Sabtu, 20 Februari 2010

Dibelakang tadbir Purnama Gemilang







Selama ini pasukan ini dikenali hanya melalui namanya terpampang di dinding bas express milik syarikat keluarga Abdul Karim Al Haj dan dikaunternya sahaja. Malah ramai yang tidak mengetahu peranan mereka-mereka dibelakang tadbir. Perlukan saya mendedahkan senarai nama mereka untuk tatapan umum.

Sejarah pasukan ini secara ringkas ialah ditubuhkan semasa kejohanan liga Ahli Parlimen Jerai pada tahun lepas oleh Abdul Habib dan Abdul Halim, dua beradik sejoli dan satu hati untuk menubuhkan pasukan bolasepak. Idea ini timbul sejak kebelakangan ini kerana sangat membenci kegiatan tidak berfaedah remaja-remaja sekitar. Gejala lepak dan rempit adalah kunci utama dan 'turning point' diambil merpati dua sejoli ini melakukan sesuatu yang sangat berfaedah disamping memberi peluang kepada remaja-remaja supaya menunjukkan aset milik mereka dan diterjemahkan melalui sukan terutamanya bolasepak.

Sejak itu tertubuhlah Pasukan Bolasepak Purnama Gemilang (Purnama Gemilang FC-2009) di Guar Chempedak dengan menjadikan Stadium Guar Chempedak sebagai gelanggan latihan. Sejak itu Abdul Habib mencari jurulatih bagi menyediakan pasukan beliau bagi menghadapi kejohanan tempatan yang bakal disertai. Ramai yang menolak pelawaan beliau kerana tiada memiliki asas dalam bidang tersebut dan akhirnya timbulah Muhammad Ramli, bekas pemain bolasepak Kedah era 90an dan pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1990 dan 1993.

Beliau adalah ahli pasukan sezaman Radhi Md. Din, Azmi Mahmud, Lee Kin Hong dan Nidzam Adha. Terima kasih kepada usaha Ustaz Firdaus yang memberi cadangan supaya beliau dibawa kedalam pasukan Purnama Gemilang. Sejak itu, beruntunglah anak-anak muda dalam pasukan ini kerana mendapat peluang yang susah diperolehi dimana pun dalam Kedah dengan kehadiran jurulatih berpengalaman yang pernah membawa pasukan Sukma Kedah memenangi pingat perak di Alor Setar pada tahun 2006.

Sebenarnya ramai lagi mereka mereka yang terlibat dibelakang tadbir pasukan ini seperti Adi, Pengurus Pasukan, Gee, Nasir tetapi peranan mereka bagaikan kurang menyerlah tetapi sebenar begitu bernilai jika diterjemahkan dari segi sokongan moral dan meterial.

Syabas kepada Habib dan Halim kerana anda sekarang adalah pemilik pasukan Purnama Gemilang dan kini anda adalah sebaris dengan Roman Amrovich, pemilik Chelsea. Teruskan dengan cadangan untuk mengadakan soccer kids pada setiap minggu kerana usaha ini sangat berfaedah dan amat besar hasilnya bila tiba masanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan