Selasa, 16 Mac 2010

Purnama Gemilang-pengalaman bermain di perlawanan akhir


Memang seperti yang dijangka, pasukan SKGC (1981) berjaya melangkah ke final setelah mengharungi 3 perlawanan dengan satu kemenangan dan dua seri. Itu pun setelah berjaya pada pusingan kalah mati dengan 2 kemenangan berturut-turut.

Pertama kali menentang SK Singkir dan berkesudahan seri 1-1 hasil jaringan Ahmad Roshidi Ramli, penyerang profilik dan lincah. Yang menariknya, jaringan itu dibuat setelah kami ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama dan pada minit-minit terakhir, beliau berjaya mengelecek 3 pertahanan lawan dan menjolok bola tersebut dipenjuru kanan tiang gol. Penjaga gol, Baba Ismadi gagal terpedaya dengan tolakan tersebut. Antara pemain SK Singkir yang masih dalam ingatan aku ialah Zul Lepek, Jamil, Azhar (aruah) dan Nizam Razak.

Perlawanan seterusnya melawan Langkasuka juga berakhir dengan keputusan seri dan terakhir melawan SK Dulang yang diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO Jerai, iaitue Bashori sebagai ketua pasukan. Memang ada tokoh kerana sejak sekolah lagi beliau telah menjadi pemimpin. Perlawanan tersebut berkahir dengan kemenangan 4-1 dimana aku salah seorang yang berjaya menjaringkan gol.

Memperolehi 4 mata telah melayakkan kami masuk ke final menentang musuh utama iaitu SK Langkasuka. Waktu tersebut Langkasuka telah diwakili oleh Asri Majid, Zakiyuddin, Zambri Ahmad, Li Tok Iang, Takoyuddin, Saiful Anuar dan beberapa pemain lagi yang aku sendiri sudah lupa dalam ingatan.

Kami pula diwakili oleh Halim Johan, Sannan, Nasir Che Tam, Rofat, Fadzil, Roshidi, Saiful dan beberapa orang pemain lagi. Perlawanan berlangsung di Padang Lumat dengan disaksikan oleh ramai penonton. Yang dikatakan ramai kerana sekeliling padang sudah dipenuhi orangramai yang ingin melihat perlawanan yang menarik.

Sebelum perlawanan kami diberi motivasi oleh Cikgu Kamaruddin dengan begitu berkesan dan semua bertekad untuk mengulangi kejayaan pasukan sekolah sebelum ini yang berjaya mejadi juara negeri. Jurulatih, Cikgu Ba harom Majid serta guru-guru yang lain sangat mengambil berat. Perlawanan telah dimulakan dan serangan bertali arus ke gol lawan. Dengan kecekapan penjaga gol lawan, maka keadaan begitu tegang dan menarik. Akhir kami berjaya menyumbat 2 gol pada separuh masa pertama. Jadi keadaan yang begitu tegang tadi telah kendur semula.

Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula, pihak lawan dengan semangat yang begitu tinggi telah menyerang balas bertali arus tanpa ada rasa kasihan. Akhirnya tamat masa perlawanan mereka berjaya menjaringkan 3 gol menyebabkan impian kami untuk mejuarai kejohanan ini terbantut.

Antara sebab-sebab kekalahan kami ialah perasaan terlalu yakin dan bersahaja kerana telah mendahului 2-0 dan tiada usaha menambah gol selepas itu. Keyakinan yang berlebihan ini telah memusnahkan kami sepasukan. Aku sebagai ketua pasukan teruk dimarahi oleh jurulatih kerana kesilapan aku sendiri kerana dengan sengaja memberi kemenangan kepada pihak lawan.

Bermain sambil lewa dan terlalu berskil atau 'fancy'amat merbahaya kerana bola mudah dirampas oleh pihak lawan dan merasakan kemenangan sudah didalam tangan adalah satu kesilapan. Akhirnya aku serta pasukan tumpas dengan jaringan yang tipis. Sementara pihak lawan pula tidak putus-putus terus mencari gol dan mereka telah membuktikan bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Saya harap, pada final 20.3.2010 di Pantai Murni nanti, pemain Purnama Gemilang hendak bijak mengawal keadaan dan jangan terlalu panik bila mana anda ketinggalan. Cuba bermain seperti biasa dan jangan terlalu emosional dengan kutukan atau provokasi penonton kerana mereka sentiasa akan memporak-perandakan anda. Serapkan tekanan dan melakukan serangan balas dengan tenang.

Jangan sekali-kali menunjukkan sikap panas baran kerana ia akan memudaratkan masa depan pemain sendiri. Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan