Rabu, 24 Mac 2010

Demanding - minta yang macam-macam diluar kemampuan pengurusan




Ada satu cerita masa dulu waktu aku berjinak-jinak dengan pasukan bolasepak jugalah tetapi ini kisah pasal pemain yang 'demanding'. Tetapi mujurlah perkara tersebut tidak berlaku pada pasukan ini kerana semua pemainnya amat faham dengan keadaan semasa.

Berbalik kisah pemain yang 'demanding' ini baru terdengar apabila salah seorang pemain dari pasukan yang baru pertama kali layak ke final sudah membuat perangai ini. Katanya ia meminta sesuatu yang mungkin gagal dipenuhi oleh pihak pengurusan. Sebenarnya bukan pihak pengurusan tidak boleh memenuhi permintaan pemain tersebut tetapi mereka cuba berlaku adil kepada semua pemain.

Apalah sangat kalau setakat kasut bola tu jika dibandingkan dengan sudah berpuluh ribu dilaburkan oleh pihak pengurusan demi memimpin pasukan tajaanya. Tetapi biasala budak-budak, jika merasa diri sudah ada sedikit kelebihan terasa macam diri sudah pandai atau terlebih sedikit hebat dari orang lain, sudah mula nak tunjuk perangai yang tak elok tu. Minta macam-macam dengan pengurusan dan pengurusan pula jika tak layan, beliau akan ancam dengan pelbagai helah.

Tu dia, macam tu ka. Pada aku kalau orang macam ni tak payahla ada dalam pasukan. Ini merupakan barah dan mungkin jika tidak dibuang ia akan merebak dalam pasukan. Nanti dia akan menghasut rakan-rakan lain supaya menjadi membuat permintaan seperti beliau. Lama kelamaan satu pasukan akan rosak jika terus disimpan.

Kalau akula, waktu aku bekerja dulu ada banyak kali sudah aku menemui orang yang berperangai macam ini dan cepat-cepat aku cantas. Kerana orang seperti ini adalah bakal jadi pemusnah kepada organisasi yang sedang berkembang. Biarlah kerja yang ikhlas ini terus menjadi keseronokan kepada pengurusan kerana mereka pun secara sukarela melakukan kerja amal tanpa meminta sesen pun dari pemain.

Apa yang ingin dilihat adalah kesejahteraan penduduk setempat. Tujuan utama adalah ingin mengajak anak-anak muda beriadah serta melakukan aktiviti yang sihat. Mereka tidak mahu anak-anak muda ini merempit, mengamalkan salah guna dadah dan macam-macam lagi gejala negatif. Ini sebab utama Purnama Gemilang menaja pasukan bolasepak dari kumpulan remaja ini.

Hasilnya, sesudah setahun selepas ditubuhkan, barulah nampak hasilnya dan bangga juga kumpulan anak muda dari Guar Chempedak ini layak ke final biarpun baru pertama kali menyertai liga bolasepak. Tahun lepas semasa Liga Piala YB Ustaz Firdaus, mereka hanya mejadi pemerhati dan belajar dari pengalaman tersebut.

Siapa yang tak bangga jika sahabat sendiri yang sudi menaja pasukan ini secara sukarela dan dengarkan kata satu lagi projek dari beliau akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu 'PG Soccer Kids'. Ini satu lagi cita-cita beliau untuk melihat anak-anak di daerah sini terlibat secara langsung dengan bolasepak.

Berkemungkinan ianya akan diadakah setiap kali cuti hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun yang berminat untuk menyertai pasukan ini akan dipanggil ke pemilihan fizikal dan jika terpilih antara 24 pemain akan diserapkan kedalam pasukan PG Soccer Kids. Selain menjalani latihan bolasepak, mereka akan diberi tuisyen mengikut matapelajaran teras dan keagamaan.

Latihan pusat akan dibuat dipadang awam Guar Chempedak sementara kelas pengajian dan tuisyen pula akan ditentukan kemudian. Sepanjang dua hari cuti hujung minggu, semua pelatih yang terpilih akan ditempatkan disebuah rumah dikawasan tersebut dan mereka akan tinggal disana selama dua hari sebelum dilepaskan pulang selepas latihan pada waktu petang.

Ini adalah apa yang dicadangkan oleh En. Habib Karim kepada saya sebelum kejohanan liga ini bermula cuma apa yang beliau perlukan ialah kerjasama dari mana-mana individu atau syarikat yang berkemampuan untuk berkongsi dalam projek ini.

Apa yang saya nampak, hasilnya bukan hari ini untuk dituai tetapi selepas beberapa ketika mungkin kumpulan ini bakal menjadi hebat dan salah satu batu loncatan untuk mereka bermain diperingkat lebih tinggi. Siapa tahu, suatu hari nanti pemain dari projek Soccer Kids PG ini akan mewakili Manchester United dengan nilaian berpuluh juta paun. Atau mereka ini dijadikan feeder kepada skuad negeri untuk Liga Malaysia dengan pendapatan berbelas ribu sebulan, mengalahkan gaji EXCO negeri.

Itu apa yang saya nampak tetapi janganlah kita terlalu negatif denga kemajuan orang-orang kita sendiri. Kerana selama yang aku kenal orang kita ni kalau boleh tidak mahu melihat kemajuan bangsa sendiri. Pendek kata, hang tidak boleh lebih dari aku. Kalau aku pakai motor EX-5, hang kena pakai motor honda cup 75 cc saja.

Kenapa aku berbicara begitu, kerana ditempat kerja aku sekarang pun berlaku. Masuk surat khabar dan blog sana sini bercerita pasal syarikat aku kerja nak pergi melabur diluar negeri dan sudah tentu puak-puak pendengki berkata macam-macam. Belum lagi berniaga sudah dikatakan rugi dan tiada pendapatan (revenue) dan sebagainya. Memang pun sifat begini aku puji mungkin kerana mereka sayangkan duit kerajaan negeri tetapi tengoklah jenis apa perniagaan itu dijalankan.

Setelah kerajaan beralih kepemimpinan dari BN kepada PR sejak Mac 2008, maka peneraju baru menerima tawaran dari salah seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur untuk menceburi perniagaan pembalakan di Papua New Guinea. Kerajaan PR dengan restu MB pun menerima pelawaan tersebut dan setelah kaji selidik dijalankan maka Oktober 2008, persetujuan kerjasama ditandatangani. Seterusnya, mulalah kerja-kerja memproses dokumen dijalankan bersama-sama modal pelaburan.

Untuk mendapat kelulusan menebang dikawasan seluas 43,100 hektar sudah tentu mengambil masa dengan berbagai-bagai dokumen yang perlu diproses termasuk alam sekitar, perhutanan, pertanian dan pihak tuan tanah sendiri. Untuk pengetahuan, di Papua New Guinea, lebih 90 peratus tanah adalah dimiliki oleh penduduk (tanah adat) dan pihak pemerintah hanya boleh menolong memproses dokumen bagi membantu kepada kelulusan sesuatu projek sahaja.

Jadi risiko memang tinggi tetapi ia diikat dengan perjanjian-perjanjian yang memberi keleselesaan kepada kedua-dua pihak. Hingga kini proses dokumen sudah diperingkat akhir dan menanti untuk mendapat kelulusan penebangan kayu balak sahaja dari pihak berkuasa disana dan diperingkat ini, tiba-tiba tercetus satu revolusi 'pengenduran dana' dan ini berkoma disini.

Sebenarnya kemelut ini sudah menjadi barah sejak seorang rakan niaga kepada syarikat ini menemui pengurusan syarikat. Beliau pernah membuat pelaburan di PNG suatu ketika dahulu tetapi gagal kerana krisi kepimpinan dan sejak itu barah ini terus merebak dan kudis tersebut telah mejangkiti orang lain. Mujurlah ada antibiotik untuk menenangkan barah itu buat sementara sehingga keputusan panel GLC diumumkan.

Serangan terhadap syarikat ini tidak hanya dari luar malahan dari dalam jua. Berbagai cerita dan tohmahan dilemparkan terhadap pengurusan syarikat dan maklumat sulit syarikat dibawa keluar untuk disoal jawab didewan negeri. Ini angkara orang dalam yang tidak beretika dan bercita-cita kearah kepentingan peribadi dan parti beliau. Orang macam ini hanyalah tunggu gaji yang bakal diterima setiap bulan dan sifat sayangkan syarikat atau negeri tiadal langsung didalam diri beliau kerana ini bukan tanah kelahirannya. "Apa aku peduli dan yang penting setiap bulan aku terima gaji sudahla sebenarnya itulah yang terbuku didalam diri beliau."Sebenarnya inilah risiko jika orang luar dari bumi Kedah ini diambil bekerja dengan syarikat kerajaan negeri tetapi sifat seperti ini tidak ada pada semua orang perantau. Mungkin kumpulan oppurtunist sahaja yang ada sifat sebegitu.

Apa yang ingin aku sampaikan disini adalah jangalah kamu dengki-mendengki, benci-membenci antara satu sama lain selain menyayangi sesama sendiri. Teringat subjek agama Islam masa tingkatan 5 dan bab Al-Quran dan Hadis yang banyak memberi pengajaran berguna kepada pegamalnya.

Jadi berdoalah kepada setiap umat Islam dengan kejayaan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik dan jauhi dari api neraka'wahghina azza bannar' dan itulah sebaik-baik muslim.

5 ulasan:

  1. foto atas : adakah pemain ini yang dimaksudkan?

    BalasPadam
  2. Tidak,ini cuma hiasan sahaja. Tak baik jika kita menunjukkan kesalahan orang kepada awam. Itu ketua pasukan Purnama Gemilang yang mempunyai kelebihan melontar bola seperti menyepak.

    Beliau bukanlah pemain yang dimaksudkan. Orang lain.

    BalasPadam
  3. Saya juga befikir adakah pemain yang dimaksudkan di dlam foto berkenaan..saudara tidak sepatutnya meletakkn foto pemain tersebut pada ruangan "Demanding - minta yang macam-macam diluar kemampuan pengurusan"..ini telah membawa buruk sangka kepada beliau..tajuk di blog saudara telah menerangkan...tp mengapa diletakkan foto beliau...saya fikir tidak wajar...mungkin orang lain boleh salah sangka terhadap beliau..

    BalasPadam
  4. Saya minta maaf jika foto tersebut mentadsirkan berbagai masalah dan saya akan keluarkan foto tersebut.

    BalasPadam
  5. Gantikan dengan wajah George Bush lagi baik.

    BalasPadam