Ahad, 21 Mac 2010
Ulasan perlawanan akhir antara Ketapan FC dan Purnama Gemilang
Liga Bolasepak Parlimen Jerai bagi merebutkan Piala Jamil Khir Baharom telah pun melabuhkan tirainya semalam dimana dua pasukan pilihan dan popular layak ke pentas akhir di Mini Stadium Pantai Murni. Yang paling membanggakan ialah kehadiran penonton diluar jangkaan dan keadaan menjadi sesak di kawasan tersebut.
Sepakan penalti diambil sebagai penentu untuk memilih juara liga kali ini setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa sebenar. Jaringan awal pada minit ke 18 oleh penyerang Purnama Gemilang gagal memberi kemenangan kepada pasukan ini kerana pada 3 minit lagi perlawanan akan berakhir, Ketapan FC berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan kepada sepakan penalti.
Purnama Gemilang menguasai 20 minit pertama permainan dan selebihnya dikuasai oleh pasukan lawan. Pemain tengah Ketapan FC terutamanya pemain bernombor 7 bijak menguasai bahagian tengah dan hantaran-hantaran merbahaya beliau berjaya memerangkap pertahanan Purnama Gemilang menjadi kelam kabut. Usaha mereka untuk menjaringkan gol bertali arus dan tidak mengenal penat. Serangan-serangan mereka kadang kala hampir menjaringkan gol cukup meletihkan pertahanan Purnama Gemilang.
Tetapi mujurlah kekentalan pertahanan Purnama Gemilang berjaya mematahkan serangan merbahaya lawan dengan membuat sepakan-sepakan keatas dengan cepat. Provokasi oleh penonton dan pemain lawan berjaya juga apabila salah seorang pemain Purnama Gemilang dikenakan amaran dengan layangan kad kuning. Pemain tengah Purnama Gemilang gagal berfungsi dan kurang menyekat asakan lawan. Mungkin sudah kehabisan tenaga kerana menunggu rehat separuh masa yang agak lama kerana penganjur menyediakan acara selingan seperti menyepak bola kearah gol dan pengumuman cabutan bertuah.
Hantaran-hantaran mereka menjadi kelam kabut dan tidak mencapai sasaran. Ini merugikan kerana bola dapat kepada lawan dan serangan balas lawan seperti menjanjikan gol penyamaan. Agak tegang juga perlawanan tersebut dimana pemain hampir kehilangan tumpuan kepada permainan. Percubaan kearah pintu gol lawan jauh mencapai sasaran dan sedikit pun tidak mengerunkan lawan. Cuma ada satu ketika serangan Purnama Gemilang hampir memperolehi gol kedua dimana bola sudah memcecah garisan gol tetapi segera diselamatkan pertahanan lawan.
Sepatutnya bol tersebut bolehlah dikirakan sebagai jaringan kerana bola telah melepasi garisan gol tetapi penjaga garisan lambat tiba di garisan belakang dan gagal mengesahkan jaringan tersebut. Ini adalah antara kelemahan yang perlu diperbaiki oleh para pengadil setiap kali menjalankan tugas supaya keputusan mereka tidak dipertikaikan oleh penonton dan pemain.
Jika salah seorang penyerang Purnama Gemilang berjaya menghidu bola tersebut, sudah tentu kaki mereka akan menjolok masuk bola tersebut kedalam gol dan kemungkinan mereka sudah pun bergelar juara tanpa tewas disepakan penalti.
Semangat kental pasukan Ketapan FC berjuang hingga keakhir permainan patut dipuji kerana mereka masih bertenaga bermain dan meguasai permainan. Kawalan bola yang cantik serta hantaran yang tepat membolehkan mereka seolah-olah dapat bermain dalam masa tambahan lagi. Mereka tidak banyak membuang bola kepada pihak lawan dan dengan cara itu, kelebihan penggunaan tenaga berjaya dikurangkan.
Purnama Gemilang pula, apa yang diperhatikan banyak mensia-siakan bola dengan hantaran jauh dari sasaran. Tidak menggunakan keluasan padang secara maksima dan sering memberi bola kepada tempat yang ramai pemain Ketapan FC. Dari segi kawalan bola tinggi banyak dimenangi oleh pemain Purnama Gemilang tetapi hantaran bola bawah selalu tersasar. Coach Muhammad Ramli sering menjerit supaya menghantar bola kearah tepi tetapi apabila bola dikaki lain pula jadinya.
Kemungkinan kegugupan dan kurang pengalaman difinal telah menguasai mereka dimana harapan yang tinggi diletakkan dibahu anak-anak muda ini menyebabkan mereka gagal memikul tanggunjawab tersebut. Keadaan menjadi genting apabila serangan yang dicipta oleh penyerang Purnama Gemilang tidak menjadi dalam usaha untuk menambahkan jaringan. Cuma satu dami yang cantik berjaya dibuat oleh pemain tengah tetapi gagal disambung oleh pemain sayap kiri Purnama Gemilang.
Keseluruhan kedua-dua pasukan sama handal dengan berbagai corak permainan diperagakan cuma kurang pengalaman oleh pemain-pemain Purnama Gemilang beraksi dipentas final telah memisahkan mereka daripada menjadi juara untuk kali ini. Jika pendedahan berterusan diberikan kepada mereka melalui liga-liga yang akan dianjurkan pada masa hadapan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih handal, sudah pasti dalam setahun dua lagi, pasukan ini bakal menjadi kuat dan hebat.
Gugup dengan sorakan penonton yang begitu ramai dengan berbagai provokasi yang begitu ghairah untuk mereka memenangi perlawanan ini membuatkan tekanan tinggi kepada pemain. Perhubungan didalam padang sesama pemain juga kurang dimana tiada teguran dibuat oleh rakan sepasukan jika berlaku kesilapan sesama pemain.
Apa pun yang berlaku setinggi tahniah kepada pasukan Purnama Gemilang yang dipimpin oleh Abdul Habib dan Abdul Halim yang begitu berminat dalam mejayakan misi mereka dengan menubuhkan pasukan bolasepak dari titik peluh mereka sendiri. Sungguhpun ramai juga yang menghulur sumbangan demi menjayakan pasukan ini tetapi usaha dari kedua beradik ini yang begitu cintakan sukan bolasepak sanggup mengeluarkan modal sendiri.
Misi utama pasukan ini ditubuhkan menurut Abdul Habib ialah untuk mengalakkan anak-naka muda dikawasan sekitar dapat melakukan aktiviti riadah secara sihat seperti bermain bolasepak. Visi beliau yang paling utama ialah ingin menyelamatkan anak-naka muda dari terlibat dengan aktivit yang tidak sihat dan menjadi kesalahan dari segi undang-undang negara dan agama. KPI yang diletakkan untuk memasuki perlawanan akhir telah tercapai cuma jika menjadi juara ia adalah sebagai bonus.
Apapun setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Purnama Gemilang, pemain-pemain, penyokong-penyokong serta penyumbang-penyumbang yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan yang dibarisi anak-anak muda tempatan ini menunjukkan bakat mereka dalam sukan bolasepak.
Selepas ini mereka yang terpilih keperingkat yang lebih tinggi maka berusahalah untuk terus maju dalam bolasepak. Dengan bermain diperingkat lebih tinggi pengalaman tersebut amat berguna untuk kemajuan diri kamu dimasa hadapan. Oleh itu usaha toleh kebelakang lagi dan berusahalah untuk maju keperingkat seterusnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ketapan fc dulu adalah pasukan yg tak dikenali...tetapi setelah dun gurun diletakan di parlimen jerai..alhamdulillah...dari tahun 2006,kini dgn doa dan semangat pemain dan penyokong2 nya,sudah 4 tahun ketapan fc berjaya ke pentas separuh akhir.2 kali bergelar JUARA,1 kali tempat ketiga,1 kali tempat keempat...cuma untuk sekadar info,semua pemain ketapan fc terdiri dari anak jati dari dalam KG KILANG KETAPAN.
BalasPadamMemang layak pun jadi juara sebab dah 4 tahun form the team tetapi PG baru tahun lepas form terus masuk final, kira ok juga la no.
BalasPadamSatu lagi yang menarik, perasan tak semua yang masuk semifinal semua pasukan yang mai dari jalan Alor Setar-Sg.Petani.