Isnin, 15 Februari 2010

Keretapi terbalik di Kampung Titi Bom, Guar Chempedak





Keretapi yang membawa muatan barang telah terbalik di Kampung Titi Bom dekat Guar Chempedak kira-kira jam 4 petang pada 14.2.2010 semasa kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina. Pengangkutan darat yang tertua di negara ini telah membawa sebanyak 28 gerabak yang dipercayai berisi getah mulai menyerong dan tayar keluar dari landasan terus terbalik satu persatu melainkan kepala lokomotifnya sahaja.

Menurut saksi kejadian, En. Osman Md.Diah berkata, semasa beliau bersama adiknya Abdul Rahim melalui jalan tersebut pulang kerumah mereka dekat sini, beliau telah melihat gerabak sudah pun menyenget kesebelah kiri jalan yang menghadap lebuhraya Utara -Selatan selepas itu kejadian tersebut berlaku sangat pantas menyebabkan kesemua gerabak tersebut terbalik. Ini adalah kejadian ketiga beliau menyaksikan kerana yang dua kejadian sebelum ini hanyalah kemalangan kecil seperti tergelincir sahaja dan inilah terburuk dalam sejarah hidup beliau.

Tambah beliau lagi, sebelum ini hanya mendengarkan berita di media elektronik dan akhbar sahaja seperti keretapi terbalik di luar negara seperti di India, Pakistan. Kejadian ini berlaku semasa kerja-kerja landasan berkembar sedang dijalankan dikawasan tersebut. Berikutan dengan kemalangan tersebut, KTMB dijangkakan akan mengalami kerugian yang belum ditaksirkan lagi dan ini bakal menjejaskan perjalanan penghuni kota dari Kuala Lumpur yang sedang bercuti dikampung untuk pulang semula kesana.

Walaubagaimanapun, dengan kecekapan dan anggaran KTMB, dijangkakan perjalanan keretapi akan pulih secepat mungkin bagi mengelakkan kesesakan kerana sekarang adalah musim perayaan. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan bomba sentiasa bersedia ditapak kejadian dan melarangkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan kemalangan dengan memasang pita larangan. Satu kejadian dimana pihak polis telah melarang seorang wartawan kerana memasuki kawasan kemalangan dan cuba merampas kamera wartawan tersebut.

Sikap kerjasama wartawan tersebut yang bertindak keluar dari kawasan tersebut telah meredakan keadaan dan kamera beliau selamat dari tindakan pihak polis. Diharapkan kepada semua orang awam yang ingin melihat kejadian tersebut janganlah melintasi pita larangan tersebut dan memberi kerjasama.

1 ulasan:

  1. Lintas lansung dari tempat kejadian dibawa terus oleh wartawan ASMI...siap dengan detik2 cemas kejadian..alhamdulillah..kamera beliau tidak dirampas oleh pihak berkuasa..dapat lah beliau memberi lapuran yang ringkas dan pada..

    BalasPadam