Rabu, 17 Februari 2010
Tamat sudah kisah keretapi terbalik
Berikutan terbaliknya keretapi di Titi Bom dan Guar Stesen, semalam bersamaan 16.2.2010 keadaan sudah pulih seperti biasa. Menurut Presiden KTMB, semalam seperti dilaporkan didalam Utusan Malaysia, faktor cuaca yang menyebabkan tumbangnya sebuah keretapi yang gagah perkasa yang menguasai bumi Malaya ini lebih dari 125 tahun sejak Taiping-Port Weld dihubungkan.
Didalam kenyataan beliau semalam didalam akhbar arus perdana, cuaca terik yang sebanyak 37'C menyebabkan besi landasan berkembang dan membengkok seterusnya menyebabkan kemalangan tersebut. Itu kenyataan daripada orang besar KTMB sendiri.
Bagi pendapat peribadi, landasan keretapi sekarang ni ialah semuanya bersambung secara dipaterikan dan tidak seperti dahulu lagi yang mana setiap 40kaki dibuat sambung dan masih terdapat jarak seluas beberapa sentimeter antara sambungan tersebut. Seterusnya bila cuaca panas, besi landasan akan mengembang ke sambungan tersebut dan akan menutup atau bersambung antara satu sama lain.
Makanya landasan itu tiada yang terjungkit dan mengembang naik keatas tidak seperti sekarang dimana tiada ruang untuk besi landasan mencari ruang untuk mengelak terjungkitnya kerana ianya bersambung. Seperkara lagi ialah, rutin harian seperti pemeriksaan landasan sudah tidak dipraktikkan lagi. Jika dahulu, setiap hari salah seorang pekerja keretapi akan meronda disepanjang landasan untuk memeriksa jika terdapat kerosakkan pada landasan.
Contohnya, jika papan landasan rosak atau patah ianya perlu diganti pada keesokkan hari, pekerja yang meronda tadi akan meletakkan bunyi amaran kira-kira diantara jarak 100 meter dari tempat yang rosak tadi dan apabila keretapi melalui kawasan tersebut, pemandu lokomotif akan memperlahankan keretapi kerana terdapat bunyi amaran dari landasan tersebut. Jadi, segala kemalangan dapat dielakkan dan kejadiaan yang tidak diingin seperti keretapi terbalik dapat dikurangkan.
Jika terdapat bunyi amaran yang bertanda pelik, pemandu boleh memberhentikan keretapi dan turun memeriksa keadaan landasan tersebut. Tetapi yang yang berlaku pada Ahad lalu, dimana tiga gerabak yang terbelakang sekali tumbang tanpa amaran dan gerabak-gerabak lain terus mengheret yang menyebabkan bebanan yang kuat hingga memaksa gerabak-gerabak lain tumbang seperti domino.
Pemandu dihadapan seolah-seolah tidak mengetahui apa yang berlaku dibelakang dan terus memecut dengan kekautan maksima kerana landasan tersebut menaiki bukit. Seandainya amalan lama digunakan semula seperti rutin pemeriksaan harian dan sebagainya, kemungkinan perkara seperti tumbangnya keretapi pasti tidak berlaku.
Ini pendapat peribadi saya sahaja yang tidak bermaksud hendak menyalahi sesiapa dalam perkara tersebut.
Apa yang saya fikirkan ialah kerugian yang ditanggung oleh pihak KTMB. Selalunya kita amat mengetahui bahawa setiap tahun syarikat pengangkutan negara ini mengalami kerugian dan kerugian tersebut ditanggung oleh kerajaan. Sudahla perkhidmatannya menjadi persoalan oleh kebanyakkan orang inikan pula kemalangan seperti tersebut.
Saya rasa tidak sepatutnya kemalangan itu berlaku setelah pengalaman yang dikumpul oleh KTMB begitu lama dinegara ini. Lebih 125 tahun sudah keretapi beroperasi dan dengan mengunung pengalaman mengendalikan sistem operasi dinegara ini mereka sepatutnya belajar dari kesilapan-kesilapan lampau.
Satu lagi pendapat peribadi saya iaitu kerja-kerja membina landasan kembar dilaluan Ipoh-Padang Besar. Kerja-kerja asas sedang dijalankan seperti menambak tanah dan membina jambatan. Dan semasa kerja menanam cerucuk besi untuk membina jambatan, kemungkinan berlakunya gerakan bawah tanah semasa kerja-kerja menanam cerucuk. Jika diukurkan dengan skala ricter semasa kerja-kerja menanam cerucuk tersebut, berapa bacaan boleh dikira. Sedangkan setiap kali keretapi bergerak pun, sudah mengegar rumah-rumah yang berhampiran.
Menurut Pak Hassan, seorang penduduk dikampung berkenaan, beliau memberitahu sahaja bahawa semasa kerja-kerja menanam cerucuk, jika tidak dibina benteng didalam anak sungai berdekatan dengan jambatan hitam, sudah pasti sungai tersebut akan terkambus kerana pergerakan tanah dibawah umpama kejadian gempa bumi. Pihak geologi boleh membuat siasatan berkenaan dengan pendapat saya untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.
Andaikata kata cuaca panas melampau yang menyebabkan kemalangan tersebut, kenapa kawasan tersebut sahaja berlaku dan sepatutnya landasan akan membengkok disepanjang laluan tersebut. Semalam dicatatkan di Chuping, Perlis bacaan suhu menjangkau 36'C dan merupakan terpanas setakat ini bacaan suhu di Malaysia kenapa landasan disana tiada yang membengkok. Kadang-kadang alasan-alasan yang diberikan oleh pihak KTMB ini menimbulkan keraguan pengguna adalah sangat menyedihkan dan boleh membuatkan rakyat seakan hilang kepercayaan kepada perkhidmatan.
Sebenarnya saya amat sayang dengan keretapi ini kerana sepanjang hayat saya membesar ditepi landasan tersebut. Ayah saya adalah seorang pesara KTMB sejak tahun 1988 dan kini beliau sudah berusia lebih 77 tahun. Begitu juga dengan saya sekeluarga, kami sama-sama hidup dan membesar dengan rezeki keretapi merasakan begitu sedih jika kemalangan seperti di Kampung Titi Bom berulang lagi.
Anak saya juga begitu sukakan keretapi dan setiap kali keretapi melalui kawasan tersebut tangan saya diheretnya kawasan berhampiran dengan landasan untuk melihat keretapi dengan lebih jelas. Begitunya sinonimnya keluarga kami dengan keretapi. Sejak dari mula bertugas di Tanjung Malim pada awal tahun 1960an hingga bersara di pada tahun 1988, ini beerti kehidupan kami sekeluarga selari dengan perkembangan KTMB sendiri.
Dari keretapi menggunakan arang batu sehingga elektrik, semuanya sudah kami merasainya dan semoga usia dan perkhidmatan KTMB lebih maju dan selamat serta berjaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan