bagi melemahkan semangat lawan dan sebanyak yang mungkin kerana ini umpama memberi amaran kepada pasukan yang bakal bertemu pada pusingan seterusnya supaya berhati-hati bertemu pasukannya.

Dan sekali lagi Adi serta pergurusan Purnama Gemilang FC mengajak seluruh peminat-peminat bolasepak tempatan supaya turun memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan harapan Guar Chempedak dimana mereka ini terdiri golongan-golongan muda yang berpotensi yang berdaya maju. Seloroh dari Adi, JOM TENGOK BOLA pada petang Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010 di Stadium Guar Chempedak, belakang balai bomba.

Rabu, 17 Februari 2010

Gambar-gambar sekitar kampung








Penempatan Semula Penduduk Kg. Guar Stesen



Sejak semua penduduk kampung ini terlibat dengan perpindahan kerana memberi laluan kepada projek landasan berkembar KTMB, kini hasil dari duit pampasan itu dapat diterjemahan kepada pembinaan semula rumah-rumah penduduk kampung ini yang terlibat.

Sungguh membanggakan kerana sikap penduduk yang cintakan kemajuan dan menghadapi dengan penuh kesabaran kini dapat dilihat daripada pembinaan rumah-rumah baru. Kini mereka dapat merasai nikmatnya erti kesabaran dengan projek tersebut. Walaupun sesetengahnya masih menduduki rumah sewa tetapi rancangan untuk membina rumah sendiri masih menebal.

Petang isnin yang lalu, saya bersama keluarga meronda kawasan tersebut iaitu tapak baru penduduk yang terlibat dengan perpindahan projek Gamuda, saya sendiri melihat kemajuan tersebut dengan mata sendiri. Rasa gembira kerana hasil pampasan dari projek tersebut dimanafaatkan dengan membeli tapak dan membina rumah sendiri.

Tamat sudah kisah keretapi terbalik




Berikutan terbaliknya keretapi di Titi Bom dan Guar Stesen, semalam bersamaan 16.2.2010 keadaan sudah pulih seperti biasa. Menurut Presiden KTMB, semalam seperti dilaporkan didalam Utusan Malaysia, faktor cuaca yang menyebabkan tumbangnya sebuah keretapi yang gagah perkasa yang menguasai bumi Malaya ini lebih dari 125 tahun sejak Taiping-Port Weld dihubungkan.

Didalam kenyataan beliau semalam didalam akhbar arus perdana, cuaca terik yang sebanyak 37'C menyebabkan besi landasan berkembang dan membengkok seterusnya menyebabkan kemalangan tersebut. Itu kenyataan daripada orang besar KTMB sendiri.

Bagi pendapat peribadi, landasan keretapi sekarang ni ialah semuanya bersambung secara dipaterikan dan tidak seperti dahulu lagi yang mana setiap 40kaki dibuat sambung dan masih terdapat jarak seluas beberapa sentimeter antara sambungan tersebut. Seterusnya bila cuaca panas, besi landasan akan mengembang ke sambungan tersebut dan akan menutup atau bersambung antara satu sama lain.

Makanya landasan itu tiada yang terjungkit dan mengembang naik keatas tidak seperti sekarang dimana tiada ruang untuk besi landasan mencari ruang untuk mengelak terjungkitnya kerana ianya bersambung. Seperkara lagi ialah, rutin harian seperti pemeriksaan landasan sudah tidak dipraktikkan lagi. Jika dahulu, setiap hari salah seorang pekerja keretapi akan meronda disepanjang landasan untuk memeriksa jika terdapat kerosakkan pada landasan.

Contohnya, jika papan landasan rosak atau patah ianya perlu diganti pada keesokkan hari, pekerja yang meronda tadi akan meletakkan bunyi amaran kira-kira diantara jarak 100 meter dari tempat yang rosak tadi dan apabila keretapi melalui kawasan tersebut, pemandu lokomotif akan memperlahankan keretapi kerana terdapat bunyi amaran dari landasan tersebut. Jadi, segala kemalangan dapat dielakkan dan kejadiaan yang tidak diingin seperti keretapi terbalik dapat dikurangkan.

Jika terdapat bunyi amaran yang bertanda pelik, pemandu boleh memberhentikan keretapi dan turun memeriksa keadaan landasan tersebut. Tetapi yang yang berlaku pada Ahad lalu, dimana tiga gerabak yang terbelakang sekali tumbang tanpa amaran dan gerabak-gerabak lain terus mengheret yang menyebabkan bebanan yang kuat hingga memaksa gerabak-gerabak lain tumbang seperti domino.

Pemandu dihadapan seolah-seolah tidak mengetahui apa yang berlaku dibelakang dan terus memecut dengan kekautan maksima kerana landasan tersebut menaiki bukit. Seandainya amalan lama digunakan semula seperti rutin pemeriksaan harian dan sebagainya, kemungkinan perkara seperti tumbangnya keretapi pasti tidak berlaku.

Ini pendapat peribadi saya sahaja yang tidak bermaksud hendak menyalahi sesiapa dalam perkara tersebut.

Apa yang saya fikirkan ialah kerugian yang ditanggung oleh pihak KTMB. Selalunya kita amat mengetahui bahawa setiap tahun syarikat pengangkutan negara ini mengalami kerugian dan kerugian tersebut ditanggung oleh kerajaan. Sudahla perkhidmatannya menjadi persoalan oleh kebanyakkan orang inikan pula kemalangan seperti tersebut.

Saya rasa tidak sepatutnya kemalangan itu berlaku setelah pengalaman yang dikumpul oleh KTMB begitu lama dinegara ini. Lebih 125 tahun sudah keretapi beroperasi dan dengan mengunung pengalaman mengendalikan sistem operasi dinegara ini mereka sepatutnya belajar dari kesilapan-kesilapan lampau.

Satu lagi pendapat peribadi saya iaitu kerja-kerja membina landasan kembar dilaluan Ipoh-Padang Besar. Kerja-kerja asas sedang dijalankan seperti menambak tanah dan membina jambatan. Dan semasa kerja menanam cerucuk besi untuk membina jambatan, kemungkinan berlakunya gerakan bawah tanah semasa kerja-kerja menanam cerucuk. Jika diukurkan dengan skala ricter semasa kerja-kerja menanam cerucuk tersebut, berapa bacaan boleh dikira. Sedangkan setiap kali keretapi bergerak pun, sudah mengegar rumah-rumah yang berhampiran.

Menurut Pak Hassan, seorang penduduk dikampung berkenaan, beliau memberitahu sahaja bahawa semasa kerja-kerja menanam cerucuk, jika tidak dibina benteng didalam anak sungai berdekatan dengan jambatan hitam, sudah pasti sungai tersebut akan terkambus kerana pergerakan tanah dibawah umpama kejadian gempa bumi. Pihak geologi boleh membuat siasatan berkenaan dengan pendapat saya untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.

Andaikata kata cuaca panas melampau yang menyebabkan kemalangan tersebut, kenapa kawasan tersebut sahaja berlaku dan sepatutnya landasan akan membengkok disepanjang laluan tersebut. Semalam dicatatkan di Chuping, Perlis bacaan suhu menjangkau 36'C dan merupakan terpanas setakat ini bacaan suhu di Malaysia kenapa landasan disana tiada yang membengkok. Kadang-kadang alasan-alasan yang diberikan oleh pihak KTMB ini menimbulkan keraguan pengguna adalah sangat menyedihkan dan boleh membuatkan rakyat seakan hilang kepercayaan kepada perkhidmatan.

Sebenarnya saya amat sayang dengan keretapi ini kerana sepanjang hayat saya membesar ditepi landasan tersebut. Ayah saya adalah seorang pesara KTMB sejak tahun 1988 dan kini beliau sudah berusia lebih 77 tahun. Begitu juga dengan saya sekeluarga, kami sama-sama hidup dan membesar dengan rezeki keretapi merasakan begitu sedih jika kemalangan seperti di Kampung Titi Bom berulang lagi.

Anak saya juga begitu sukakan keretapi dan setiap kali keretapi melalui kawasan tersebut tangan saya diheretnya kawasan berhampiran dengan landasan untuk melihat keretapi dengan lebih jelas. Begitunya sinonimnya keluarga kami dengan keretapi. Sejak dari mula bertugas di Tanjung Malim pada awal tahun 1960an hingga bersara di pada tahun 1988, ini beerti kehidupan kami sekeluarga selari dengan perkembangan KTMB sendiri.

Dari keretapi menggunakan arang batu sehingga elektrik, semuanya sudah kami merasainya dan semoga usia dan perkhidmatan KTMB lebih maju dan selamat serta berjaya.

Isnin, 15 Februari 2010

Keretapi terbalik di Kampung Titi Bom, Guar Chempedak





Keretapi yang membawa muatan barang telah terbalik di Kampung Titi Bom dekat Guar Chempedak kira-kira jam 4 petang pada 14.2.2010 semasa kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina. Pengangkutan darat yang tertua di negara ini telah membawa sebanyak 28 gerabak yang dipercayai berisi getah mulai menyerong dan tayar keluar dari landasan terus terbalik satu persatu melainkan kepala lokomotifnya sahaja.

Menurut saksi kejadian, En. Osman Md.Diah berkata, semasa beliau bersama adiknya Abdul Rahim melalui jalan tersebut pulang kerumah mereka dekat sini, beliau telah melihat gerabak sudah pun menyenget kesebelah kiri jalan yang menghadap lebuhraya Utara -Selatan selepas itu kejadian tersebut berlaku sangat pantas menyebabkan kesemua gerabak tersebut terbalik. Ini adalah kejadian ketiga beliau menyaksikan kerana yang dua kejadian sebelum ini hanyalah kemalangan kecil seperti tergelincir sahaja dan inilah terburuk dalam sejarah hidup beliau.

Tambah beliau lagi, sebelum ini hanya mendengarkan berita di media elektronik dan akhbar sahaja seperti keretapi terbalik di luar negara seperti di India, Pakistan. Kejadian ini berlaku semasa kerja-kerja landasan berkembar sedang dijalankan dikawasan tersebut. Berikutan dengan kemalangan tersebut, KTMB dijangkakan akan mengalami kerugian yang belum ditaksirkan lagi dan ini bakal menjejaskan perjalanan penghuni kota dari Kuala Lumpur yang sedang bercuti dikampung untuk pulang semula kesana.

Walaubagaimanapun, dengan kecekapan dan anggaran KTMB, dijangkakan perjalanan keretapi akan pulih secepat mungkin bagi mengelakkan kesesakan kerana sekarang adalah musim perayaan. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan bomba sentiasa bersedia ditapak kejadian dan melarangkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan kemalangan dengan memasang pita larangan. Satu kejadian dimana pihak polis telah melarang seorang wartawan kerana memasuki kawasan kemalangan dan cuba merampas kamera wartawan tersebut.

Sikap kerjasama wartawan tersebut yang bertindak keluar dari kawasan tersebut telah meredakan keadaan dan kamera beliau selamat dari tindakan pihak polis. Diharapkan kepada semua orang awam yang ingin melihat kejadian tersebut janganlah melintasi pita larangan tersebut dan memberi kerjasama.

Ahad, 7 Februari 2010

Ulasan Perlawanan Jumaat lalu (5.2.2010)




Purnama Gemilang terus memenangi perlawanan ketiganya pada Jumaat lalu (5.2.2010) dan tahniah diucapkan kepada semua pengurusan dan barisan pemainnya. Mereka bertolak dari Guar Chempedak dengan bas syarikat dan tiba di Pantai Murni setengah jam kemudian dan terus membuat "warm-up". Itulah rutin mereka sebelum bermain bagi mengendurkan urat-urat sebelum menghadapi perlawanan pada petang tersebut.

Tetapi petang tersebut ketiadaan jurulatih, Muhammad Ramli membuatkan pasukan sedikit gusar dan sepanjang perlawanan pada petang tersebut mereka seolah-olah bermain dengan kepakaran tersendiri. Tiada tunjuk ajar dan arahan serta perancangan segera. Pihak Pengurusan seperti Halim, Habib dan Adi hanya sepi ditepi padang tanpa memberi kata-kata semangat kecuali dua atau tiga orang penyokong sahaja yang memberi panduan dan tunjuk ajar. Itu kelemahan yang kentara bagi pasukan dan sepatutnya jika ketiadaan jurulatih, setidak-tidaknya pengurus boleh memainkan peranan sebagai penganti. Dengan membiarkan pemain bertindak sendiri didalam padang, mereka seolah-olah hilang pedoman.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dengan membiarkan pemain bersendirian didalam padang kerana bagi mereka pemain didalam padang hanya setaraf dan sebaya dan jika rakan sepemainan menegur dan mengarah, kemungkinan semua itu agak sukar diterima. Jurulatih adalah satu-satunya orang yang boleh menegur dan memberi arahan dan tidak payah mereka mengikut arahan tersebut.

Separuh masa pertama permainan mereka hampir sempurna dan teratur kerana mereka sudah menjaringkan tiga gol dan keyakinan mereka amat tinggi. Dengan itu, mereka merasakan seolah-olah selesa dan tidak perlu berusaha lebih lagi dan mulalah menunjukkan gaya serta berfoya didalam padang. Cuaca yang amat panas juga pada petang tersebut membuatkan pemain cepat keletihan tetapi pihak pengurusan turut menyediakan 100 plus dan pisang serta air minuman. Tiada alasan mengatakan mereka kehausan kerana pisang hanya disediakan atau dimakan oleh pemain golf sahaja bagi menambahkan kembali tenaga yang hilang. Pihak pengurusan cukup sensitif dengan perkara tersebut cuma pemain sendiri yang perlu pandai menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.

Pada separuh masa pertama, hampir tiada kesalahan bagi pasukan Purnama Gemilang tetapi keadaan sebaliknya berlaku bila tiba separuh masa kedua. Sewaktu rehat pemainan, pihak pengurusan tiada langsung memberi kata-kata peransang atau membaiki kesilapan yang berlaku pada separuh masa pertama. Jadi pemain merasakan apa yang berlaku pada separuh masa pertama adalah terbaik bagi mereka dan tanpa mempedulikan kesilapan pada masa pertama mereka terus mengulangi apa yang berlaku sebelumnya. Tetapi mereka terlupa pihak lawan telah membaca kelemahan dan cuba memperbaiki pada separuh masa kedua dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol.

Apa yang diperhatikan ialah kecuaian pemain menjaga pemain lawan adalah kelemahan kentara dalam perlawanan tersebut. Mereka membiarkan pemain lawan bernombor 9 menguasai tengah padang dan beliau mencuba dengan sepakan terus beberapa dan berjaya menghasilkan gol. Beberapa kali serangan dibuat di sebelah kanan dan selalunya sebelah tersebut mudah bocor dan mereka terus mengandakan serangan disebelah tersebut.

"Marking man to man" langsung tiada dipraktikkan dalam perlawanan tersebut dan membiarkan pihak lawan menguasai sepenuhnya bola dipadang pada separuh masa kedua menyebabkan pasukan menjadi kucar kacir dan hilang arah tuju sebab itu dengan mudahnya mereka menjaringkan dua gol dalam masa tersebut. Jika perhatikan gol-gol yang dijaringkan agak mudah dan seolah-olah diberikan percuma tanpa mengasak terlebih dahulu. Setidak-tidaknya mereka boleh melakukan asakan secara berlapis dan pihak lawan akan merasakan kesukaran untuk menjaringkan gol dan kesempatan tersebut sepatutnya cepat-cepat diambil dengan melakukan serangan balas mengejut.

Pada keseluruhan mereka masih lagi menguasai perlawananan tersebut hingga wisel penamat dan syabas diucapkan kerana layak kepusingan kedua. Dan peringatan apabila bermain di pusingan kedua ini kenalah berhati-hati kerana jika tersilap langkah boleh kecewa.

Suasana dan perasaan bermain dipusingan kedua ini berlainan seperti diliga dan pemain perlu menerapkan satu semangat yang cukup mantap untuk menang tanpa mengirakan perasaan lawan. Pusingan ini perlu bermain seperti seolah-olah tiada lagi perlawanan seterusnya dan sikap perlu menang mesti dipikul oleh semua pemain dan melupakan semangat kesukanan.

Pengurusan perlu menyenaraikan pemain yang boleh memegang dan menyepak bola dengan tepat dan ketenangan berfikir perlu dalam setiap pemain bolasepak. Jangan langsung terpengaruh dengan provokasi lawan dan tanpa mempedulikan godaan dan niat jahat mereka.

Dan akhir kata, jika mereka bermain untuk menang dengan tenang, maka tiada masalah kejohanan kali ini menjadi milik mereka dan saya selalu akan memantau pasukan ini dan terus memberi komen kepada mutu permainan mereka. Dan diucapkan selamat berjaya dan semaikan semangat mahu menang setiap kali turun padang. Saya yakin dengan kemantapan pihak pengurusan, pasukan ini akan pergi lebih jauh lagi. Amin