Selasa, 30 Mac 2010

Hasil bumi Pahang



Sejak memasuki Bentong, kami pun mula berselisih dengan lori-lori balak yang padat dengan muatan rimba hutan. Melalui jalan Bentong - Raub, petang itu sahaja hampir 20 trip lori mengangkut balak. Satu-satu lori dijangka memuatkan lebih dari 30 tan balak. Waduh bumi Pahang masih segar lagi dengan hasil dari hutan itu.

Dulu, ilmu alam sekolah rendah ada menyebutkan bahawa Pahang merupakan negeri yang kaya dengan balak. Terbukti hari ini setelah hampir 35 tahun meninggalkan sekolah rendah, aku bersaksikan dengan mata kepala sendiri.

Ahad, 28 Mac 2010

Kenduri di Kampung Chat, Benta, Kuala Lipis, Pahang




Seperti dijadual, kami bergerak jam 8.00 pagi dari rumah dan singgah di Gurun untuk mengambil Mak Chaq dan Tok Minah dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani dimana giliran Pak Mentau dan Mak Mentua sudah bersiap menunggu kira-kira jam 6 pagi. Kedua-dua anak kami sudah bersedia berangkat sejak jam 5 lagi dan terlalu gembira dengan perjalanan tersebut.

Inilah satu perjalanan yang memakan masa 9 jam dan bakal melalui banjaran Titiwangsa mengikut jalan Batang Kali dan keluar ikut Genting Sempah. Jam 9.00 pagi bergerak di Sg. Petani dan singgah di Caltex Taman Sejati kerana mengisi minyak. Selepas itu perjalanan ke selatan pun bermula dengan bacaan doa perjalanan oleh CT dan diikuti doa makan oleh adiknya, Umar. Si Umar ini, dia hanya tahu membaca doa makan sahaja kerana beliau sendiri suka makan.

Jam 9.05 minit memasuki tol SP Selatan dan 20 minit kemudian tiba di Tol Sg. Dua dan terus bergerak ke selatan dan memasuki tol Juru dan tiba di hentian sebelah Sg. Bakap, kami pun berhenti untuk berehat dan sambil menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh ibu mertuaku iaitu maggi goreng. Setelah selesai menikmati sarapan tersebut, perjalanan ke Pahang diteruskan.

Selalunya jika ingin bergerak ke satu destinasi yang jauh sebegini, aku lebih selesa memulakan pada waktu malam dan tiba di destinasi terus melelapkan mata. Tetapi kalau ini berbeza kerana aku sendiri ingin menikmati pemandangan siang disepanjang perjalanan ke Pahang. Maklumlah ini merupakan perjalanan aku pertama ke Benta, Pahang. Jadi pasti perkara-perkara yang menarik bakal dirakam.

Tiba di Bukit Gantang, kami pun berhenti untuk membeli buah dan meneruskan perjalanan dengan kelajuan seperti dicadangkan oleh papan tanda disepanjang lebuhraya tersebut. Selanjutnya berhenti di Tapah untuk menikmati makan tengahari dan berehat. Semasa berehat di Tapah, kami berjumpa dengan jiran Sunita yang hendak menuju ke Shah Alam pun tujuan yang sama, kenduri. Selesai mengisi minyak, Unser yang dipinjamkan oleh Sunita pun meluncur bergerak ke arah Tanjung Malim. Setibanya di Tanjung Malim, kami pun keluar mengikut jalan lama menuju ke Batang Kali.

Sewaktu melalui jalan tersebut, suasana agak legang kerana solat jumaat sedang berlangsung disepanjang masjid di jalan tersebut. Jadi perjalanan kami menjadi mudah dan lancar. Inilah kali pertama aku melalui bandar tersebut yang agak membangun biarpun kedudukkannya di Ulu Selangor. Mula mendaki dengan menggunakan OD dengan nasihat Sunita dan kenderaan tersebut bergerak lancar dan selesa. Sekali-sekala ada juga ia mengaum kerana menukarkan gear apabila memanjat bukit yang agak tinggi. Dan tiba di puncak banjaran antara sempadan Selangor dan Pahang, barulah merasakan kesejukan gunung.

Perjalanan diteruskan lagi hingga ke bentong dan berehat untuk solat Zohor dan jamak Asar. Setengah jam kemudian, perjalanan diteruskan hingga ke Raub dan singgah di Stesen Petronas untuk membeli keperluan.

Pada jam, 5.00 petang, barulah tiba di Benta dan Sarah sudah bersedia untuk mengiringi kami ke Kampung Chat melalui satu jalan memasuki Kg. Budu dahulu sebelum ke simpang kampung tersebut.

Jumaat, 26 Mac 2010

Kenduri di Pahang


Bermula hari ini saya dan keluarga akan ke Kampung Chat, Benta, Kuala Lipis bagi menghadiri kenduri adik ipar bongsu saya yang bernama Sarah dengan pasangannya Azman di sana.

Dijangka bertolak jam 8.00 ini dan dijangka tiba disana kira-kira jam 5 petang. Satu perjalanan yang panjang dan memang menyeronokkan. Inilah pertama kali saya kesana bersama keluarga. Mujurlah adik ipar, Sunita sudi memberi pinjam keretanya dan ruang yang luas dan berenjin tinggi bakal memberi keselesaan ketika memandu. Kereta unser tersebut boleh dimuat kira-kira seramai 7 penumpang.

Perancangan awal adalah ingin menyewa van atau bas tetapi memandangkan keadaan semasa tidak mengizinkan maka perancangan diubah kepada Unser sahaja.

Ini adalah kenduri disebelah pihak lelaki setelah pihak perempuan telah mengadakan pada 18.3.2010 iaitu semasa musin cuti sekolah. Dijangkan pulang ke Kedah pada hari Sabtu iaitu 27.3.2010 dan dijangka tiba sebelum jam 12 tengah malam.

Cerita berkenaan kenduri disana nanti akan saya kongsikan bersama pembaca setelah pulang dari sana. Doakan perjalanan selamat pergi dan pulang.

Persahabatan dengan NAZA



Semalam tepat jam 6.00 petang, satu perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan dengan pasukan NAZA di padang Naza. Perlawanan tersebut adalah jemputan dari pihak tuan rumah dan Purnama Gemilang menerima pelawaan tersebut kerana ingin menguji pemain-pemain barunya.

Sebahagian pemain utama tidak diturunkan kerana mereka mempunyai komitmen yang lain. Petang semalam sebahagian pemain simpanan diturunkan termasuklah seorang penyerang istimewa. Beliau dimasukkan 20 minit sebelum permainan ditamatkan.

Didalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan bolehlah dikatakan sama handal dan seimbang. Jaringan gol telah dibuat oleh pasukan Naza terlebih dahulu pada separuh masa pertama sebelum disamakan kedudukan oleh Purnama Gemilang. Sejurus ketibaan Adi, gol penyamaan terus dibuat oleh penyerang dan selang beberapa minit kemudian, Purnama Gemilang mendahului dengan satu jaringan cantik 'first timer' dari arah kanan pintu gol Naza pada jarak 25 meter.

Beberapa minit sebelum permainan tamat, Naza berjaya menyamakan kedudukan melalui serangan balas yang pantas dengan bermula dari tengah padang dan gerakan solo yang menarik.

Keputusan akhir adalah Purnama Gemilang dan Naza seri 2-2.

Khamis, 25 Mac 2010

Pemilihan pemain DUN Guar Chempedak ke Piala Menteri Besar


Semalam panggilan telepon diterima dari Habib Karim dari pengurusan Purnama Gemilang mengatakan pasukannya telah terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak ke kejohanan liga bolaspepak Piala Menteri Besar. Tahniah diucapkan kepada beliau dan pasukannya.

Beliau ada menyatakan beberapa orang pemain dari pasukanya tidak layak bermain untuk piala ini kerana masalah alamat mereka seperti tidak berada didalam DUN Guar Chempedak. Syarat utama untuk layak menyertai liga ini ialah semua pemain didalam pasukan ini hendaklah beralamat didalam DUN N21 Guar Chempedak.

Ini bermakna mana-mana pemain berbakat dan ini mencuba nasib kekejohanan lebih tinggi adalah dipelawa untuk ke pemilihan tersebut dipadang awam Guar Chempedak. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian. Mereka bolehlah menelepon Saudara Habib Karim untuk pertanyaan. Nombor telepon beliau adalah 0194778232.

Syarat utama ialah alamat pemain di kad pengenalan mestilah berada didalam DUN N21 Guar Chempedak, berumur dari 18 tahun hingga 25 tahun, boleh berdikari, mempunyai semangat permainan bolasepak yang tinggi dan ingin maju dalam bidang bolasepak dan akur dengan pengurusan pasukan.

Sebahagian pemain dari pasukan ini dikekalkan dan pemain yang berbakat dibahagian penyerang dan tengah sangat dialu-alukan terutamanya penyerang yang berbakat seperti Lionel Messi dan pemain tengah yang berbakat seperti Ronaldhino atau Kaka. Sesiapa yang berbakat seperti mereka sangatlah dialu-alukan untuk datang kepemilihan tersebut.

Kejohanan Piala Menteri Besar juga merupakan pentas untuk pemilihan pemain keperingkat lebih tinggi terutama mana-mana pemain yang memasang niat untuk mewakili pasukan negeri. Jadi mana-mana pemain yang terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak mereka perlulah bersungguh-sungguh kerana permainan mereka diperhatikan.

Pihak pengurusan Purnama Gemilang menjemput mana-mana pemain yang berkelayakan untuk datang ke pemilihan tersebut. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pengurus pasukan Saudara Sobri di talian 0195566004 dan Habib 0194778232.

Rabu, 24 Mac 2010

Pengalaman sebagai pekerja hutan




Setelah tamat kolej perhutanan pada tahun 1992 di Kepong, aku bekerja sebagai pembanci hutan bersama-sama Halim, Zuki, Mie Bolok, Suhaimi Pahang, Samsul, Mohd Noor, Khairuddin, Wares dan beberapa lagi kawan-kawan di Hutan Simpan Ulu Langat, Selangor.
Maka berkhemahlah aku didalam hutan selama beberapa bulan sehingga siap setiap projek. Kerja-kerja yang dijalankan ialah membuat banci Pre-F (10%) dan kadang-kadang ada juga lebih dari itu.

Kebiasaannya kumpulan ini terdiri dari 14 orang yang dibahagikan kepada 2 dan setiap satu diketuai oleh senior kami dari Trengganu. Yang menyeronokkan berkhemah dihutan ialah tiba masa hendak mendirikan khemah. Riuh rendah kawasan tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti memotong kayu, buluh dan mendirikan khemah. Ada yang memasak dan menyediakan makan malam. Masa itu terserlah kesepakatan dan perpaduan antara kumpulan kami yang tidak seberapa ramai dan hampir senja barulah segala persediaan siap mengikut perancangan.

Selalunya, Jalal adik boss akan menghantar kami kedalam hutan dengan lori 1 tan beliau dan sesudah segalanya selesai barulah beliau beransur pulang dan ada juga beliau menziarah kami sekali dua dalam seminggu.

Melakukan kerja-kerja didalam hutan ini memerlukan semangat yang tinggi dan kental. Hutan katakan, segala macam ada didalamnya dan kerjasama sepasukan adalah penting.
Rutin setiap hari adalah mandi, makan dan kerja. Seawal jam 5 pagi kami semua dah mandi dan solat subuh beramai-ramai dan selepas itu sarapan sebelum memulakan perjalanan ketempat kerja.

Kawasan bancian terletak tidak jauh dari kawasan perkhemahan dan biasa hendak sampai kesana cuma memerlukan satu hingga dua jam sahaja. Berjalan didalam hutan dengan masa sebegitu lama tidaklah sejauh mana kerana perbezaan dengan berjalan diluar amat ketara sekali.

Tiba dipetak bancian maka kerja pun bermula dengan peranan masing-masing seperti pembaca kompas, pembanci dan pembantu serta pemegang rantai. Selebihnya adalah perintis yang perlu mengekori pembaca kompas bagi membuat jalan atau lorong bancian.

Masing-masing faham dengan tugas mereka dan setelah tamat kerja, maka berhimpunlah dihujung lorong dengan tanda diletupkan tin cat. Biasanya penamat kerja akan berada di permatang atau sungai. Setelah pembanci selesai tugasan mereka, masing-masing mengemaskan barangan dan bergerak pulang ke khemah.

Demanding - minta yang macam-macam diluar kemampuan pengurusan




Ada satu cerita masa dulu waktu aku berjinak-jinak dengan pasukan bolasepak jugalah tetapi ini kisah pasal pemain yang 'demanding'. Tetapi mujurlah perkara tersebut tidak berlaku pada pasukan ini kerana semua pemainnya amat faham dengan keadaan semasa.

Berbalik kisah pemain yang 'demanding' ini baru terdengar apabila salah seorang pemain dari pasukan yang baru pertama kali layak ke final sudah membuat perangai ini. Katanya ia meminta sesuatu yang mungkin gagal dipenuhi oleh pihak pengurusan. Sebenarnya bukan pihak pengurusan tidak boleh memenuhi permintaan pemain tersebut tetapi mereka cuba berlaku adil kepada semua pemain.

Apalah sangat kalau setakat kasut bola tu jika dibandingkan dengan sudah berpuluh ribu dilaburkan oleh pihak pengurusan demi memimpin pasukan tajaanya. Tetapi biasala budak-budak, jika merasa diri sudah ada sedikit kelebihan terasa macam diri sudah pandai atau terlebih sedikit hebat dari orang lain, sudah mula nak tunjuk perangai yang tak elok tu. Minta macam-macam dengan pengurusan dan pengurusan pula jika tak layan, beliau akan ancam dengan pelbagai helah.

Tu dia, macam tu ka. Pada aku kalau orang macam ni tak payahla ada dalam pasukan. Ini merupakan barah dan mungkin jika tidak dibuang ia akan merebak dalam pasukan. Nanti dia akan menghasut rakan-rakan lain supaya menjadi membuat permintaan seperti beliau. Lama kelamaan satu pasukan akan rosak jika terus disimpan.

Kalau akula, waktu aku bekerja dulu ada banyak kali sudah aku menemui orang yang berperangai macam ini dan cepat-cepat aku cantas. Kerana orang seperti ini adalah bakal jadi pemusnah kepada organisasi yang sedang berkembang. Biarlah kerja yang ikhlas ini terus menjadi keseronokan kepada pengurusan kerana mereka pun secara sukarela melakukan kerja amal tanpa meminta sesen pun dari pemain.

Apa yang ingin dilihat adalah kesejahteraan penduduk setempat. Tujuan utama adalah ingin mengajak anak-anak muda beriadah serta melakukan aktiviti yang sihat. Mereka tidak mahu anak-anak muda ini merempit, mengamalkan salah guna dadah dan macam-macam lagi gejala negatif. Ini sebab utama Purnama Gemilang menaja pasukan bolasepak dari kumpulan remaja ini.

Hasilnya, sesudah setahun selepas ditubuhkan, barulah nampak hasilnya dan bangga juga kumpulan anak muda dari Guar Chempedak ini layak ke final biarpun baru pertama kali menyertai liga bolasepak. Tahun lepas semasa Liga Piala YB Ustaz Firdaus, mereka hanya mejadi pemerhati dan belajar dari pengalaman tersebut.

Siapa yang tak bangga jika sahabat sendiri yang sudi menaja pasukan ini secara sukarela dan dengarkan kata satu lagi projek dari beliau akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu 'PG Soccer Kids'. Ini satu lagi cita-cita beliau untuk melihat anak-anak di daerah sini terlibat secara langsung dengan bolasepak.

Berkemungkinan ianya akan diadakah setiap kali cuti hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun yang berminat untuk menyertai pasukan ini akan dipanggil ke pemilihan fizikal dan jika terpilih antara 24 pemain akan diserapkan kedalam pasukan PG Soccer Kids. Selain menjalani latihan bolasepak, mereka akan diberi tuisyen mengikut matapelajaran teras dan keagamaan.

Latihan pusat akan dibuat dipadang awam Guar Chempedak sementara kelas pengajian dan tuisyen pula akan ditentukan kemudian. Sepanjang dua hari cuti hujung minggu, semua pelatih yang terpilih akan ditempatkan disebuah rumah dikawasan tersebut dan mereka akan tinggal disana selama dua hari sebelum dilepaskan pulang selepas latihan pada waktu petang.

Ini adalah apa yang dicadangkan oleh En. Habib Karim kepada saya sebelum kejohanan liga ini bermula cuma apa yang beliau perlukan ialah kerjasama dari mana-mana individu atau syarikat yang berkemampuan untuk berkongsi dalam projek ini.

Apa yang saya nampak, hasilnya bukan hari ini untuk dituai tetapi selepas beberapa ketika mungkin kumpulan ini bakal menjadi hebat dan salah satu batu loncatan untuk mereka bermain diperingkat lebih tinggi. Siapa tahu, suatu hari nanti pemain dari projek Soccer Kids PG ini akan mewakili Manchester United dengan nilaian berpuluh juta paun. Atau mereka ini dijadikan feeder kepada skuad negeri untuk Liga Malaysia dengan pendapatan berbelas ribu sebulan, mengalahkan gaji EXCO negeri.

Itu apa yang saya nampak tetapi janganlah kita terlalu negatif denga kemajuan orang-orang kita sendiri. Kerana selama yang aku kenal orang kita ni kalau boleh tidak mahu melihat kemajuan bangsa sendiri. Pendek kata, hang tidak boleh lebih dari aku. Kalau aku pakai motor EX-5, hang kena pakai motor honda cup 75 cc saja.

Kenapa aku berbicara begitu, kerana ditempat kerja aku sekarang pun berlaku. Masuk surat khabar dan blog sana sini bercerita pasal syarikat aku kerja nak pergi melabur diluar negeri dan sudah tentu puak-puak pendengki berkata macam-macam. Belum lagi berniaga sudah dikatakan rugi dan tiada pendapatan (revenue) dan sebagainya. Memang pun sifat begini aku puji mungkin kerana mereka sayangkan duit kerajaan negeri tetapi tengoklah jenis apa perniagaan itu dijalankan.

Setelah kerajaan beralih kepemimpinan dari BN kepada PR sejak Mac 2008, maka peneraju baru menerima tawaran dari salah seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur untuk menceburi perniagaan pembalakan di Papua New Guinea. Kerajaan PR dengan restu MB pun menerima pelawaan tersebut dan setelah kaji selidik dijalankan maka Oktober 2008, persetujuan kerjasama ditandatangani. Seterusnya, mulalah kerja-kerja memproses dokumen dijalankan bersama-sama modal pelaburan.

Untuk mendapat kelulusan menebang dikawasan seluas 43,100 hektar sudah tentu mengambil masa dengan berbagai-bagai dokumen yang perlu diproses termasuk alam sekitar, perhutanan, pertanian dan pihak tuan tanah sendiri. Untuk pengetahuan, di Papua New Guinea, lebih 90 peratus tanah adalah dimiliki oleh penduduk (tanah adat) dan pihak pemerintah hanya boleh menolong memproses dokumen bagi membantu kepada kelulusan sesuatu projek sahaja.

Jadi risiko memang tinggi tetapi ia diikat dengan perjanjian-perjanjian yang memberi keleselesaan kepada kedua-dua pihak. Hingga kini proses dokumen sudah diperingkat akhir dan menanti untuk mendapat kelulusan penebangan kayu balak sahaja dari pihak berkuasa disana dan diperingkat ini, tiba-tiba tercetus satu revolusi 'pengenduran dana' dan ini berkoma disini.

Sebenarnya kemelut ini sudah menjadi barah sejak seorang rakan niaga kepada syarikat ini menemui pengurusan syarikat. Beliau pernah membuat pelaburan di PNG suatu ketika dahulu tetapi gagal kerana krisi kepimpinan dan sejak itu barah ini terus merebak dan kudis tersebut telah mejangkiti orang lain. Mujurlah ada antibiotik untuk menenangkan barah itu buat sementara sehingga keputusan panel GLC diumumkan.

Serangan terhadap syarikat ini tidak hanya dari luar malahan dari dalam jua. Berbagai cerita dan tohmahan dilemparkan terhadap pengurusan syarikat dan maklumat sulit syarikat dibawa keluar untuk disoal jawab didewan negeri. Ini angkara orang dalam yang tidak beretika dan bercita-cita kearah kepentingan peribadi dan parti beliau. Orang macam ini hanyalah tunggu gaji yang bakal diterima setiap bulan dan sifat sayangkan syarikat atau negeri tiadal langsung didalam diri beliau kerana ini bukan tanah kelahirannya. "Apa aku peduli dan yang penting setiap bulan aku terima gaji sudahla sebenarnya itulah yang terbuku didalam diri beliau."Sebenarnya inilah risiko jika orang luar dari bumi Kedah ini diambil bekerja dengan syarikat kerajaan negeri tetapi sifat seperti ini tidak ada pada semua orang perantau. Mungkin kumpulan oppurtunist sahaja yang ada sifat sebegitu.

Apa yang ingin aku sampaikan disini adalah jangalah kamu dengki-mendengki, benci-membenci antara satu sama lain selain menyayangi sesama sendiri. Teringat subjek agama Islam masa tingkatan 5 dan bab Al-Quran dan Hadis yang banyak memberi pengajaran berguna kepada pegamalnya.

Jadi berdoalah kepada setiap umat Islam dengan kejayaan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik dan jauhi dari api neraka'wahghina azza bannar' dan itulah sebaik-baik muslim.

Isnin, 22 Mac 2010

Kumpulan sokongan (peminat, penyokong dan penonton)




Ini peminat setia dan rakan kelas sejak dari sekolah rendah - Ahmad Fauzi Ismail.

Kumpulan ini amat penting untuk memberi peransang kepada pemain. Merekalah akan menghidupkan suasana sesuatu perlawanan dengan tempik sorak dan bermacam-macam daya kreativiti yang ada pada mereka.

Peranan mereka sangatlah terpuji dan terpesona lebih-lebih lagi jika pasukan yang disokong itu sedang mendahului. Apa pun ucapan terima kasih banyak kepada semua penyokong Purnama Gemilang kerana memberi sokongan tidak berbelah bagi sejak dari mula perlawanan hinggalah ke perlawanan akhir. Tahniah dan terima kasih.

Kumpulan Sokongan

Kumpulan sokongan iaitu peminat dan penonton merupakan satu kumpulan yang paling penting dalam sesuatu perkara dalam sukan bagi menjanakan pendapatan dan suasana kemeriahan keberlangsungan acara.

Ahad, 21 Mac 2010

Ulasan perlawanan akhir antara Ketapan FC dan Purnama Gemilang






Liga Bolasepak Parlimen Jerai bagi merebutkan Piala Jamil Khir Baharom telah pun melabuhkan tirainya semalam dimana dua pasukan pilihan dan popular layak ke pentas akhir di Mini Stadium Pantai Murni. Yang paling membanggakan ialah kehadiran penonton diluar jangkaan dan keadaan menjadi sesak di kawasan tersebut.

Sepakan penalti diambil sebagai penentu untuk memilih juara liga kali ini setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa sebenar. Jaringan awal pada minit ke 18 oleh penyerang Purnama Gemilang gagal memberi kemenangan kepada pasukan ini kerana pada 3 minit lagi perlawanan akan berakhir, Ketapan FC berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan kepada sepakan penalti.

Purnama Gemilang menguasai 20 minit pertama permainan dan selebihnya dikuasai oleh pasukan lawan. Pemain tengah Ketapan FC terutamanya pemain bernombor 7 bijak menguasai bahagian tengah dan hantaran-hantaran merbahaya beliau berjaya memerangkap pertahanan Purnama Gemilang menjadi kelam kabut. Usaha mereka untuk menjaringkan gol bertali arus dan tidak mengenal penat. Serangan-serangan mereka kadang kala hampir menjaringkan gol cukup meletihkan pertahanan Purnama Gemilang.

Tetapi mujurlah kekentalan pertahanan Purnama Gemilang berjaya mematahkan serangan merbahaya lawan dengan membuat sepakan-sepakan keatas dengan cepat. Provokasi oleh penonton dan pemain lawan berjaya juga apabila salah seorang pemain Purnama Gemilang dikenakan amaran dengan layangan kad kuning. Pemain tengah Purnama Gemilang gagal berfungsi dan kurang menyekat asakan lawan. Mungkin sudah kehabisan tenaga kerana menunggu rehat separuh masa yang agak lama kerana penganjur menyediakan acara selingan seperti menyepak bola kearah gol dan pengumuman cabutan bertuah.

Hantaran-hantaran mereka menjadi kelam kabut dan tidak mencapai sasaran. Ini merugikan kerana bola dapat kepada lawan dan serangan balas lawan seperti menjanjikan gol penyamaan. Agak tegang juga perlawanan tersebut dimana pemain hampir kehilangan tumpuan kepada permainan. Percubaan kearah pintu gol lawan jauh mencapai sasaran dan sedikit pun tidak mengerunkan lawan. Cuma ada satu ketika serangan Purnama Gemilang hampir memperolehi gol kedua dimana bola sudah memcecah garisan gol tetapi segera diselamatkan pertahanan lawan.

Sepatutnya bol tersebut bolehlah dikirakan sebagai jaringan kerana bola telah melepasi garisan gol tetapi penjaga garisan lambat tiba di garisan belakang dan gagal mengesahkan jaringan tersebut. Ini adalah antara kelemahan yang perlu diperbaiki oleh para pengadil setiap kali menjalankan tugas supaya keputusan mereka tidak dipertikaikan oleh penonton dan pemain.

Jika salah seorang penyerang Purnama Gemilang berjaya menghidu bola tersebut, sudah tentu kaki mereka akan menjolok masuk bola tersebut kedalam gol dan kemungkinan mereka sudah pun bergelar juara tanpa tewas disepakan penalti.

Semangat kental pasukan Ketapan FC berjuang hingga keakhir permainan patut dipuji kerana mereka masih bertenaga bermain dan meguasai permainan. Kawalan bola yang cantik serta hantaran yang tepat membolehkan mereka seolah-olah dapat bermain dalam masa tambahan lagi. Mereka tidak banyak membuang bola kepada pihak lawan dan dengan cara itu, kelebihan penggunaan tenaga berjaya dikurangkan.

Purnama Gemilang pula, apa yang diperhatikan banyak mensia-siakan bola dengan hantaran jauh dari sasaran. Tidak menggunakan keluasan padang secara maksima dan sering memberi bola kepada tempat yang ramai pemain Ketapan FC. Dari segi kawalan bola tinggi banyak dimenangi oleh pemain Purnama Gemilang tetapi hantaran bola bawah selalu tersasar. Coach Muhammad Ramli sering menjerit supaya menghantar bola kearah tepi tetapi apabila bola dikaki lain pula jadinya.

Kemungkinan kegugupan dan kurang pengalaman difinal telah menguasai mereka dimana harapan yang tinggi diletakkan dibahu anak-anak muda ini menyebabkan mereka gagal memikul tanggunjawab tersebut. Keadaan menjadi genting apabila serangan yang dicipta oleh penyerang Purnama Gemilang tidak menjadi dalam usaha untuk menambahkan jaringan. Cuma satu dami yang cantik berjaya dibuat oleh pemain tengah tetapi gagal disambung oleh pemain sayap kiri Purnama Gemilang.

Keseluruhan kedua-dua pasukan sama handal dengan berbagai corak permainan diperagakan cuma kurang pengalaman oleh pemain-pemain Purnama Gemilang beraksi dipentas final telah memisahkan mereka daripada menjadi juara untuk kali ini. Jika pendedahan berterusan diberikan kepada mereka melalui liga-liga yang akan dianjurkan pada masa hadapan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih handal, sudah pasti dalam setahun dua lagi, pasukan ini bakal menjadi kuat dan hebat.

Gugup dengan sorakan penonton yang begitu ramai dengan berbagai provokasi yang begitu ghairah untuk mereka memenangi perlawanan ini membuatkan tekanan tinggi kepada pemain. Perhubungan didalam padang sesama pemain juga kurang dimana tiada teguran dibuat oleh rakan sepasukan jika berlaku kesilapan sesama pemain.

Apa pun yang berlaku setinggi tahniah kepada pasukan Purnama Gemilang yang dipimpin oleh Abdul Habib dan Abdul Halim yang begitu berminat dalam mejayakan misi mereka dengan menubuhkan pasukan bolasepak dari titik peluh mereka sendiri. Sungguhpun ramai juga yang menghulur sumbangan demi menjayakan pasukan ini tetapi usaha dari kedua beradik ini yang begitu cintakan sukan bolasepak sanggup mengeluarkan modal sendiri.

Misi utama pasukan ini ditubuhkan menurut Abdul Habib ialah untuk mengalakkan anak-naka muda dikawasan sekitar dapat melakukan aktiviti riadah secara sihat seperti bermain bolasepak. Visi beliau yang paling utama ialah ingin menyelamatkan anak-naka muda dari terlibat dengan aktivit yang tidak sihat dan menjadi kesalahan dari segi undang-undang negara dan agama. KPI yang diletakkan untuk memasuki perlawanan akhir telah tercapai cuma jika menjadi juara ia adalah sebagai bonus.

Apapun setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Purnama Gemilang, pemain-pemain, penyokong-penyokong serta penyumbang-penyumbang yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan yang dibarisi anak-anak muda tempatan ini menunjukkan bakat mereka dalam sukan bolasepak.

Selepas ini mereka yang terpilih keperingkat yang lebih tinggi maka berusahalah untuk terus maju dalam bolasepak. Dengan bermain diperingkat lebih tinggi pengalaman tersebut amat berguna untuk kemajuan diri kamu dimasa hadapan. Oleh itu usaha toleh kebelakang lagi dan berusahalah untuk maju keperingkat seterusnya.

Skuad Purnama Gemilang FC



Kenangan pemain-pemain bergambar di perlawanan akhir dengan pasukan Kilang Ketapan FC di Pantai Murni, Yan pada 20hb Mac 2010.

Gambar-gambar menarik sekitar perlawanan akhir






Antara aksi-aksi yang menarik pada hari perlawanan akhir semalam di Pantai Murni, Yan.

Tahniah Purnama Gemilang





Semalam tepat jam 5.15 petang, di Mini Stadium Pantai Murni perlawanan akhir merebut Piala Senator Dato' Seri Mohd Jamil Khir Baharom telah berlangsung antara dua pasukan terhebat dijalan Alor Setar - Sg. Petani iaitu Guar Chempedak (B) dan Kampung Kilang Ketapan.

Penutupan liga tersebut telah dibuat Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan belaiu turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Disamping perlawanan akhir, acara selingan turut disertakan seperti menyepak bola kearah gol, cabutan bertuah dan sebagainya.

Dalam perlawanan tersebut, Purnama Gemilang telah menjaringkan gol pada minit ke 18 pada separuh masa pertama dan mendahului sehingga minit ke 87, barulan pasukan Kilang Ketapan berjaya menyamakan kedudukan. Sehingga tamat masa sebenar permaianan, kedudukan terikat 1-1 dan sepakan penalti dibuat untuk mencari pasukan yang akan menjuarai liga tersebut.

Sehingga akhir sepakan penalti, akhirnya pasukan Kilang Ketapan berjaya dengan 3-2 dan Purnama Gemilang berjaya menjadi naib johan pada liga sulung yang disertai oleh pasukan yang baru berusia setahun.

Sebelum ini, pasukan Kilang Ketapan berjaya menjadi juara Piala YB Ahli Parlimen Jerai yang diadakan pada tahun lepas. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kepada Padang Lumat FC yang menduduki tempat ketiga dan Taman Seri Utama keempat.

YB Senator juga berjanji akan menjadikan liga ini sebagai acara tahunan dalam Parlimen Jerai dan diharapkan jumlah pasukan yang akan menyertai liga ini akan bertambah. Tahniah juga kepada pihak penganjur liga ini kerana berjaya menamatkan liga ini dengan cemerlang jika diukur dari segi kehadiran jumlah penonton yang begitu ramai dan meriah. Kita jumpa lagi dimasa akan datang.

Sabtu, 20 Mac 2010

SELAMAT BERJUANG DUHAI PURNAMA GEMILANG


Petang ini bakal berlangsung perlawanan akhir antara Purnama Gemilang dan pasukan pilihan Kilang Ketapan dari Gurun dalam siri liga tempatan merebut Piala Dato; Seri Jamil Khir bin Baharom (Brid Gen) (R) di mini stadium Pantai Murni, Yan.

Pasukan pilihan, Kilang Ketapan sudah tentu akan membawa penyokong berbaju merah memenuhi stadium petang ini sememtara pasukan Purnama Gemilang dengan warna tradisi iaitu hijau. Dijangka, peluruh peminat bolasepak tempatan akan memenuhi ruang stadium mini dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dan mengamatkan stadium.

Kepada Purnama Gemilang, ada berada dipihak kemenangan dan janganlah merasa tertekan dan resah.

1.Bermain seperti telah mendahului lawan dan rajin-rajinlah mengejar bola apabila berada dipihak lawan.
2.Jangan membenarkan pihak lawan bergerak bebas dikawasan permainan kamu dan pastikan mereka tidak banyak mengawal bola.
3. Sekat pergerakan pemain tengah mereka terlebih dahulu kerana disini kekuatan pasukan lawan.
4. Jangan merasa rendah diri terhadap pemain lawan dan kerana kamu adalah lebih baik dari mereka.
5. SAYA YAKIN PETANG INI MILIK ANDA DAN SAMA-SAMA KITA AKAN MERAIKAN KEJUARAAN SULONG INI DI GUAR CHEMPEDAK. PERCAYALAH KAMU YANG TERBAIK DAN AKAN MENANG. INSYAALLAH. AMIN YA RABBIL ALA AMIN

Rabu, 17 Mac 2010

Purnama Gemilang-Kenangan perlawanan akhir





Ini adalah sambungan daripada kisah sebelumnya yang ini mungkin melibat peringkat daerah Yan. Setelah tamat final di Padang Lumat dan SK Langkasuka muncul sebagai johan daerah, perasaan kecewa dan menyesal menghantui kami sepasukan. Aku sering dipersalahkan oleh Fauzi Shafie akan kekalahan pada perlawanan akhir tempoh hari dan kesan ini masih membeku hingga sekarang.

Kenangan silam pada perlawanan tersebut masih boleh dirakam dalam ingatan dan inilah kesannya jika kita gagal sesuatu perkara. Selepas itu, semua kebelasan pemain utama pasukan dijemput untuk kepemilihan pasukan daerah yang diketuai oleh jurulatih yang sangat terkenal dengan sifat garangnya, Cikgu Safar dari Langkasuka. Pemilihan diadakan di SK Pauh dan selesai pemilihan aku antara pemain yang layak mewakili daerah ke peringkat Zon Tengah. Waktu tersebut daerah Kuala Muda / Yan dipanggil Zon Tengah kerana waktu tersebut belum lagi wujud sistem seperti sekarang.

Sebelas hari menjalani latihan di SK Pauh, maka tibalah hari perlawanan menentang Kuala Muda di padang awam Sg. Petani (belakang SMK Khir Johari). Antara pemain yang mewakili Yan waktu tersebut ialah Jamil, Li, Asri, Tako, Zamri(Mc Adam), Zakiyuddin, Baba, Lepek, Saiful Anuar dan beberapa pemain lagi yang aku sudah lupa nama mereka.
Aku tak ingat bila perlawanan berlangsung dan keputusan tewas dengan jaringan 2-3 kepada Kuala Muda bukanlah satu keputusan yang mengembirakan dan kami gagal keperingkat seterusnya. Maka tamat perjuangan Daerah Yan.

Disini, kesimpulannya dapatlah dicatat bahawa sebenarnya kita bukanlah jaguh sebenar apabila menjuarai peringkat daerah kerana ramai lagi mereka-mereka yang lebih berbakat daripada kita. Apa yang penting perasaan bangga diri dengan bakat yang ada pada kita hendaklah direnung kembali dengan pencapaian yang dimiliki oleh orang lain. Kita merasa jaguh ditempat sendiri tetapi apabila melangkah keperingkat lebih tinggi, kita kecundang. Jadi perasaan ingin memperbaiki diri sendiri amat penting dan selalulah merasakan rendah diri walaupun kita sudah menjadi juara sebenarnya.

Terlampau yakin dengan kemenangan lampau bukanlah satu lesen untuk kita mencapai kejayaan dimasa hadapan tetapi sikap rendah diri dan sedar dengan kemampuan kita ditahap mana amatlah penting. Bagi pemain Purnama Gemilang, pada final nanti anda dinasihatkan supaya jangan memandang rendah dengan keupayaan lawan kerana juga seperti anda meninjau kelemahan pasukan anda.

Tetapi janganlah bersikap terlalu merendah diri dengan lawan kerana anda sudah dianggap kalah dari segi perang saraf dan perasaan takut menghadapi lawan bakal memudaratkan anda. Bermain seperti biasa dan serapkan tekanan mereka dengan serangan kepintu gol bertali arus. Percubaan-percubaan anda kepintu gol lawan hendaklah mensasarkan arah yang tepat supaya perasaan gementar penjaga gol lawan meningkat. Bila penjaga gol sendiri sudah hilang keyakinan maka tumpuan beliau turut terjejas dan perasaan gemuruh menguasai beliau.

Disini peranan ketua pasukan menilai permainan lawan dan beliau bolehlah merangka strategi untuk mengasak bahagian yang mempunyai kelemahan terhadap lawan. Contohnya jika penjaga gol sendiri sudah hilang keyakinan dan gemuruh menguasai beliau, jadi boleh beliau membisik kepada penyerang supaya membuat percubaan jarak jauh lebih kerap sehingga menghasilkan gol.

Beliau juga perlulah cepat mengesan kelemahan lawan pada tempoh 20 minit separuh masa pertama dan segeralah mengasak sebelah yang lemah tadi. Sekiranya didapati pertahanan sebelah kiri agak longgar, senanglah kerja sayap kanan untuk mengasak dan seterusnya mengucar kacir pertahanan lawan.

Dari sumber yang diperolehi, pada final nanti pasukan lawan mempunyai kekuatan pada bahagian tengah kerana bahagian tersebutlah akan mengawal bola serta permainan. Jadi disini, saya ingin menyarankan bahawa Purnama Gemilang hendaklah menyekat penguasaan mereka dibahagian ini dengan cara meletakkan 4-5 orang dibahagian tengah. Apabila berjaya menyekat pergerakkan mereka dibahagian ini, maka kunci utama mereka dibahagian tersebut akan lumpuh dan hilang kawalan. Mudah bagi anda untuk mejaringkan gol dengan serangan balas yang cepat dan berkesan. Cara bagaimana anda akan membuat serangan balas itu terpulang kepada anda diatas padang kerana saya akui sendiri permainan diatas padang sememangnya tiada boleh diskripkan.

Jesteru itu pada final nanti, segala panduan yang akan dicurahkan oleh jurulatih hendaklah diberi perhatian sepenuhnya kerana beliau lebih mengetahui kerana berada diluar dan memerhatikan pergerakkan anda didalam. Oleh itu apa yang penting adalah kerjasama sepasukkan amatlah ditagih semasa perlawanan berlangsung.

Jangan sekali-kali mengutamakan posisi anda sangat jika pasukan diasakkan, maka pemain diposisi lain hendaklah turun membantu begitu juga sebaliknya. Menganggui pemain lawan yang sedang memegang bola amatlah diperlukan sepanjang perlawanan berlangsung dan hantaran yang tepat dan berkesan adalah antara rencah-rencah membantu kearah kemenangan. Dan akhir kata tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan, berikan kerjasama yang tinggi dan keyakinan untuk menang pasti tinggi dan sudah tentu anda semua pulang sebagai Wira Guar Chempedak.

Selasa, 16 Mac 2010

Purnama Gemilang-pengalaman bermain di perlawanan akhir


Memang seperti yang dijangka, pasukan SKGC (1981) berjaya melangkah ke final setelah mengharungi 3 perlawanan dengan satu kemenangan dan dua seri. Itu pun setelah berjaya pada pusingan kalah mati dengan 2 kemenangan berturut-turut.

Pertama kali menentang SK Singkir dan berkesudahan seri 1-1 hasil jaringan Ahmad Roshidi Ramli, penyerang profilik dan lincah. Yang menariknya, jaringan itu dibuat setelah kami ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama dan pada minit-minit terakhir, beliau berjaya mengelecek 3 pertahanan lawan dan menjolok bola tersebut dipenjuru kanan tiang gol. Penjaga gol, Baba Ismadi gagal terpedaya dengan tolakan tersebut. Antara pemain SK Singkir yang masih dalam ingatan aku ialah Zul Lepek, Jamil, Azhar (aruah) dan Nizam Razak.

Perlawanan seterusnya melawan Langkasuka juga berakhir dengan keputusan seri dan terakhir melawan SK Dulang yang diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO Jerai, iaitue Bashori sebagai ketua pasukan. Memang ada tokoh kerana sejak sekolah lagi beliau telah menjadi pemimpin. Perlawanan tersebut berkahir dengan kemenangan 4-1 dimana aku salah seorang yang berjaya menjaringkan gol.

Memperolehi 4 mata telah melayakkan kami masuk ke final menentang musuh utama iaitu SK Langkasuka. Waktu tersebut Langkasuka telah diwakili oleh Asri Majid, Zakiyuddin, Zambri Ahmad, Li Tok Iang, Takoyuddin, Saiful Anuar dan beberapa pemain lagi yang aku sendiri sudah lupa dalam ingatan.

Kami pula diwakili oleh Halim Johan, Sannan, Nasir Che Tam, Rofat, Fadzil, Roshidi, Saiful dan beberapa orang pemain lagi. Perlawanan berlangsung di Padang Lumat dengan disaksikan oleh ramai penonton. Yang dikatakan ramai kerana sekeliling padang sudah dipenuhi orangramai yang ingin melihat perlawanan yang menarik.

Sebelum perlawanan kami diberi motivasi oleh Cikgu Kamaruddin dengan begitu berkesan dan semua bertekad untuk mengulangi kejayaan pasukan sekolah sebelum ini yang berjaya mejadi juara negeri. Jurulatih, Cikgu Ba harom Majid serta guru-guru yang lain sangat mengambil berat. Perlawanan telah dimulakan dan serangan bertali arus ke gol lawan. Dengan kecekapan penjaga gol lawan, maka keadaan begitu tegang dan menarik. Akhir kami berjaya menyumbat 2 gol pada separuh masa pertama. Jadi keadaan yang begitu tegang tadi telah kendur semula.

Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula, pihak lawan dengan semangat yang begitu tinggi telah menyerang balas bertali arus tanpa ada rasa kasihan. Akhirnya tamat masa perlawanan mereka berjaya menjaringkan 3 gol menyebabkan impian kami untuk mejuarai kejohanan ini terbantut.

Antara sebab-sebab kekalahan kami ialah perasaan terlalu yakin dan bersahaja kerana telah mendahului 2-0 dan tiada usaha menambah gol selepas itu. Keyakinan yang berlebihan ini telah memusnahkan kami sepasukan. Aku sebagai ketua pasukan teruk dimarahi oleh jurulatih kerana kesilapan aku sendiri kerana dengan sengaja memberi kemenangan kepada pihak lawan.

Bermain sambil lewa dan terlalu berskil atau 'fancy'amat merbahaya kerana bola mudah dirampas oleh pihak lawan dan merasakan kemenangan sudah didalam tangan adalah satu kesilapan. Akhirnya aku serta pasukan tumpas dengan jaringan yang tipis. Sementara pihak lawan pula tidak putus-putus terus mencari gol dan mereka telah membuktikan bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Saya harap, pada final 20.3.2010 di Pantai Murni nanti, pemain Purnama Gemilang hendak bijak mengawal keadaan dan jangan terlalu panik bila mana anda ketinggalan. Cuba bermain seperti biasa dan jangan terlalu emosional dengan kutukan atau provokasi penonton kerana mereka sentiasa akan memporak-perandakan anda. Serapkan tekanan dan melakukan serangan balas dengan tenang.

Jangan sekali-kali menunjukkan sikap panas baran kerana ia akan memudaratkan masa depan pemain sendiri. Bersambung.

Ahad, 14 Mac 2010

Purnama Gemilang-Pengalaman bermain di perlawanan akhir



Mengundur kebelakang kira-kira zaman persekolahan dahulu sejak memasuki final bolasepak antara rumah disekolah rendah amat manis. Waktu tersebut aku mewakili rumah kuning dan lawan kami rumah merah. Masa itu aku didarjah 5 dan ini merupakan perlawanan akhir pertama sejak aku mengenali bolasepak.

Didalam perlawanan akhir tersebut aku dan pasukan berjaya mengalah 3 rumah yang lain kami menjuarai kumpulan dan bertemu dengan rumah merah yang menduduki tangga kedua. Ramailah penyokong yang memberikan sokongan termasuklah senior-senior dan guru-guru. Antara guru yang paling berjasa dalam bolasepak ialah Cikgu Baharom Majid (aruah) yang begitu bersemangat memberi tunjuk ajar dengan pelbagai taktik untuk mengalahkan pasukan lawan.

Perlawanan bermula pada waktu pagi, jadi seluruh pelajar sekolah memenuhi kawasan padang dan begitu riuh rendahlah suasana waktu tersebut.

Sebagai juara kumpulan kami tiada masalah untuk memenangi perlawanan tersebut dan bermain dengan penuh keyakinan. Tetapi malangnya sehingga wisel penamat ditiupkan kedudukan masih seri dan tendangan penalti dibuat bagi menentukan kejuaraan.

Aku diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan terakhir dan kedudukan waktu tersebut adalah kelebihan kepada kami sekiranya aku berjaya memasukkan bola kedalam jaring, maka kamilah akan memenangi perlawanan tersebut.

Perasaan aku ketika itu amat gementar maklumlah tanggungjawab seberat ini diletakkan keatas bahu aku dan sekiranya gagal, maka kecundanglah pasukan kami. Tendangan pun diambil dan pada masa tersebut perasaan berbelah bagi samada hendak menendang kearah mana. Belum diputuskan lagi dan apabila tiba waktu hampir menendang, ketengah jua perginya tendangan aku dan bola tersebut diselamatkan oleh penjaga gol lawan dan kedudukan seri hingga tamat lima sepakan pertama.

Maka tendangan tambahan dibuat akhir pasukan aku tewas dan pihak rumah merah bersorak keriangan. Aku masih ingat antara pemain pasukan rumah merah waktu tersebut adalah Sanan, Shukri (Chik), Fazil (awang), Sidi dan beberapa orang lagi. Selepas perlawanan aku teruk kena marah dengan Cikgu Baharom kerana gagal memastikan kemenangan kepada pasukan Kuning.

Pengajaran dari perlawanan tersebut adalah jangan terlalu yakin dengan prestasi semasa pasukan sendiri walaupun sebelum itu mencatatkan semua kemenangan dalam kumpulan. Memandang rendah kebolehan pasukan lawan adalah merupakan satu kesilapan kerana kita tidak mengetahui strategi pasukan lawan yang bermain didalam perlawanan akhir dan tumpuan pada satu-satu perlawanan adalah penting tanpa mengirakan perlawanan yang akan datang.

Sepakan penalti merupakan satu penentuan terakhir dan ketenangan fikiran semasa melakukan sepakan dan pemusatan arah sepakan perlu diberi perhatian sebelum sepakan. Jangan ketika hendak menendang baru berfikir arah sepakan, maka jawabnya ketengahlah bola tersebut.

Nanti bersambung kisah perlawanan kalah mati peringkat daerah antara sekolah-sekolah rendah dalam daerah Yan pada tahun 1981.

TAHNIAH PURNAMA GEMILANG



Sekalung tahniah buat semua anggota keluarga Purnama Gemilang yang melakarkan kejayaan paling bersejarah dalam diari bolasepak Guar Chempedak tahun 2010 kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Brig. Jen (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang bakal dilangsungkan di Pantai Murni, Yan minggu depan.

Jadual perlawanan akhir dijangkakan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 20hb Mac 2010 yang akan ditutup oleh YB Dato' Seri sendiri selepas merasmikan mesyuarat Bekas Perajurit di Guar Chempedak.

Sebelum perlawanan bermula hujan telah turun dengan lebat sekali dan ini merupakan amaran awal kepada pasukan lawan iaitu Padang Lumat dan sangat mendebarkan sepanjang masa perlawanan berlangsung.

Dimasa sebenar perlawanan berakhir dengan jaringan 1-1 dan pengadil membuat keputusan supaya sepakan penalti diadakan bagi menentukan pasukan yang bakal layak ke perlawanan akhir. Dengan penuh debaran dan ketenangan pemain-pemain pasukan Purnama Gemilang serta sokongan yang tidak berbelah bagi oleh peminat-peminat, akhir layaklah anak-anak muda dari Guar Chempedak ke perlawanan idaman, iaitu final pada 20 Mac 2010 nanti.

SEKALI LAGI TAHNIAH UNTUK SELURUH ANGGOTA PURNAMA GEMILANG.

Selasa, 9 Mac 2010

Sejarah Kegemilangan Bolasepak Kedah


1987, 1988 dan 1989

Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak. Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2.


1990 Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.. Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.


1992 Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.


1993 1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien. Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.


1996 Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA. Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.


2004 Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.


2007/2008 Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.


Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.

Orang Penting Pasukan



"Microsoft Word 12">

KETUA jurulatih Kedah, Mohamed Ramlee (dua dari kiri) dan pengurus pasukan, Mohd Firdaus Jaafar (kiri) memberi taklimat kepada pemain Purnama Gemilang. Kedua-dua orang penting merupakan teras kejayaan kepada pasukan sehingga ini dan kita berharapkan mereka terus bersama kita selamanya.