Ahad, 20 Disember 2009
Helicopter
Sejarah lama mekar kembali apabila mendapat semangat daripada kawan-kawan yang meminta gambar-gambar lama mereka dikembalikan untuk tatapan bersama. Aku rasa terharu pula dengan niat tersebut kerana mungkin sahabat-sahabat tiada dalam simpanan mereka.
Aku tiada keberatan di sini untuk memuat gambar-gambar tersebut kerana sebahagian daripada minat aku dan pagi-pagi aku buka emel, Mat Tiarap (Birin) kata dia buka blog aku. Dia memberi sikit sumbangan kenangan terakhir bersama Aruah Khairy dan secara kebetulan betul lah apa orang kata, kita di peringkat akhir umur seolah terasa akan pemergian tersebut.
Masih ingat aku, di pagi Sabtu, kita menaiki sebuah bas menuju ke Simpor untuk menziarah mayat beliau. Memang aku sendiri nampak pelik pada minggu-minggu akhir semasa di dalam dorm, di mana beliau bagaikan begitu terasing dan menjadi membisu seolah-olah merasakan sesuatu yang bakal terjadi tetapi aku sendiri kelu tak terkata-kata.
Kepada aruah, alfatihah dan semoga rohnya diletakkan bersama-sama orang yang beriman. Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan