Selasa, 15 Disember 2009
Kenangan Lama
Sejak bercuti tempoh hari selama 2 minggu, salah satu rutin ialah mengemas rumah. Dalam usaha tersebut maka terjumpalah pula album gambar lama dan salah satunya seperti disiarkan.
Ini gambar semasa aku tingkatan 3 semasa menjaga budak-budak hingusan masa tu lepa tingkatan 2. Jadi aku senior sikit mana berani lepa lawan senior, nak mampus. Ada sekali tu aku pernah suruh lepa lari keliling court bolatampar waktu jam 12 tengahari pasai katil lepa tak kemas. Adala juga 5 round, berpeluh habis aku yang berdiri atas koridor senyum saja. Syok buli budak-budak ni pasai sorang pun tak melawan, pendek kata dengar cakap.
Gambar yang atas sekali tu masa aku form 4, masih pengawas sekolah lagi masa tu jaga budak-budak dorm 7. Pak Wan tenoi salah sorang pengawal aku yang setia, mana aku pindah dia selalu saja mengikut aku.
Tapi wujud juga kemesraan antara kami seperti gambar paling atas sekali. Yang duk tunjuk penumbuk tu pak wan, cuba cari mana aku dalam gambar tu.
Sebagai menghargai persahabatan yang lama wujud, maka dengan rela hati aku siarkan kembali gambar-gambar lama sebagai ingatan aku kepada sahabat2 yang pernah bersama aku disuatu ketika dahulu.
Kini budak2 hingusan tersebut sudah menjadi orang yang berjasa kepada kedua ibubapa mereka dan keluarga serta ada yang sudah membina empayar sendiri. Aku rasa kalau nak tulisan jawatan mereka satu persatu mungkin tak muat dalam blog aku ni tapi aku rasa Japrol arif berkenaan perkara tersebut.
Ada lagi beberapa gambar sensasi...........tunggu.
Ada juga gambar-gambar sensasi seperti diatas. Cuba perhatikan dan buat sedikit komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lan Taat..boh byk lagi gambaq2 lama coz aku nyer tah kat mana aku letak..terlalu byk kenangan yg dah hampir2 pupus dr ingatan aku..tup2 tgk gambaq2 kat ASMI tu..memory aku mai balik..salah satu nyer..hari2 terakhir dgn arwah Khairi..dia mcm dah tau dia nak mati..bila dia ajak aku p umah dia hari jumaat (hari sabtu dia mati)..bila aku kata aku ikut dia balik minggu depan, dia kata dah x dan dah..sethn aku rasa ralat hg tau dak..
BalasPadam