Ahad, 7 Februari 2010
Ulasan Perlawanan Jumaat lalu (5.2.2010)
Purnama Gemilang terus memenangi perlawanan ketiganya pada Jumaat lalu (5.2.2010) dan tahniah diucapkan kepada semua pengurusan dan barisan pemainnya. Mereka bertolak dari Guar Chempedak dengan bas syarikat dan tiba di Pantai Murni setengah jam kemudian dan terus membuat "warm-up". Itulah rutin mereka sebelum bermain bagi mengendurkan urat-urat sebelum menghadapi perlawanan pada petang tersebut.
Tetapi petang tersebut ketiadaan jurulatih, Muhammad Ramli membuatkan pasukan sedikit gusar dan sepanjang perlawanan pada petang tersebut mereka seolah-olah bermain dengan kepakaran tersendiri. Tiada tunjuk ajar dan arahan serta perancangan segera. Pihak Pengurusan seperti Halim, Habib dan Adi hanya sepi ditepi padang tanpa memberi kata-kata semangat kecuali dua atau tiga orang penyokong sahaja yang memberi panduan dan tunjuk ajar. Itu kelemahan yang kentara bagi pasukan dan sepatutnya jika ketiadaan jurulatih, setidak-tidaknya pengurus boleh memainkan peranan sebagai penganti. Dengan membiarkan pemain bertindak sendiri didalam padang, mereka seolah-olah hilang pedoman.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dengan membiarkan pemain bersendirian didalam padang kerana bagi mereka pemain didalam padang hanya setaraf dan sebaya dan jika rakan sepemainan menegur dan mengarah, kemungkinan semua itu agak sukar diterima. Jurulatih adalah satu-satunya orang yang boleh menegur dan memberi arahan dan tidak payah mereka mengikut arahan tersebut.
Separuh masa pertama permainan mereka hampir sempurna dan teratur kerana mereka sudah menjaringkan tiga gol dan keyakinan mereka amat tinggi. Dengan itu, mereka merasakan seolah-olah selesa dan tidak perlu berusaha lebih lagi dan mulalah menunjukkan gaya serta berfoya didalam padang. Cuaca yang amat panas juga pada petang tersebut membuatkan pemain cepat keletihan tetapi pihak pengurusan turut menyediakan 100 plus dan pisang serta air minuman. Tiada alasan mengatakan mereka kehausan kerana pisang hanya disediakan atau dimakan oleh pemain golf sahaja bagi menambahkan kembali tenaga yang hilang. Pihak pengurusan cukup sensitif dengan perkara tersebut cuma pemain sendiri yang perlu pandai menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.
Pada separuh masa pertama, hampir tiada kesalahan bagi pasukan Purnama Gemilang tetapi keadaan sebaliknya berlaku bila tiba separuh masa kedua. Sewaktu rehat pemainan, pihak pengurusan tiada langsung memberi kata-kata peransang atau membaiki kesilapan yang berlaku pada separuh masa pertama. Jadi pemain merasakan apa yang berlaku pada separuh masa pertama adalah terbaik bagi mereka dan tanpa mempedulikan kesilapan pada masa pertama mereka terus mengulangi apa yang berlaku sebelumnya. Tetapi mereka terlupa pihak lawan telah membaca kelemahan dan cuba memperbaiki pada separuh masa kedua dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol.
Apa yang diperhatikan ialah kecuaian pemain menjaga pemain lawan adalah kelemahan kentara dalam perlawanan tersebut. Mereka membiarkan pemain lawan bernombor 9 menguasai tengah padang dan beliau mencuba dengan sepakan terus beberapa dan berjaya menghasilkan gol. Beberapa kali serangan dibuat di sebelah kanan dan selalunya sebelah tersebut mudah bocor dan mereka terus mengandakan serangan disebelah tersebut.
"Marking man to man" langsung tiada dipraktikkan dalam perlawanan tersebut dan membiarkan pihak lawan menguasai sepenuhnya bola dipadang pada separuh masa kedua menyebabkan pasukan menjadi kucar kacir dan hilang arah tuju sebab itu dengan mudahnya mereka menjaringkan dua gol dalam masa tersebut. Jika perhatikan gol-gol yang dijaringkan agak mudah dan seolah-olah diberikan percuma tanpa mengasak terlebih dahulu. Setidak-tidaknya mereka boleh melakukan asakan secara berlapis dan pihak lawan akan merasakan kesukaran untuk menjaringkan gol dan kesempatan tersebut sepatutnya cepat-cepat diambil dengan melakukan serangan balas mengejut.
Pada keseluruhan mereka masih lagi menguasai perlawananan tersebut hingga wisel penamat dan syabas diucapkan kerana layak kepusingan kedua. Dan peringatan apabila bermain di pusingan kedua ini kenalah berhati-hati kerana jika tersilap langkah boleh kecewa.
Suasana dan perasaan bermain dipusingan kedua ini berlainan seperti diliga dan pemain perlu menerapkan satu semangat yang cukup mantap untuk menang tanpa mengirakan perasaan lawan. Pusingan ini perlu bermain seperti seolah-olah tiada lagi perlawanan seterusnya dan sikap perlu menang mesti dipikul oleh semua pemain dan melupakan semangat kesukanan.
Pengurusan perlu menyenaraikan pemain yang boleh memegang dan menyepak bola dengan tepat dan ketenangan berfikir perlu dalam setiap pemain bolasepak. Jangan langsung terpengaruh dengan provokasi lawan dan tanpa mempedulikan godaan dan niat jahat mereka.
Dan akhir kata, jika mereka bermain untuk menang dengan tenang, maka tiada masalah kejohanan kali ini menjadi milik mereka dan saya selalu akan memantau pasukan ini dan terus memberi komen kepada mutu permainan mereka. Dan diucapkan selamat berjaya dan semaikan semangat mahu menang setiap kali turun padang. Saya yakin dengan kemantapan pihak pengurusan, pasukan ini akan pergi lebih jauh lagi. Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam,sy sbg pemain Purnama Gemilang FC,
BalasPadamkomen yg mnarik skali..
apa2 pn trima kasih ats teguran dan nasihat..
slaku pemain dan sbhagian drpd team,kami akn perbaiki pemainan kami di pusingan kedua nnt..
trima kasih skali lagi krna sudi memberi smbangan (bola)kpd team PGFC..timakasih.