Khamis, 25 Mac 2010

Pemilihan pemain DUN Guar Chempedak ke Piala Menteri Besar


Semalam panggilan telepon diterima dari Habib Karim dari pengurusan Purnama Gemilang mengatakan pasukannya telah terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak ke kejohanan liga bolaspepak Piala Menteri Besar. Tahniah diucapkan kepada beliau dan pasukannya.

Beliau ada menyatakan beberapa orang pemain dari pasukanya tidak layak bermain untuk piala ini kerana masalah alamat mereka seperti tidak berada didalam DUN Guar Chempedak. Syarat utama untuk layak menyertai liga ini ialah semua pemain didalam pasukan ini hendaklah beralamat didalam DUN N21 Guar Chempedak.

Ini bermakna mana-mana pemain berbakat dan ini mencuba nasib kekejohanan lebih tinggi adalah dipelawa untuk ke pemilihan tersebut dipadang awam Guar Chempedak. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian. Mereka bolehlah menelepon Saudara Habib Karim untuk pertanyaan. Nombor telepon beliau adalah 0194778232.

Syarat utama ialah alamat pemain di kad pengenalan mestilah berada didalam DUN N21 Guar Chempedak, berumur dari 18 tahun hingga 25 tahun, boleh berdikari, mempunyai semangat permainan bolasepak yang tinggi dan ingin maju dalam bidang bolasepak dan akur dengan pengurusan pasukan.

Sebahagian pemain dari pasukan ini dikekalkan dan pemain yang berbakat dibahagian penyerang dan tengah sangat dialu-alukan terutamanya penyerang yang berbakat seperti Lionel Messi dan pemain tengah yang berbakat seperti Ronaldhino atau Kaka. Sesiapa yang berbakat seperti mereka sangatlah dialu-alukan untuk datang kepemilihan tersebut.

Kejohanan Piala Menteri Besar juga merupakan pentas untuk pemilihan pemain keperingkat lebih tinggi terutama mana-mana pemain yang memasang niat untuk mewakili pasukan negeri. Jadi mana-mana pemain yang terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak mereka perlulah bersungguh-sungguh kerana permainan mereka diperhatikan.

Pihak pengurusan Purnama Gemilang menjemput mana-mana pemain yang berkelayakan untuk datang ke pemilihan tersebut. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pengurus pasukan Saudara Sobri di talian 0195566004 dan Habib 0194778232.

5 ulasan:

  1. boleh tk diperincikan lg tentang liga bolasepak piala menteri besar... pasukan mana lg yg bertanding?

    BalasPadam
  2. setiap dun diwakili oleh satu pasukan dan akan diadakan pada bulan may nanti. berminat dan cukup syarat adalah dialu-alukan dgn perbelanjaan sendiri sewaktu pemilihan.

    BalasPadam
  3. em... ada tk pemilihan utk DUN SG LIMAU? DUN GUAR dh ramai sgt player yg bagus2....

    BalasPadam
  4. Untuk DUN Sg. Limau mungkin pasukan Padang Lumat FC kut, cuba tanya lepa? Lain-lain DUN spt Sg. Limau dah diluar pengetahuan saya.

    BalasPadam
  5. Untuk matlumat lanjut layari http://pialambkedah.blogspot.com/

    BalasPadam