Khamis, 18 Februari 2010

Perlawanan Kalah Mati





Pasukan Purnama Gemilang berjaya melangkah ke pusingan kedua dan petang jumaat nanti perlawanan akan bermula jam 5.30 petang di Padang Awam Guar Chempedak. Ini umpama sirih pulang kegagang dimana dijangkakan ramai penyokong-penyokong tuan rumah akan memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Diharapkan semua peminat-peminat bolasepak tempatan dapat turun padang pada petang Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010 pada jam 5.30 petang.

Pasukan ini amat memerlukan sokongan anda bagi memenangi perlawanan ini dan seterusnya memasuki pusingan suku akhir.

Diberitakan terdapat 2 orang pemain utama pasukan ini mengalami kecederaan dan dijangkakan tidak dapat bermain dan ini merupakan satu berita sedih buat pasukan. Kedua-dua pemain tersebut adalah tunjang pasukan dan diharapkan penganti mereka dapat memikul tanggungjawab sebaik pemain-pemain tersebut.

Semalam berbual dengan Adi, Pegawai Kewangan Pasukan ini, beliau menyatakan kekesalan berkenaan dengan perkara tersebut. Katanya, sepatutnya semasa musim liga ini berlangsung, pasukan tidak harus membuat sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan lain. Ini akan memberi ruang kepada lawan mengkaji prestasi pasukan dan jika ada kesempatan pasukan lawan akan mengodam pemain. Apa yang terjadi ialah kecederaan keatas dua tunggak pasukan dan ini telah memberi kekalahan moral kepada pasukan Purnama Gemilang sendiri.

Satu lagi cadangan dari Adi, boleh juga diadakan perlawanan persahabatan tetapi bolehlah turunkan barisan kedua sahaja dan dari situ kita dapat menilai prestasi pemain-pemain simpanan yang ada potensi dan bakal diserapkan kedalam pasukan utama. Walaubagaimana pun Adi menambah, pasukan ini boleh memenangi perlawanan tersebut tetapi pemain hendaklah menumpukan permainan hinggalah wisel penamat dan jangan ada pula merasakan pemain bagaikan bintang ditengah padang.

Apa yang perlu dibaiki didalam padang nanti ialah pesanan antara satu sama lain, selalu mengawasi pergerakan lawan dan kalau boleh jangalah menunggu bola hingga sampai kekaki. Pemain perlu pergi mendapatkan bola dan sentiasa berjaga-jaga. Kurangkan minum air kerana mungkin salah satu faktor cepat penat dan boleh mendatangkan kecederaan seperti kekejangan dan sebagainya. Basahkan tekak sahaja atau minum sedikit-sedikit.

Adi memesan pula kepada pasukannya supaya cuba menjaringkan gol secepat yang mungkin bagi melemahkan semangat lawan dan sebanyak yang mungkin kerana ini umpama memberi amaran kepada pasukan yang bakal bertemu pada pusingan seterusnya supaya berhati-hati bertemu pasukannya.

Dan sekali lagi Adi serta pergurusan Purnama Gemilang FC mengajak seluruh peminat-peminat bolasepak tempatan supaya turun memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan harapan Guar Chempedak dimana mereka ini terdiri golongan-golongan muda yang berpotensi yang berdaya maju. Seloroh dari Adi, JOM TENGOK BOLA pada petang Jumaat bersamaan 19hb Februari 2010 di Stadium Guar Chempedak, belakang balai bomba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan