Rabu, 17 Mac 2010
Purnama Gemilang-Kenangan perlawanan akhir
Ini adalah sambungan daripada kisah sebelumnya yang ini mungkin melibat peringkat daerah Yan. Setelah tamat final di Padang Lumat dan SK Langkasuka muncul sebagai johan daerah, perasaan kecewa dan menyesal menghantui kami sepasukan. Aku sering dipersalahkan oleh Fauzi Shafie akan kekalahan pada perlawanan akhir tempoh hari dan kesan ini masih membeku hingga sekarang.
Kenangan silam pada perlawanan tersebut masih boleh dirakam dalam ingatan dan inilah kesannya jika kita gagal sesuatu perkara. Selepas itu, semua kebelasan pemain utama pasukan dijemput untuk kepemilihan pasukan daerah yang diketuai oleh jurulatih yang sangat terkenal dengan sifat garangnya, Cikgu Safar dari Langkasuka. Pemilihan diadakan di SK Pauh dan selesai pemilihan aku antara pemain yang layak mewakili daerah ke peringkat Zon Tengah. Waktu tersebut daerah Kuala Muda / Yan dipanggil Zon Tengah kerana waktu tersebut belum lagi wujud sistem seperti sekarang.
Sebelas hari menjalani latihan di SK Pauh, maka tibalah hari perlawanan menentang Kuala Muda di padang awam Sg. Petani (belakang SMK Khir Johari). Antara pemain yang mewakili Yan waktu tersebut ialah Jamil, Li, Asri, Tako, Zamri(Mc Adam), Zakiyuddin, Baba, Lepek, Saiful Anuar dan beberapa pemain lagi yang aku sudah lupa nama mereka.
Aku tak ingat bila perlawanan berlangsung dan keputusan tewas dengan jaringan 2-3 kepada Kuala Muda bukanlah satu keputusan yang mengembirakan dan kami gagal keperingkat seterusnya. Maka tamat perjuangan Daerah Yan.
Disini, kesimpulannya dapatlah dicatat bahawa sebenarnya kita bukanlah jaguh sebenar apabila menjuarai peringkat daerah kerana ramai lagi mereka-mereka yang lebih berbakat daripada kita. Apa yang penting perasaan bangga diri dengan bakat yang ada pada kita hendaklah direnung kembali dengan pencapaian yang dimiliki oleh orang lain. Kita merasa jaguh ditempat sendiri tetapi apabila melangkah keperingkat lebih tinggi, kita kecundang. Jadi perasaan ingin memperbaiki diri sendiri amat penting dan selalulah merasakan rendah diri walaupun kita sudah menjadi juara sebenarnya.
Terlampau yakin dengan kemenangan lampau bukanlah satu lesen untuk kita mencapai kejayaan dimasa hadapan tetapi sikap rendah diri dan sedar dengan kemampuan kita ditahap mana amatlah penting. Bagi pemain Purnama Gemilang, pada final nanti anda dinasihatkan supaya jangan memandang rendah dengan keupayaan lawan kerana juga seperti anda meninjau kelemahan pasukan anda.
Tetapi janganlah bersikap terlalu merendah diri dengan lawan kerana anda sudah dianggap kalah dari segi perang saraf dan perasaan takut menghadapi lawan bakal memudaratkan anda. Bermain seperti biasa dan serapkan tekanan mereka dengan serangan kepintu gol bertali arus. Percubaan-percubaan anda kepintu gol lawan hendaklah mensasarkan arah yang tepat supaya perasaan gementar penjaga gol lawan meningkat. Bila penjaga gol sendiri sudah hilang keyakinan maka tumpuan beliau turut terjejas dan perasaan gemuruh menguasai beliau.
Disini peranan ketua pasukan menilai permainan lawan dan beliau bolehlah merangka strategi untuk mengasak bahagian yang mempunyai kelemahan terhadap lawan. Contohnya jika penjaga gol sendiri sudah hilang keyakinan dan gemuruh menguasai beliau, jadi boleh beliau membisik kepada penyerang supaya membuat percubaan jarak jauh lebih kerap sehingga menghasilkan gol.
Beliau juga perlulah cepat mengesan kelemahan lawan pada tempoh 20 minit separuh masa pertama dan segeralah mengasak sebelah yang lemah tadi. Sekiranya didapati pertahanan sebelah kiri agak longgar, senanglah kerja sayap kanan untuk mengasak dan seterusnya mengucar kacir pertahanan lawan.
Dari sumber yang diperolehi, pada final nanti pasukan lawan mempunyai kekuatan pada bahagian tengah kerana bahagian tersebutlah akan mengawal bola serta permainan. Jadi disini, saya ingin menyarankan bahawa Purnama Gemilang hendaklah menyekat penguasaan mereka dibahagian ini dengan cara meletakkan 4-5 orang dibahagian tengah. Apabila berjaya menyekat pergerakkan mereka dibahagian ini, maka kunci utama mereka dibahagian tersebut akan lumpuh dan hilang kawalan. Mudah bagi anda untuk mejaringkan gol dengan serangan balas yang cepat dan berkesan. Cara bagaimana anda akan membuat serangan balas itu terpulang kepada anda diatas padang kerana saya akui sendiri permainan diatas padang sememangnya tiada boleh diskripkan.
Jesteru itu pada final nanti, segala panduan yang akan dicurahkan oleh jurulatih hendaklah diberi perhatian sepenuhnya kerana beliau lebih mengetahui kerana berada diluar dan memerhatikan pergerakkan anda didalam. Oleh itu apa yang penting adalah kerjasama sepasukkan amatlah ditagih semasa perlawanan berlangsung.
Jangan sekali-kali mengutamakan posisi anda sangat jika pasukan diasakkan, maka pemain diposisi lain hendaklah turun membantu begitu juga sebaliknya. Menganggui pemain lawan yang sedang memegang bola amatlah diperlukan sepanjang perlawanan berlangsung dan hantaran yang tepat dan berkesan adalah antara rencah-rencah membantu kearah kemenangan. Dan akhir kata tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan, berikan kerjasama yang tinggi dan keyakinan untuk menang pasti tinggi dan sudah tentu anda semua pulang sebagai Wira Guar Chempedak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fauzi Shafie itu, siapa?
BalasPadam