Selasa, 29 Disember 2009

Mengorak Satu Langkah Kehadapan







Agak lama tidak menulis dalam blog ni memandangkan kesibukkan kerja diwaktu-waktu terakhir sebelum menjelang 2010. Mengikut falsafah Syed Razak, bekas MB Kedah, tahun depan merupakan Kedah Maju 2010 dan memandangkan beliau sakit semasa menjadi MB, maka berkuburlah wawasan tersebut. Sepatutnya pendapatan perkapita negeri sudah mencecah lebih USD10,000 seorang dan segala prasarana dalam negeri sudah pun diperingkat selesa.

Itu cerita 2002 dan seterusnya pimpinan negeri diambil alih oleh Mahatzir Khalid dan pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan pimpinan PAS pula menerajui Kedah dengan slogan Kedah Sejahtera. Sehingga hari ini keadaan negeri Kedah masih seperti dahulu iaitu aman, damai dan sejahtera.

Berbalik kepada cerita kita terutamanya kepada perkara yangberlaku pada diri aku sendiri sebenarnya tidaklah berjaya mana dalam menghadapi tahun 2009. Bermula dari November 2008, aku mula kembali bekerja di Alor Setar dengan sebuah syarikat milik kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation sempena keputusan kerajaan baru mengorak langkah untuk berniaga di luar negeri. Itu pun setelah 6 bulan berunding dengan pihak kerajaan negeri mengenai pelaburan keluar negara.

Sepanjang tahun 2009, aku sempat juga melihat kawasan yang hendak dilabur oleh kerajaan negeri dan jika kena dengan gaya dan cara perancangannya, negeri akan mendapat pulangan yang lumayan. Setahun aku menyiapkan segala perancangan dan perundingan dengan pihak kontraktor, pelabur, pembeli saham dan sebagainya, akhirnya insyaallah, bulan depan akan dimeterai satu perjanjian dengan sebuah kontraktor dari luar negara berhubung dengan pemilikan saham dan operasi pembalakan dan perladangan.

Sebenarnya tidak perlu terperinci sangat segala fakta yang perlu aku huraikan didalam tulisan ini kerana cuma apa yang perlu aku tekankan disini ialah kejayaan syarikat milik negeri yang tidaklah sebesar Johor Corporation berjaya mengharungi cabaran yang hebat dan laluan sukar sebelum bermulanya operasi syarikat.

Sejak 2008, kedah Corporation diterajui oleh seorang yang berwibawa dan tabah berjaya merentangi asakan dan cemuhan serta halangan yang begitu berat serta rumit dan disamping sokongan dari staff yang yakin dengan wawasan syarikat.

Januari 2010, maka bermula satu episod baru dimana setelah perjanjian dimeterai, segala pentadbiran syarikat cawangan luar negara akan berpusat di ibu negara pusat pelaburan kerajaan negeri dan seramai 6 orang staff akan berkhidmat disana dengan sebahagian besar pegawai dari bahagian pengurusan seperti pengurus operasi, pengurus kewangan dan pentadbiran, pengurus perhutanan dan bancian, pengurus perkapalan serta dua orang pembantu.

Memandangkan syarikat beroperasi dinegara orang, maka pengabungan dengan pegawai-pegawai tempatan seperti pegawai kewangan, kerani dan pemandu serta pengawai keselamatan. Ini adalah sebagai tambahan kepada pegawai-pegawai yang sedia ada dan secara tidak langsung dapatlah pihak syarikat melatih pekerja tempatan disana.

Apa yang dilaburkan oleh syarikat disana ialah menghutan semula tanah dari kawasan hutan dengan cadangan kelapa sawit atau getah. Pihak kerajaan sana telah menluluskan tanah seluas 35,000 hektar untuk pihak syarikat dan segala kelulusan sudah diperingkat akhir. Cadangan untuk menghantar mesin bagi membuat kerja-kerja prasarana telah dimulakan sejak 2 minggu lepas dan mesin-mesin tersebut sedang giat memulakan kerja seperti membuat jalan, jambatan, pelabuhan, tapak semaian dan rumah penginapan.

Jika dengan izin Allah, pada minggu kedua bulan depan kumpulan pertama pegawai dari pihak syarikat akan memulakan kerja disana dan pihak kontraktor yang sudah dilantik akan menyambungkan tugas-tugas prasarana. Insyaallah pada bulan Februari 2010, dijangka pengeluaran hasil sebanyak 10,000m3 dan diikuti 10,000m3 pada bulan seterusnya.

Pada tahun 2010, hasil keseluruhan syarikat dijangka sebanyak 145,000m3 dan dianggaran jualan sebanyak USD1.7 juta hasil untung bersih syarikat bakal diraih.

Pada masa yang sama, tapak semaian akan dimulakan bersama-sama dengan kerja-kerja pembersihan hutan dalam hal tersebut pihak syarikat akan meminta pertolongan dari sebuah lagi syarikat milik kerajaan negeri dalam hal berkenaan dengan ladang. Jadi dalam usaha ini, syarikat tidak keseorangan dengan dibantu oleh Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Berhad.

Untuk perladangan pula, jika keadaan tidak mengizinkan untuk ditanam kelapa sawit, getah adalah pilihan seterusnya dan memandangkan harga getah sekarang melonjak keparas RM4.50 sekilogram bagi LG (sekerap) dan getah dari sana akan dibawa pulang ke Malaysia sebagai menampung keperluan negara.

Akhir kata, sama-sama kita medoakan kejayaan syarikat milik kerajaan negeri melabur diluar negara dan ini merupakan pelaburan pertama dari Kedah disana. Kita harapan hasil dari keuntungan tersebut dapat dimanafaatkan oleh rakyat negeri Kedah melalui penajaan biasiswa melanjutkan pelajaran, memperkenalkan insuran rakyat kepada penduduk Kedah dan membantu rakyat negeri yang dilanda kesusahan dan musibah.

Inysaallah dengan kepimpinan MB yang adil, restu dari rakyat dan usaha gigih dari pekerja
syarikat, saya yakin kita terus maju. Allahuakhbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan