Sabtu, 6 Mac 2010
Kejutan di Suku Akhir
Petang tadi pada 5 Mac 2010, dipadang Pantai Murni, Yan pasukan harapan tempatan iaitu Purnama Gemilang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung minggu depan setelah berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah g. Raga dengan jaringan 2-1. Perlawanan berlangsung dengan tegang dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan sehingga satu kad merah telah dilayangkan kepada pasukan Kg. Raga.
Ini merupakan kemenangan bersejarah buat Purnama Gemilang dimana buat pertama kalinya menyertai kejohanan ini berjaya mara peringkat sejauh ini. Tahniah buat semua ahli pasukan bolasepak harapan tempatan. Malahan mutu permainan petang tadi (semalam) sungguh menarik umpama perlawanan akhir. Kehadiran penonton yang memenuhi setiap ruang padang membuktikan bahawa bolasepak tempatan masih lagi mempunyai peminatnya yang setia.
Purnama Gmilang berjaya menghasilkan gol pada awal permainan pada minit ke tujuh sebelum dibalas oleh pasukan lawan pada separuh masa kedua. Yang paling menarik dan sungguh mendebarkan sehingga lima minit sebelum tamat perlawanan, Purnama Gemilang berjaya menambahkan jaringan gol penderitaan buat pasukan Kg. Raga dan akhir berjaya menunjukkan jalan keluar kepada pasukan tuan rumah tersebut.
Sebaik sahaja wisel penamat ditiup, seluruh anggota dan pemain pasukan Purnama Gemilang bersorak gembira kerana berjaya mengalahkan salah satu pasukan pilihan didalam kejohanan ini.
Malam tadi pada jam 9.30 malam, majlis meraikan kemenangan tersebut telah diadakan di kedai makan Sham (bersebelahan Pejabat UMNO Jerai) dengan dihadiri oleh semua pemain, pengurusan dan peminat-peminat pasukan tersebut. Sesungguhnya memang sepatutnya mereka meraikan kemenangan tersebut setelah mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka itu.
Diharapkan semua pihak yang terlibat dapat mengambil iktibar dari perlawanan tersebut dan segeralah memperbaiki segala kelemahan secepat mungkin sebelum meneruskan perlawanan pada peringkat separuh akhir nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan