Selasa, 29 Disember 2009

Mengorak Satu Langkah Kehadapan







Agak lama tidak menulis dalam blog ni memandangkan kesibukkan kerja diwaktu-waktu terakhir sebelum menjelang 2010. Mengikut falsafah Syed Razak, bekas MB Kedah, tahun depan merupakan Kedah Maju 2010 dan memandangkan beliau sakit semasa menjadi MB, maka berkuburlah wawasan tersebut. Sepatutnya pendapatan perkapita negeri sudah mencecah lebih USD10,000 seorang dan segala prasarana dalam negeri sudah pun diperingkat selesa.

Itu cerita 2002 dan seterusnya pimpinan negeri diambil alih oleh Mahatzir Khalid dan pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan pimpinan PAS pula menerajui Kedah dengan slogan Kedah Sejahtera. Sehingga hari ini keadaan negeri Kedah masih seperti dahulu iaitu aman, damai dan sejahtera.

Berbalik kepada cerita kita terutamanya kepada perkara yangberlaku pada diri aku sendiri sebenarnya tidaklah berjaya mana dalam menghadapi tahun 2009. Bermula dari November 2008, aku mula kembali bekerja di Alor Setar dengan sebuah syarikat milik kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation sempena keputusan kerajaan baru mengorak langkah untuk berniaga di luar negeri. Itu pun setelah 6 bulan berunding dengan pihak kerajaan negeri mengenai pelaburan keluar negara.

Sepanjang tahun 2009, aku sempat juga melihat kawasan yang hendak dilabur oleh kerajaan negeri dan jika kena dengan gaya dan cara perancangannya, negeri akan mendapat pulangan yang lumayan. Setahun aku menyiapkan segala perancangan dan perundingan dengan pihak kontraktor, pelabur, pembeli saham dan sebagainya, akhirnya insyaallah, bulan depan akan dimeterai satu perjanjian dengan sebuah kontraktor dari luar negara berhubung dengan pemilikan saham dan operasi pembalakan dan perladangan.

Sebenarnya tidak perlu terperinci sangat segala fakta yang perlu aku huraikan didalam tulisan ini kerana cuma apa yang perlu aku tekankan disini ialah kejayaan syarikat milik negeri yang tidaklah sebesar Johor Corporation berjaya mengharungi cabaran yang hebat dan laluan sukar sebelum bermulanya operasi syarikat.

Sejak 2008, kedah Corporation diterajui oleh seorang yang berwibawa dan tabah berjaya merentangi asakan dan cemuhan serta halangan yang begitu berat serta rumit dan disamping sokongan dari staff yang yakin dengan wawasan syarikat.

Januari 2010, maka bermula satu episod baru dimana setelah perjanjian dimeterai, segala pentadbiran syarikat cawangan luar negara akan berpusat di ibu negara pusat pelaburan kerajaan negeri dan seramai 6 orang staff akan berkhidmat disana dengan sebahagian besar pegawai dari bahagian pengurusan seperti pengurus operasi, pengurus kewangan dan pentadbiran, pengurus perhutanan dan bancian, pengurus perkapalan serta dua orang pembantu.

Memandangkan syarikat beroperasi dinegara orang, maka pengabungan dengan pegawai-pegawai tempatan seperti pegawai kewangan, kerani dan pemandu serta pengawai keselamatan. Ini adalah sebagai tambahan kepada pegawai-pegawai yang sedia ada dan secara tidak langsung dapatlah pihak syarikat melatih pekerja tempatan disana.

Apa yang dilaburkan oleh syarikat disana ialah menghutan semula tanah dari kawasan hutan dengan cadangan kelapa sawit atau getah. Pihak kerajaan sana telah menluluskan tanah seluas 35,000 hektar untuk pihak syarikat dan segala kelulusan sudah diperingkat akhir. Cadangan untuk menghantar mesin bagi membuat kerja-kerja prasarana telah dimulakan sejak 2 minggu lepas dan mesin-mesin tersebut sedang giat memulakan kerja seperti membuat jalan, jambatan, pelabuhan, tapak semaian dan rumah penginapan.

Jika dengan izin Allah, pada minggu kedua bulan depan kumpulan pertama pegawai dari pihak syarikat akan memulakan kerja disana dan pihak kontraktor yang sudah dilantik akan menyambungkan tugas-tugas prasarana. Insyaallah pada bulan Februari 2010, dijangka pengeluaran hasil sebanyak 10,000m3 dan diikuti 10,000m3 pada bulan seterusnya.

Pada tahun 2010, hasil keseluruhan syarikat dijangka sebanyak 145,000m3 dan dianggaran jualan sebanyak USD1.7 juta hasil untung bersih syarikat bakal diraih.

Pada masa yang sama, tapak semaian akan dimulakan bersama-sama dengan kerja-kerja pembersihan hutan dalam hal tersebut pihak syarikat akan meminta pertolongan dari sebuah lagi syarikat milik kerajaan negeri dalam hal berkenaan dengan ladang. Jadi dalam usaha ini, syarikat tidak keseorangan dengan dibantu oleh Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Berhad.

Untuk perladangan pula, jika keadaan tidak mengizinkan untuk ditanam kelapa sawit, getah adalah pilihan seterusnya dan memandangkan harga getah sekarang melonjak keparas RM4.50 sekilogram bagi LG (sekerap) dan getah dari sana akan dibawa pulang ke Malaysia sebagai menampung keperluan negara.

Akhir kata, sama-sama kita medoakan kejayaan syarikat milik kerajaan negeri melabur diluar negara dan ini merupakan pelaburan pertama dari Kedah disana. Kita harapan hasil dari keuntungan tersebut dapat dimanafaatkan oleh rakyat negeri Kedah melalui penajaan biasiswa melanjutkan pelajaran, memperkenalkan insuran rakyat kepada penduduk Kedah dan membantu rakyat negeri yang dilanda kesusahan dan musibah.

Inysaallah dengan kepimpinan MB yang adil, restu dari rakyat dan usaha gigih dari pekerja
syarikat, saya yakin kita terus maju. Allahuakhbar.

Selasa, 22 Disember 2009

Almuni ASMI di Padang Lumat





Pada hari raya puasa yang lalu, kami beramai-ramai berkumpul dirumah G di Padang Lumat. Ini merupakan acara wajib tahunan bagi kumpulan tersebut bagi meraikan majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh G dan keluarga.

Majlis bermula seawal jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang. Antara kenamaan yang hadir ialah Amran dan Anuar Abu Bakar, Yuz Botok, Madi Kalai, Nazni, Nuri Azam, Ayuddin, G , Farudin Kalut dan beberapa lagi rakan-rakan yang tidak sempat bergambar kerana ada urusan peribadi.

Jamuan disediakan memang lazat-lazat belaka sehinggalah ada mamat tu sanggup combined mee dengan bihun serta laksa dalam satu pinggan.

Selepas ini giliran Ayuddin Sulaiman pula akan membuat majlis jamuan hari raya pada tahun 2010 di Jeniang. Semua tetamu yang hadir sangat santai dengan jamuan yang disediakan oleh tuan rumah dan acara diakhiri dengan penyampaian duit raya serta bergambar kenangan.

Ahad, 20 Disember 2009

Rangkaian gambar-gambar lama

Teka, ini siapa ?
Aku, Mat Tiak, Azale dan Halim dari pekan ke asrama,
berjalan masa tu rasa macam tak rasa apa-apa.
Pertama kali sampai di Kuala Lumpur 1985 bersama Yuz, Fauzi Pie,
Anuar Darus, Brahim, Yaakop dan Jaafar Leha.....

Semasa didalam tren KTM ke Taman Negara, Pahang dan
sebelah aku Yuzs, Brahim, Jat dan ramai lagi

Helicopter



Sejarah lama mekar kembali apabila mendapat semangat daripada kawan-kawan yang meminta gambar-gambar lama mereka dikembalikan untuk tatapan bersama. Aku rasa terharu pula dengan niat tersebut kerana mungkin sahabat-sahabat tiada dalam simpanan mereka.

Aku tiada keberatan di sini untuk memuat gambar-gambar tersebut kerana sebahagian daripada minat aku dan pagi-pagi aku buka emel, Mat Tiarap (Birin) kata dia buka blog aku. Dia memberi sikit sumbangan kenangan terakhir bersama Aruah Khairy dan secara kebetulan betul lah apa orang kata, kita di peringkat akhir umur seolah terasa akan pemergian tersebut.

Masih ingat aku, di pagi Sabtu, kita menaiki sebuah bas menuju ke Simpor untuk menziarah mayat beliau. Memang aku sendiri nampak pelik pada minggu-minggu akhir semasa di dalam dorm, di mana beliau bagaikan begitu terasing dan menjadi membisu seolah-olah merasakan sesuatu yang bakal terjadi tetapi aku sendiri kelu tak terkata-kata.

Kepada aruah, alfatihah dan semoga rohnya diletakkan bersama-sama orang yang beriman. Amin

Jumaat, 18 Disember 2009

Tahniah.....Malaysia............

Gambar atas adalah pasukan 1981 yang berjaya mara ke pusingan kedua di temasya sukan bolasepak MSSM di Kangar.
Duduk dari kiri Juzaini Mat Sin, Sabaruddin Hassan, Azhar dan Shukria, tengah Marzuki, Jefri, Mazlan dan belakang Tako, Azizi,Kamal Idris, Khalid Aris


Semalam tepat jam 7.47 hasil jaringan sendiri oleh pasukan Vietnam minit ke 83 menjulang nama Malaysia selaku juara dalam acara bolasepak Sukan Sea ke 25 di Laos setelah memenanginya sejak 20 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Tahniah barisan yang dilatih oleh K. Rajagopal yang baru sahaja dinaikkan pangkat oleh FAM untuk mengantikan B. Sathianathan. Rentetan dari kejayaan bak juara apabila membenam Timor Leste dengan jaringan 11-0, kemudian kalah kepada Vietnam 1-3, menang dengan Kemboja 4-1 serta kalahkan Thailand 2-1 pada peringkat kumpulan.

Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan dan bertemu dengan Laos pada peringkat separuh akhir dan berjaya melangkah ke final buat kali pertama sejak Akmal Rizal bersama pasukan melakukannya pada tahun 2001 tetapi kalah dengan jaringan 1-0 kepada Thailand.

Sekali lagi jaringan pada minit-minit terakhir perlawanan semasa menentang tuan rumah membawa tuah kepada Malaysia sekaligus memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pasukan bolasepak kita masih lagi wujud dan sempena menyambut tahun baru hijrah 1431, kita berjaya merangkul emas setelah pasukan 1989 melakukannya di Kuala Lumpur.

Penulis telah meyaksikan perlawanan tersebut dengan penuh debaran pada petang khamis bersama keluarga dirumah dan berbaloi penantian selama 20 itu. Biarpun 20 tahun lalu, penulis juga menyaksikan perlawanan final antara Malaysia dengan Singapura tetapi waktu tersebut tiada sebarang kerunsingan dengan pasukan tersebut kerana yakin Malaysia akan menang tetapi hanya ingin menyaksikan bagaimana gol dihasilkan sahaja. Tetapi kali ini suasana berlainan kerana tahap keyakinan terhadap pasukan negara sudah luntur dan tiada menaruh kepercayaan untuk menang. Inilah kali ketiga menyaksikan Malaysia menang emas di Sukan Sea sejak 1977 iaitu zaman aruah Mokhtar Dahari.

Dengan kejayaan ini adalah satu permulaan untuk pasukan bolasepak untuk terus maju kehadapan dan kalau boleh sekali lagi kita perlu mencontohi pasukan 1972 dan 1980 yang layak olimpik dan pasukan 1974 yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia di Taheran.

Khamis, 17 Disember 2009

Petang di Pantai Murni




Pantai Murni memang terkenal didaerah Yan. Lokasinya di sebelah pantai Pekan Yan dan pusat riadah bagi penduduk sebelah sana. Yang seronoknya disebelah petangnya, apabila matahari hampir terbenam, suasana sungguh cantik.

Dikawasan tersebut ada sebuah mini stadium, pusat mainan kanak-kanak dan sebilangan gerai makan dan minum seperti gerai satay, laksa, pasembur, ais kacang dan cendol. Aku sekeluarga selalu juga kesana setidak-tidaknya sebulan sekali untuk menikmati suasana dan keindahan alam diwaktu petang.

Silalah nikmati suasana petang di Pantai Murni.

Selasa, 15 Disember 2009

Sambungan dari percutian di Pulau Mutiara




Masih terlalu awal untuk mengaku kalah untuk menutup terus kisah percutian aku baru-baru ini. Setibanya dihotel atau rumah penginapan Sri Sayang ( itu merupakan hotel kelima aku jelajah cari bilik sebab semuanya penuh) lebih kepada service apartment.

Setelah tawar menawar, dapatlah semalam dengan harga RM160.00 mempunyai 2 bilik tidur , dapur dan dua bilik mandi. Amat selesa beserta dengan Astro dan bersih. Selesai mengemaskan barang, aku bersama anak2 aku turun kekolam untuk mandi. Setelah selama 2 jam barulah naik semula kebilik dan bersiap-siap untuk makan malam. Keluarlah kami sekeluarga mencari warung masakan Siam dan setelah kenyang maka kami pun berangkat ke pasar malam (rock walk).

Sepanjang 2 kilometer kawasan tersbut dipenuhi dengan gerai-gerai seperti Petaling Street(PS) serta menjual barangan seakan PS. Anak aku ingin menaiki beca dan apa lagi kami bertiga pun mencari beca dan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 untuk satu trip.

Selesai menaiki beca, aku ke pusat urutan ikan, dr. fish teraphy. Dan inilah kali pertama aku merasai kaki digigit ikan dan mula-mula rasa geli lama kelamaan barulah merasai nikmatnya. Agak lama disitu kami pun berdar dari situ dan kembali ke bilik pada jam 11.00 malam. Suasana di sepanjang Batu Feringgi amat menarik dan aku merasakan umpama berada di Phuket.

Al fatihah....




Selain dari aruah Said, ada beberpa lagi sahabat-sahabat kita yang telah meninggalkan kita iaitu bermula dengan aruah Syed dari Gurun, Azhar Zakaria, Juzaini Mat Sin, Ku Rizal Ku Ishak dan yang aku tau terbaru ialah Ismail Harun dari Gurun (dalam gambar depan aruah Art Tok Pin). Semua dari kelompok aku 82-86.

Masa kita form 2, rakan sebilik kita iaitu aruah Khairy, ada dalam gambaq ramai2 sebelum ini dan paling awai ialah bekas penolong ketua pengawa asrama, aruah Zulkifli. (semasa aku form one) dia orang singkir - hitam2 manis

Aruah Said Ibrahim


Manusia umpama kapal dilautan luas dan pelayaran kapal itu umpama manusia yang hidup didunia ini kerana destinasi yang ditujunya sudah pasti, mati. Bulan lepas sahabat lama kita, Said Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di Bukit Belacan dan jenazah disimpan di Kota Sarang Semut.

Untuk aruah, kita sedekahkan al fatihah dan semoga rohnya diletakkan bersama-sama orang yang beriman.

Kenangan Lama








Sejak bercuti tempoh hari selama 2 minggu, salah satu rutin ialah mengemas rumah. Dalam usaha tersebut maka terjumpalah pula album gambar lama dan salah satunya seperti disiarkan.

Ini gambar semasa aku tingkatan 3 semasa menjaga budak-budak hingusan masa tu lepa tingkatan 2. Jadi aku senior sikit mana berani lepa lawan senior, nak mampus. Ada sekali tu aku pernah suruh lepa lari keliling court bolatampar waktu jam 12 tengahari pasai katil lepa tak kemas. Adala juga 5 round, berpeluh habis aku yang berdiri atas koridor senyum saja. Syok buli budak-budak ni pasai sorang pun tak melawan, pendek kata dengar cakap.

Gambar yang atas sekali tu masa aku form 4, masih pengawas sekolah lagi masa tu jaga budak-budak dorm 7. Pak Wan tenoi salah sorang pengawal aku yang setia, mana aku pindah dia selalu saja mengikut aku.

Tapi wujud juga kemesraan antara kami seperti gambar paling atas sekali. Yang duk tunjuk penumbuk tu pak wan, cuba cari mana aku dalam gambar tu.

Sebagai menghargai persahabatan yang lama wujud, maka dengan rela hati aku siarkan kembali gambar-gambar lama sebagai ingatan aku kepada sahabat2 yang pernah bersama aku disuatu ketika dahulu.

Kini budak2 hingusan tersebut sudah menjadi orang yang berjasa kepada kedua ibubapa mereka dan keluarga serta ada yang sudah membina empayar sendiri. Aku rasa kalau nak tulisan jawatan mereka satu persatu mungkin tak muat dalam blog aku ni tapi aku rasa Japrol arif berkenaan perkara tersebut.

Ada lagi beberapa gambar sensasi...........tunggu.

Ada juga gambar-gambar sensasi seperti diatas. Cuba perhatikan dan buat sedikit komen.

Jumaat, 11 Disember 2009

Malam di Batu Feringgi

Suasana malam di Batu Feringgi memang berlainan daripada siang hari , umpama Phuket.

Pulau Mutiara 2


Selasa, 8 Disember 2009

Percutian di Pulau Mutiara





Sekali lagi keputusan untuk bercuti diubah dari pantai timur ke pulau Mutiara-P.Pinang. Disebabkan musim tengkujuh dan musim banjir disebelah timur, aku segera mengubah haluan percutian yang ketiga. Cadangan kedua ke Melaka tetapi memandangkan perjalanan agak jauh dan meletihkan serta hotel yang sudah penuh, Pulau Pinang pilihan terakhir.

Menyeronokkan hanya untuk anak-anak aku sahaja dan aku hanya pengenap sahaja. Petang khamis mula bertolak ke Batu Feringgi melalui lebuhraya Plus dan singgah di Sungai Dua untuk makan tengahari di Restoran Mee Udang, dekat dengan titi timboi lama. Kisah titi timboi ini sudah ada sejak aku kecil dahulu lagi kerana waktu tersebut jambatan tersebut dibina diatas pelampung yang hanya boleh dilalui satu arah kenderaan sahaja. Yang dikatakan titi timboi ialah bila air surut ia akan kelihatan dibawah dan air pasang barulah nampak jambatan berkenaan.

Sekarang, sudah tiada lagi jambatan berkenaan kerana telah diganti dengan jambatan konkrit yang tinggi dan titi timboi hanya tinggal kenangan. Selepas kenyang barulah bergerak ke Pengkalan Sultan Abdul Halim melalui lebuhraya Lingkaran Dalam Butterworth yang melalui Bagan Ajam, Pantai Bersih, Terminal Pelabuhan Dalam (Utara) dan pengkalan jeti feri.

Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM7.70 untuk sebuah kereta ini lebih mahal jika dibandingkan dengan jambatan yang hanya perlu dibayar sebanyak RM5.60 bagi pemegang kad Touch N Go versi jambatan. Lebih kurang 15 minit diatas feri di dok atas dan aku dan anak-anak pun keluar dari kereta setelah feri bergerak. Sejak kecil lagi sudah biasa dengan pandangan di situ kerana kami sekeluarga selalu pulang kekampung di Balik Pulau dan setiap kali menaiki feri, itulah landskap yang serupa jika kita melintas selat kecil itu.

Cuma yang berbezanya ialah pembangunan disekitar kedua-dua pelabuhan yang banyak berubah seperti pelabuhan air dalam disebelah Bagan dan Tanjung Marina disebelah Georgetown. Jika dulu kami menaiki kenderaan awam ke Tanjung dan kena berjalan kaki hingga ke feri dan duduk diatas kerusi dua hala dan keadaan yang serupa masih seperti dulu lagi. Cuma kalau dulu turun dari feri, terus ke terminal bas dan menaiki bas MPPP ke terminal bas utama dekat Komtar sekarang dan ambil bas kuning bernombor 66 ke Pekan Kongsi dengan melalui jalan yang berliku dan bengkang bengkok. Kenangan yang paling tidak dapat aku lupa ialah apabila melalui jalan tersebut, ibu aku mesti menyediakan beg plastik untuk menadah muntah aku dan perkara tersebut berulang setiap kali melalui jalan tersebut dengan bas.

Sepanjang pergerakan feri ke Tanjung, perkara yang mesti aku perhatikan ialah kapal dagang dan sejak dulu lagi aku amat berminat dengan kapal dagang dan hinggalah feri tiba didermaga dan bersedia untuk keluar dari perut feri. Tiba di simpang ke jalan utama, aku terus ke Batu Feringgi.

Tetapi dalam perjalanan hendak kehotel, aku singgah dibeberapa hotel seperti Hardrock Cafe Hotel, The Sand Hotel, untuk menanyakan harga bilik dan semua melebihi jangkaan bajet iaitu RM200.00 satu malam hinggalah aku tiba di Sri Sayang, Serviced Apartment dengan harga RM168.00 untuk apartment 2 bilik bagi satu malam. Apa lagi terus aku check in disana dan kedudukannya bertentangan dengan hotel Rasa Sayang dan jarak dari pantai hanyalah 300 meter bagai percutian yang dirancang berbulan lamanya. Bilik-bilik dihotel sudah penuh dan itulah tempat tidur terakhir aku dapat, kalau tidak terpaksa pulang ke rumah semula.

Acara selepas 'check in' ialah mandi kolam. Ini merupakan satu episod yang paling disukai oleh anak-anak aku dan dengan pakaian renang mereka, lupa segalanya sampailah 2 jam mereka mengeladah kolam tersebut. Itu pun kerana hujan disebelah petang, kalau tidak sampai magriblah jawabnya mereka berkubang. Selesai mandi selepas magrib kami pun bergerak ke kedai makan dan suasana malam dikawasan tersebut 'totally' berubah 360 degree. Dan ikutilah episod malam di Batu Feringgi pada keluaran akan datang.

Bersambung....

Khamis, 3 Disember 2009

Zafrol dapat anak lagi



Tahniahla semalam, sahabat aku di KL sana mendapat anak ke-4 dan inilah anak lelaki terakhir dari isteri beliau sekarang, mana tau kut tahun depan dapat isteri baru, insyaallah dapat lagi anak dengan isteri baru pulak, rezeki katakan.

Secara tidak sedar beritah ini aku dapat dari group yahoo, itu pun Gee yang umumkan, kalau tidak sapa pun tidak perasan dengan kelahiran tersebut. Sekali lagi tahniah nampak gaya dia sendiri pun umum akan tutup tirai dengan kelahiran ini. Tak taulah mana satu yang betui.

Semalam juga, Anuar Bakaq menjadi bapa mithali dan contoh kepada bapa-bapa yang lain kerana sanggup ambil cuti kerana meneman anak ambil ujian masuk sekolah menengah Agama, Sik. Itu juga satu pengorbanan dari seorang bapa yang ingin melihat anaknya berjaya dan menjadi insan yang amat berguna kepada masyarakat dan negara.

Aku mendapat tahu anak nya yang sulong ini telah menjuarai perbahasan sekolah peringkat kebangsaan yang lalu bagi sekolah rendah dan pada malam anugerah gemilang jabatan pelajaran Kedah, anak sahabat kita ni telah terpilih menjadi juru acara pada majlis tersebut. Ini rahsia yang aku bongkarkan dari diari Anuar dan aku yakin dengan penuh keinsafan beliau berjaya mendidik anaknya hingga berjaya.

Sorang lagi, Madi Pendek, dah pun pulang dari New Zealand dan kini sedang bertugas di Putrajaya. Kalau tak silap aku, minggu lepas ada aku terperasan di berhenti di simpang Padang Lembu menuju arah Gurun dengan Fiat antiknya tetapi tak boleh nak buat apa-apa sebab talian telepon dia tidak menjawab. Aku perhati dengan begitu saja dan dalam hati berkata biarkan,biarkan, biarkan. Ini sudah 2 kali aku terjumpa di Jalan Jeniang (JJ).

Hari rabu aku menerima email paling banyak dan aku buka satu per satu ada satu email yang diluar jangkaan dan email tersebut aku terus delete kerana ia merupakan misteri dari pengirimnya. Biarlah kisah tersebut berlalu tanpa kupasan dan hanya aku saja yang mengetahui.

Madi Kalai, gelaran sejak form 1, amat glamour dan terkenal hingga kini masih menggunakan gelaran tersebut. Makhluk ini unik kerana pernah berjumpa dengan Penasihat Petronas dan bercerita tentang keahlian UMNO yang pernah dipohon tetapi tidak pernah diluluskan. Sudah berkali-kali beliau mencuba tetapi baru-baru ini saja mendapat kelulusan dari SA UMNO Ku Nan. Syabas kepada beliau kerana berjaya akhirnya mencuba itu pun atas usaha gigih selama mana dia memohon dan diharapkan terus menjadi ahli yang berfaedah kepada parti.

Shahruzee, Yusmata, Jalud, Silmi, Mat Tiarap (birin) dan lain-lain antara penulis tetap dalam laman group kami dan tidak pernah jemu menulis dan baru-baru ini Pun Gedik dah lama tidak muncul, begitu juga Raja dan lain-lain. Kemanakah mereka-mereka ini menghilang diri dan aku menanti kemunculan mereka.