Isnin, 22 Februari 2010
Perlawanan Suku Akhir
Kepada semua peminat pasukan Purnama Gemilang, dijadualkan pada 5 Mac 2010 akan datang, perlawanan suku akhir antara Purnama Gemilang dengan Kg. Raga FC akan diadakan di padang Pantai Murni, Yan pada jam 5.30. Diharapkan semua peminat bolehlah datang beramai-ramai bagi menyokong pasukan kita untuk mara keperingkat seterusnya, iaitu separuh akhir dan akhir menjadi juara untuk kali pertama dalam kejohanan ini.
Bagi mengulaskan permainan tempohari semasa melawan pasukan dari Gurun, secara keseluruhannya adalah bagus dan cuma tiada penyudah yang berkesan disebabkan kecederaan tunggak utama, berjersi no 10. Namanya akan diumumkan kemudian setelah mendapat senarai dari pihak pengurusan.
Kali ini apa yang diperhatikan pemain kurang mengambil minuman kecuali diwaktu-waktu tertentu sahaja dan memberi tumpuan penuh kepada permainan. Itu satu perubahan positif yang sangat bagus. Berbalik kepada permainan, sepanjang tempoh permainan mereka dapat bertahan dan menyerang tetapi malangnya tiada jaringan.
Bagi setiap pasukan, strategi adalah penting dan disini saya mencadangkan ketua pasukan mengambil alih peranan selaku jurulatih semasa permainan. Beliau hendaklah membaca permainan lawan pada 10 minit pertama dan mencari kelemahan lawan terlebih dahulu. Dan mengarahkan pemain-pemainnya melakukan risikan terhadap pemain lawan. Kemudian barulan maklumat ini diberikan kepada ketua pasukan. Dari situ ketua pasukan akan mengatur strategi bagi mengasak lawan dari arah yang lemah.
Kita akan bertemu lagi dalam siri akan datang dalam tajuk 'Peranan Ketua Pasukan dan cara-cara mengasak kubu lawan'.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan