Ahad, 24 Januari 2010
Liga Tertutup Parlimen Jerai
Pada hari Sabtu bersamaan 23 Januari 2010, di padang awam Pantai Murni berlangsung perlawanan bolasepak liga tertutup parlimen jerai anjuran Senator Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Perlawanan tersebut adalah dari kumpulan G antara pasukan Purnama Gemilang dan Sg. Udang.
Perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan bermula jam 5.30 dan dianggarkan sejumlah 150 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang agak menarik dan sedikit tegang dimana pengadil telah mengeluarkan satu kad merah dan 5 kad kuning. Pada separuh masa pertama tiada jaringan bagi kedua-dua pasukan dan tiba pada separuh masa kedua tiga jaringan gol telah dibuat oleh pasukan purnama gemilang dan perlawanan berakhir dengan kemenangan pasukan Purnama Gemilang.
Yang menariknya pasukan purnama gemilang telah dilatih oleh Muhammad Ramli iaitu bekas jurulatih pasukan Sukma kedah yang mendapat pingat perak pada Sukma 2006 di Alor Setar dan beliau juga adalah bekas pemain pertahanan pasukan Kedah ketika era kedah berada di puncak kejayaan.
Perlawanan tersebut banyak dikuasai oleh Purnama Gemilang tetapi penyudahnya kebanyakkan kurang menepati sasaran dan banyak mensia-siakan peluang keemasan. Keseluruhannya banyak lagi perlu dibaiki oleh pasukan Purnama Gemilang terutamanya sikap dan pengawalan diri semasa dipadang. Pengawalan diri dan bersikap tenang perlu diserap dalam setiap pemain supaya tidak cepat melatah dan panas baran kerana ini akan merugikan diri sendiri dan pasukan.
Pengawalan bola, cara mengambil dan menghantar bola kepada rakan masih perlu dibaiki kerana kebanyakan apa yang diperhatikan cara tersebut memenatkan rakan. Semasa menerima bola, pemain tidak sepatutnya menunggu bola tiba dikaki sahaja dan pemain perlu pergi mengambil bola. Kesannya ialah jika kita tidak bertindak, maka pihak lawan akan mendapatkan bola tersebut dan jika keadaan ini hampir didepan gol kita, maka akan wujud suasana kelam kabut dan boleh mengakibatkan lawan menjaringkan gol.
Satu lagi cara hantaran, sepatutnya bola yang hendak dihantar kepada kawan mesti melalui cara yang mudah seperti menghantar secara leret bukan mengangkat bola tinggi atau lambungan kecuali kalau keadaan memaksa dan hendak membuat hantaran jarak jauh dan sebagainya.
Walaupun pasukan tersebut menang dengan kelebihan tiga jaringan tetapi lawan yang mereka hadapi adalah agak veteran dan kurang stamina, sepatutnya pasukan ini perlu menjaringkan gol dengan lebih banyak lagi buat pembakar semangat dan perang saikologi dengan lawan akan datang. Apa yang saya nampak mereka mempunyai kelebihan stamina dan larian tetapi kelebihan ini tidak dapat digunakan sepenuhnya mungkin kekurangan perancang.
Bahagian tengah kurang menyerah kerana tidak dapat menyerap asakan dan serangan dari pihak lawan. Mereka perlu menguatkan bahagian tengah dengan meletakkan pemain memakai nombor 3 ditengah dan kelebihan beliau yang boleh melontar bola jauh lagi mempercepatkan serangan.
Pemain nombor 8 mepunyai larian yang deras tetapi tidak dapat digunakan oleh pasukan atau beliau sendiri kurang keyakinan diperingkat perlawanan sebenar. sepatutnya beliau diletakkan dibahagian sayap kanan dan senang membuat hantar jauh dan beliau yang mempunyai pecutan boleh mendapatkan bola dengan mudah dan melarikan bola sehampir dengan kawasan gol yang boleh terus menendang kearah gol atau mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
Bahagian pertahanan agak tenang semalam mungkin kerana lawan kurang melancarkan serangan merbahaya dan ketumpulan serangan mereka merupakan salah satu faktor bahagian pertahanan kurang mencabar. Apa yang saya perhatikan pemain bernombor 15, bijak mengawal bahagian belakang dan sikap kepimpinannya sebagai ketua pasukan patut dipuji dengan mengawal perasaan pemain pasukannya.
Dua jaringan bersahaja dan cantik hasil hantaran lintang pemain sayap kiri memang patut diberi ucapan tahniah kerana bola menuju diruang antara tiang dan penjaga gol, Keadaan agak sempit dan ruang kecil itulah yang membuat penjaga gol lawan terpaku dan gol kedua adalah hasil kebijaksanaan penyerang yang mengucar-kacir pertahanan lawan terus merembat bola kedalam gol lawan.
Dan selepas gol kedua, ulasan seterusnya tidak dapat dibuat kerana aku mendapat panggilan dari rumah yang mengatakan rumah terkunci. Sepanjang 45 minit aku dipadang, keseluruhan permainan agak perlahan kerana mungkin masing-masing pasukan ingin membaca rentak permainan dan berhati-hati kerana takut mendapat kecederaan.
Sepatutnya pihak penganjur hendaklah meletakkan pasukan kecemasan seperti paramedik dan kereta ambulan serta pihak pengawal seperti Rela atau polis kerana selalunya malang selalunya tidak berbau.
Tahniah kepada Habib Karim, Adi dan seluruh anggota skuad Purnama Gemilang kerana membabitkan diri dalam sukan tanahair dan semalam Sinar Harian (25.1.2010) ada menyiarkan cerita mengenai pasukan Purnama Gemilang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan