Isnin, 1 Februari 2010

Purnama Gemilang layak ke Pusingan Kedua




Perlawanan kedua bagi pasukan Purnama Gemilang (PG) dengan Sungai Daun membuahkan hasil yang memberansangkan dengan memenangi perlawanan dengan jaringan 9-0. Tetapi malangnya pada perlawanan tersebut penulis tiada di tempat perlawanan kerana ada hal keluarga di Sungai Petani. Keputusan yang diperolehi pun melalui Habib Karim dan Adi.

Menurut Habib, perlawanan petang tersebut berlangsung dengan begitu sempurna bagi bagi pasukannya kerana mereka mengawal padang pada petang tersebut. Menurut jurulatih, Muhammad Ramli, pasukannya bermain dengan begitu bersemangat sekali dan cuba menjaringkan sebanyak gol yang boleh kerana perlawanan seterusnya ialah bakal bertemu dengan juara Piala Ahli Perlimen Jerai 2009, KB Berjaya, Jeniang.
.
Pasukan KB Berjaya merupakan pasukan yang dipimpin oleh Abang Ipar Ayuddin Sulaiman berjaya menumpaskan pasukan Modennas tahun lepas di padang awam Guar Chempedak dengan jaringan 2-0. Hadiah dan piala pusingan disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, Pengerusi Kelab Bolasepak Purnama Gemilang, mereka mahukan kemenangan terakhir ini dengan pasukan tersebut kerana perlu menjuarai kumpulan. Ini satu strategi pasukan yang mahukan kemenangan moral pasukan sebelum turun kesuku akhir. Perlawanan ini juga maruah pasukan dalam daerah ini kerana mereka mewakili pekan Guar Chempedak yang terkenal pada suatu ketika dahulu menjuarai liga tempatan termasuk Liga Kedah.

Pasukan Yayasan, memang amat terkenal dengan barisan pemain yang hebat seperti Ramlan Askholani dan Sobri Darus dan Ghazali atau Teh Kacang. Merekalah yang menpopularkan liga yayasan diawal tahun 80an dahulu.

Kini tugas itu dipikul oleh Purnama Gemilang yang secara tidak langsung menaikkan semula nama Guar Chempedak diarena bolasepak Kedah. Menurut Halim lagi, pada jumaat ini akan diadakan perlawanan terakhir kumpulan dan beliau meminta ramai-ramai penyokong dari Guar Chempedak kepadang Pantai Murni pada hari tersebut bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

Dan, pada jumaat ini datanglah beramai-ramai ke perlawanan tersebut bagi memastikan pasukan tempatan menang dan kepada pasukan bolasepak selamat berjuang dan selamat berjaya saya ucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan