Sabtu, 6 Februari 2010

Kalah Bermaruah



Petang tadi di padang awam Pantai Murni berlangsung perlawanan terakhir bagi kumpulan F iaitu antara Guar B dan Jeniang. Guar B ialah pasukan Purnama Gemilang (PG) dan pada minit pertama PG telah menjaringkan gol pertama seterusnya kedua dan ketiga pada separuh masa pertama tamat.

Saingan pada separuh masa kedua berpihak kepada KB Berjaya, Jeniang setelah penjaga gol utama kembali mengambil tempat. Mereka seolah-oleh mendapat semangat baru dan berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua. Tetapi PG tetap bertahan sehinggalah wisel penamat dengan kedudukan 3-2.

Sungguhpun sudah layak ke peringkat kalah mati tetapi semangat pemain PG seolah-olah perlawanan ini mesti dimenangi oleh pasukan mereka dan mereka melaksanakan tugasan tersebut dengan baik. Dan tahniah kepada pasukan KB berjaya kerana sungguhpun ketinggalan 3-0 tetapi semangat mereka melawan balik dan berjaya menjaringkan 2 gol patutlah dipuji. Sepanjang separuh masa kedua berlangsung, mereka menguasai permainan sepenuhnya dan bersahaja dengan gaya umpanan ala samba. Mereka bermain seolah-olah permainan masih lagi seri dan terus mencuba ke pintu gol lawan.

Tahniah kepada KB Berjaya walaupun kalah tetapi secara melawan atau bermaruah dan dikhabarkan pasukan ini juga layak ke pusingan kedua dengan kelebihan jaringan dan menduduki tempat kedua.

Untuk Purnama Gemilang, mereka seolah-olah kehilangan panduan dan arah tuju kerana mungkin ketiadaan jurulatih. Mereka bermain secara lewa dan kurang bertenaga mungkin terlalu banyak mengambil minuman serta makanan. Diharapkan pasukan in dapat mempertingkatkan lagi stamina dan kerjasama sepasukan.

Tahniah kepada PG juga telah layak secara total ke pusingan kedua dengan memperolehi 9 mata dan 15 jaringan berbalas 3. Kehadiran wakil rakyat Kawasan Jerai patut diberi ucapan terima kasih dan tahniah kerana sentiasa bersama rakyat walau sesibuk mana sekali pun tugas yang beliau pikul.

Terima kasih juga para penyokong pasukan Purnama Gemilang yang berbaju hijau serta WAGS group (wife and girlfriends) pemain kerana tanpa anda pasukan tentu terkulai layu. Diharapkan pada masa yang akan datang, penyokong pasukan sudi turun padang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Akhir kata, pada pusingan kalah mati nanti dan bermain di tempat sendiri, saya yakin mereka layak ke suku akhir dan seterusnya menjuarai kejohanan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan