Jumaat, 19 Februari 2010
Tahniah Purnama Gemilang
Petang tadi, Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010, pasukan kesayangan ramai Purnama Gemilang (PG) berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Senator Mohd Khir Baharom setelah mengalahkan pasukan Taman Seri Utama dengan keputusan 4-2 melalui tendangan penalti setelah seri 0-0 pada perlawanan sebenar.
Kehadiran penonton yang ramai dan memenuhi ruang tempat duduk stadium dan melimpah hingga ke tepi padang lagi menghangatkan lagi suasana perlawanan tersebut. Dianggarkan kira-kira lebih dari 1,000 penonton telah menyaksikan perlawanan yang sangat menarik dan penuh dengan babak-babak yangmencemaskan. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar bersama Ustaz Mohd. Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Jerai, Bashori dan lain-lain orang kenamaan.
Dari awal perlawanan hingga akhir, pasukan tuan rumah iaitu Purnama Gemilang terus mengasak pintu gol lawan tetapi malangnya tiada penyudah yang tepat berikutan kecederaan dua orang pemain utamanya semasa beraksi dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.
Kebanyakkan serangan yang dicipta oleh pasukan Purnama Gemilang banyak menjangkaui sasaran dan ada kala beberapa inci sahaja melepasi tiang gol. Tetapi pada minit 10 selepas separuh masa pertama, tendangan kuat dari pemain sebelah kiri pasukan PG hampir melewati garisan gol dan mujurlah penjaga gol berjaya menangkap semula bola tersebut.
Sehingga tamat perlawanan sebenar, kedudukan seri tanpa jaringan dan penentuan ke suku akhir dibuat melalui tendangan penalti. Pasukan tuan rumah berjaya menyempurnakan sepakan hingga keempat manakala pasukan dari Gurun berjaya mejaringkan 2 dari 4 tendangan.
Dengan keputusan 4-2, maka pasukan PG akan bermain diperingkat suku akhir dari dua minggu dari sekarang dijangkakan berlangsung di Padang Pantai Murni, Yan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan