Ahad, 14 Mac 2010
Purnama Gemilang-Pengalaman bermain di perlawanan akhir
Mengundur kebelakang kira-kira zaman persekolahan dahulu sejak memasuki final bolasepak antara rumah disekolah rendah amat manis. Waktu tersebut aku mewakili rumah kuning dan lawan kami rumah merah. Masa itu aku didarjah 5 dan ini merupakan perlawanan akhir pertama sejak aku mengenali bolasepak.
Didalam perlawanan akhir tersebut aku dan pasukan berjaya mengalah 3 rumah yang lain kami menjuarai kumpulan dan bertemu dengan rumah merah yang menduduki tangga kedua. Ramailah penyokong yang memberikan sokongan termasuklah senior-senior dan guru-guru. Antara guru yang paling berjasa dalam bolasepak ialah Cikgu Baharom Majid (aruah) yang begitu bersemangat memberi tunjuk ajar dengan pelbagai taktik untuk mengalahkan pasukan lawan.
Perlawanan bermula pada waktu pagi, jadi seluruh pelajar sekolah memenuhi kawasan padang dan begitu riuh rendahlah suasana waktu tersebut.
Sebagai juara kumpulan kami tiada masalah untuk memenangi perlawanan tersebut dan bermain dengan penuh keyakinan. Tetapi malangnya sehingga wisel penamat ditiupkan kedudukan masih seri dan tendangan penalti dibuat bagi menentukan kejuaraan.
Aku diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan terakhir dan kedudukan waktu tersebut adalah kelebihan kepada kami sekiranya aku berjaya memasukkan bola kedalam jaring, maka kamilah akan memenangi perlawanan tersebut.
Perasaan aku ketika itu amat gementar maklumlah tanggungjawab seberat ini diletakkan keatas bahu aku dan sekiranya gagal, maka kecundanglah pasukan kami. Tendangan pun diambil dan pada masa tersebut perasaan berbelah bagi samada hendak menendang kearah mana. Belum diputuskan lagi dan apabila tiba waktu hampir menendang, ketengah jua perginya tendangan aku dan bola tersebut diselamatkan oleh penjaga gol lawan dan kedudukan seri hingga tamat lima sepakan pertama.
Maka tendangan tambahan dibuat akhir pasukan aku tewas dan pihak rumah merah bersorak keriangan. Aku masih ingat antara pemain pasukan rumah merah waktu tersebut adalah Sanan, Shukri (Chik), Fazil (awang), Sidi dan beberapa orang lagi. Selepas perlawanan aku teruk kena marah dengan Cikgu Baharom kerana gagal memastikan kemenangan kepada pasukan Kuning.
Pengajaran dari perlawanan tersebut adalah jangan terlalu yakin dengan prestasi semasa pasukan sendiri walaupun sebelum itu mencatatkan semua kemenangan dalam kumpulan. Memandang rendah kebolehan pasukan lawan adalah merupakan satu kesilapan kerana kita tidak mengetahui strategi pasukan lawan yang bermain didalam perlawanan akhir dan tumpuan pada satu-satu perlawanan adalah penting tanpa mengirakan perlawanan yang akan datang.
Sepakan penalti merupakan satu penentuan terakhir dan ketenangan fikiran semasa melakukan sepakan dan pemusatan arah sepakan perlu diberi perhatian sebelum sepakan. Jangan ketika hendak menendang baru berfikir arah sepakan, maka jawabnya ketengahlah bola tersebut.
Nanti bersambung kisah perlawanan kalah mati peringkat daerah antara sekolah-sekolah rendah dalam daerah Yan pada tahun 1981.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan