Jumaat, 18 Disember 2009

Tahniah.....Malaysia............

Gambar atas adalah pasukan 1981 yang berjaya mara ke pusingan kedua di temasya sukan bolasepak MSSM di Kangar.
Duduk dari kiri Juzaini Mat Sin, Sabaruddin Hassan, Azhar dan Shukria, tengah Marzuki, Jefri, Mazlan dan belakang Tako, Azizi,Kamal Idris, Khalid Aris


Semalam tepat jam 7.47 hasil jaringan sendiri oleh pasukan Vietnam minit ke 83 menjulang nama Malaysia selaku juara dalam acara bolasepak Sukan Sea ke 25 di Laos setelah memenanginya sejak 20 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Tahniah barisan yang dilatih oleh K. Rajagopal yang baru sahaja dinaikkan pangkat oleh FAM untuk mengantikan B. Sathianathan. Rentetan dari kejayaan bak juara apabila membenam Timor Leste dengan jaringan 11-0, kemudian kalah kepada Vietnam 1-3, menang dengan Kemboja 4-1 serta kalahkan Thailand 2-1 pada peringkat kumpulan.

Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan dan bertemu dengan Laos pada peringkat separuh akhir dan berjaya melangkah ke final buat kali pertama sejak Akmal Rizal bersama pasukan melakukannya pada tahun 2001 tetapi kalah dengan jaringan 1-0 kepada Thailand.

Sekali lagi jaringan pada minit-minit terakhir perlawanan semasa menentang tuan rumah membawa tuah kepada Malaysia sekaligus memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pasukan bolasepak kita masih lagi wujud dan sempena menyambut tahun baru hijrah 1431, kita berjaya merangkul emas setelah pasukan 1989 melakukannya di Kuala Lumpur.

Penulis telah meyaksikan perlawanan tersebut dengan penuh debaran pada petang khamis bersama keluarga dirumah dan berbaloi penantian selama 20 itu. Biarpun 20 tahun lalu, penulis juga menyaksikan perlawanan final antara Malaysia dengan Singapura tetapi waktu tersebut tiada sebarang kerunsingan dengan pasukan tersebut kerana yakin Malaysia akan menang tetapi hanya ingin menyaksikan bagaimana gol dihasilkan sahaja. Tetapi kali ini suasana berlainan kerana tahap keyakinan terhadap pasukan negara sudah luntur dan tiada menaruh kepercayaan untuk menang. Inilah kali ketiga menyaksikan Malaysia menang emas di Sukan Sea sejak 1977 iaitu zaman aruah Mokhtar Dahari.

Dengan kejayaan ini adalah satu permulaan untuk pasukan bolasepak untuk terus maju kehadapan dan kalau boleh sekali lagi kita perlu mencontohi pasukan 1972 dan 1980 yang layak olimpik dan pasukan 1974 yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia di Taheran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan