Selasa, 19 Januari 2010
Samsul Hisam bin Mohd Shah
Sahabat lama aku sejak dari FRIM dan sehingga hari ini masih lagi berhubung. Keistimewaan Samsul ialah ibarat semut dengan gula. Sewaktu menuntut di FRIM dulu, tiap2 minggu balik kampung buat karipap. Bila aku tanya kenapa, saja cari duit lebih dan itulah kegigihan keturunan jawa dari Kajang ini.
Sejak dari 1993 telah merantau ke luar negeri, sebelum itu ke Singapura dan akhirnya terus menetap di Papua New Guinea. Bermula sebagai penyelia hutan dengan Cakara Alam iaitu salah sebuah anak syarikat Land & General dibawah naungan Tan Sri Wan Azmi Hamzah sehinggalah sekarang 2010. Lebih 17 tahun di bumi gersang dan entah sampai bila akan terus menetap disana. Ada kemungkinan sehingga bergelar jutawan barulah ingin menetap terus di bumi Hang Tuah.
Kami sama-sama bertugas di hutan sejak 1993 hingga 2001 dan selepas itu beliau ditukarkan ke ibu pejabat Port Moresby dan aku ke kampung, Gurun. Aku tidak seperti beliau yang terus setia dengan satu syarikat sahaja dan mungkin ini dinamakan rezeki. Tak semena-mena pada tarikh 21 Januari 2010 nanti, aku pula akan kesana dan kami bertemu kembali, insyaallah.
Banyak sangat kenangan pahit manis ketika kami bersama dan yang paling dasyat ialah pernah aku disengat lebah sebanyak 14 gigitan ketika bersama Samsul sewaktu didalam hutan di Johor dan pernah berakit di Sungai Selangor dan rokok JPSM jangan ceritalah.
Beliau pernah ke kampung aku, sama-sama ,memanjat Gunung Jerai dengan kapcai 70 ayah aku dan pekena nira masam dan yang paling syok ialah ke Pulau Langkawi sehinggalah ditahan pihak perisik jiran kerana disyaki menghisap dadah. Tetapi semua itu selamat kerana kami sendiri terdiri dari insan-insan yang beriman.
Anak sulong beliau kini sedang mengikut pengajian di Seremban dan yang kedua berada di Melaka bersama keluarga ibunya dan Si Jamal sudah berusia 9 tahun hasil dari kongsian hidup di PNG.
Sekali lagi pada jumaat ini kita akan bersama lagi sehingga satu tarikh yang tidak dapat dipastikan dan segala coretan ini adalah hasil dari kebenaran pihak yang berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan