Ahad, 7 Mac 2010

Separuh Akhir bertemu Padang Lumat


Semalam perlawanan suku akhir antara Padang Lumat dan Batu 5, Jalan Jeniang telah berakhir dengan tendangan penalti pada tamat permainan. Kedua-dua pasukan seri pada 5 sepakan pertama dan ditambah dengan 1 sepakan dan akhirnya dimenangi oleh pasukan Padang Lumat dengan kelebihan satu jaringan.

Sejak dari awal perlawanan bermula kedua-dua pasukan gagal mempamerkan permainan yang menarik dan bola hanya berlegar sekitar tengah padang sahaja. Hingga tamat separuh masa pertama kedudukan masih lagi satu sama. Selepas separuh masa kedua disambung, kedua-dua pasukan masih gagal menambahkan jaringan sehinggalah wisel penamat ditiup.

Tiada gerakan-gerakan yang menarik dan mencemaskan dicipta oleh kedua-dua pasukan dan tetapi pasukan padang Lumat berjaya memasang perangkap off-side beberapa kali sehingga mematahkan semangat pasukan Batu 5.

Pada 13.3.2010, Sabtu maka pasukan Purnama Gemilang akan berentap dengan Padang Lumat di padang Pantai Murni. Diharapkan penyokong pasukan Purnama Gemilang datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada jaguh kita supaya mereka dapat beraksi di perlawanan akhir pada 20.3.2010 nanti. Sampai jumpa disana nanti. Bravo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan