Selasa, 8 Disember 2009
Percutian di Pulau Mutiara
Sekali lagi keputusan untuk bercuti diubah dari pantai timur ke pulau Mutiara-P.Pinang. Disebabkan musim tengkujuh dan musim banjir disebelah timur, aku segera mengubah haluan percutian yang ketiga. Cadangan kedua ke Melaka tetapi memandangkan perjalanan agak jauh dan meletihkan serta hotel yang sudah penuh, Pulau Pinang pilihan terakhir.
Menyeronokkan hanya untuk anak-anak aku sahaja dan aku hanya pengenap sahaja. Petang khamis mula bertolak ke Batu Feringgi melalui lebuhraya Plus dan singgah di Sungai Dua untuk makan tengahari di Restoran Mee Udang, dekat dengan titi timboi lama. Kisah titi timboi ini sudah ada sejak aku kecil dahulu lagi kerana waktu tersebut jambatan tersebut dibina diatas pelampung yang hanya boleh dilalui satu arah kenderaan sahaja. Yang dikatakan titi timboi ialah bila air surut ia akan kelihatan dibawah dan air pasang barulah nampak jambatan berkenaan.
Sekarang, sudah tiada lagi jambatan berkenaan kerana telah diganti dengan jambatan konkrit yang tinggi dan titi timboi hanya tinggal kenangan. Selepas kenyang barulah bergerak ke Pengkalan Sultan Abdul Halim melalui lebuhraya Lingkaran Dalam Butterworth yang melalui Bagan Ajam, Pantai Bersih, Terminal Pelabuhan Dalam (Utara) dan pengkalan jeti feri.
Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM7.70 untuk sebuah kereta ini lebih mahal jika dibandingkan dengan jambatan yang hanya perlu dibayar sebanyak RM5.60 bagi pemegang kad Touch N Go versi jambatan. Lebih kurang 15 minit diatas feri di dok atas dan aku dan anak-anak pun keluar dari kereta setelah feri bergerak. Sejak kecil lagi sudah biasa dengan pandangan di situ kerana kami sekeluarga selalu pulang kekampung di Balik Pulau dan setiap kali menaiki feri, itulah landskap yang serupa jika kita melintas selat kecil itu.
Cuma yang berbezanya ialah pembangunan disekitar kedua-dua pelabuhan yang banyak berubah seperti pelabuhan air dalam disebelah Bagan dan Tanjung Marina disebelah Georgetown. Jika dulu kami menaiki kenderaan awam ke Tanjung dan kena berjalan kaki hingga ke feri dan duduk diatas kerusi dua hala dan keadaan yang serupa masih seperti dulu lagi. Cuma kalau dulu turun dari feri, terus ke terminal bas dan menaiki bas MPPP ke terminal bas utama dekat Komtar sekarang dan ambil bas kuning bernombor 66 ke Pekan Kongsi dengan melalui jalan yang berliku dan bengkang bengkok. Kenangan yang paling tidak dapat aku lupa ialah apabila melalui jalan tersebut, ibu aku mesti menyediakan beg plastik untuk menadah muntah aku dan perkara tersebut berulang setiap kali melalui jalan tersebut dengan bas.
Sepanjang pergerakan feri ke Tanjung, perkara yang mesti aku perhatikan ialah kapal dagang dan sejak dulu lagi aku amat berminat dengan kapal dagang dan hinggalah feri tiba didermaga dan bersedia untuk keluar dari perut feri. Tiba di simpang ke jalan utama, aku terus ke Batu Feringgi.
Tetapi dalam perjalanan hendak kehotel, aku singgah dibeberapa hotel seperti Hardrock Cafe Hotel, The Sand Hotel, untuk menanyakan harga bilik dan semua melebihi jangkaan bajet iaitu RM200.00 satu malam hinggalah aku tiba di Sri Sayang, Serviced Apartment dengan harga RM168.00 untuk apartment 2 bilik bagi satu malam. Apa lagi terus aku check in disana dan kedudukannya bertentangan dengan hotel Rasa Sayang dan jarak dari pantai hanyalah 300 meter bagai percutian yang dirancang berbulan lamanya. Bilik-bilik dihotel sudah penuh dan itulah tempat tidur terakhir aku dapat, kalau tidak terpaksa pulang ke rumah semula.
Acara selepas 'check in' ialah mandi kolam. Ini merupakan satu episod yang paling disukai oleh anak-anak aku dan dengan pakaian renang mereka, lupa segalanya sampailah 2 jam mereka mengeladah kolam tersebut. Itu pun kerana hujan disebelah petang, kalau tidak sampai magriblah jawabnya mereka berkubang. Selesai mandi selepas magrib kami pun bergerak ke kedai makan dan suasana malam dikawasan tersebut 'totally' berubah 360 degree. Dan ikutilah episod malam di Batu Feringgi pada keluaran akan datang.
Bersambung....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan