Jumaat, 23 April 2010

Mee Udang Pulau Sayak

Inilah rupa mee udang sebenar dari Pulau Sayak,
cubalah rasa sekali mesti nak lagi.

Pantai Pulau Sayak
Majlis sambutan harilahir Cikgu Rosdiah memang
meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.

Kesegaran udang masih terasa apabila kita menikmati mee udang Pulau Sayak dan saiz udang yang begitu besar membuatkan peminat mee udang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Petang Jumaat bersama 23.4.2010, satu majlis menyambut hari ulangtahun PK HEM SMK Batu 5, Jalan Jeniang telah diadakan di pantai Pulau Sayak. Ini sempena menyambut harijadi beliau ke 48 dan majlis ini dirai bersama-sama staff beliau. Nyanyian Happy Birthday dimulakan sambil empunya diri memotong kek yang ditempah khas dari Sg. Petani.

Acara berlangsung dengan meriah dan insyaallah tahun depan kita buat kejutan buat beliau. Apa pun tahniah dan selamat panjang umur untuk Cikgu Rosdiah semoga kerjaya gemilang dan terus terbilang.

1 ulasan:

  1. Apabila ternampak mi udang seperti dalam gambar, aku mula rasa terliur. Lebih-lebih lagi saiz udangnya yang besar dan ditambah pula dengan menikmatinya di tepi pantai. Malangnya, aku alergik dengan makanan laut. Jadi, apakah yang mampu aku lakukan selain daripada membayangkan bagaimana rasanya sahaja.

    BalasPadam