Isnin, 23 November 2009

Project Score A















Kebawah DYMM Tunku Sultan Kedah dan Sultanah Bahiyah (almarhum)

Program ini adalah sesuatu yang paling baru aku dapat untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah. Jika program ni aku dapat sejak aku masih sekolah dulu kan bagus.

Permulaan sejak 10 tahun yang lalu iaitu 1999, ianya direka dan dibuat R&D hingga 2002 dan pada tahun 2003 barulah program ini dilancarkan bersama projek sekolah perintis. Kementerian berkenaan sudah pun mengesahkan keberkesanan program tersebut dan testimoninya amat memeransangkan.

Dr. Shukri Abdullah, Pakar Motivasi dan Puan Rokiah Alias, Pengetua Cemerlang Malaysia dari Tunku Kursiah telah pun mengiktiraf program ini dan memberi sokongan dan prinsip 6P yang diberikan oleh Cikgu Rokiah adalah seperti berikut iaitu pelengkap, pemantau, prime time, pengurusan masa, pemangkin dan personal & emotional bonding.

Jumaat lalu bersama 20.11.2009, jiran aku Abang Fadzli telah mengadakan sesi penerangan bagi program tersebut dirumahnya dan menjemput aku menjadi ahli dan insyaalah sedikit masa lagi aku pun turut berminat. Perkara ini aku panjangkan kepada bos aku dan beliau pun turut berminat untuk mengadakan sesi penerangan bagi program tersebut.

Katanya, jika program ini dapat diperkenalkan disekolah-sekolah sekitar negeri Kedah terutamanya sekolah agama rakyat yang dibawah seliaan kerajaan negeri itu sudah memadai. Dan beliau menjemput wakil daripada kumpulan tersebut ke pejabat untuk penerangan lebih lanjut lagi.

Program Score A ialah satu kaedah pembelajaran secara bestari. Satu kaedah pembelajaran interaktif yang sememangnya menarik minat buku dan tiada lagi bebanan buku. Program ini juga adalah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mahukan pembelajaran secara ICT dan pada 2010, perlaksanaan sekolah bestari akan bermula secara sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM150 juta dalam RMK-9 melalui e-learning.

Jika kaedah pembelajaran terdahulu atau secara tradisional pelajar memerlukanng masa yang lebih untuk memeriksa jawapan sendiri, tidak boleh mengulang soalan,tiada pemantauan masa, terlalu banyak buku latihan hingga membosankan pelajar dan tidak interaktif.

Kenapa program ini dicadangkan kerana pelajar boleh pergi sekolah seperti biasa, ulangkaji, buat kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru sekolah. Itu satu input dari sekolah sebagai input yang mesti dan pertama diperolehi tetapi dengan program ini pelajar juga dapat belajar topik yang sudah diajar disekolah melalui komputer/internet, boleh mencuba topik baru dan menduduki peperiksaan percubaan dan ala peperiksaan sebenar dan markah lulus mesti melebihi 80% dan secara tidak langsung pelajar ini berkeyakinan tinggi bila menduduki peperiksaan sebenar.

Jadi kenapa kita tidak mencuba dahulu dan cubalah demi kebahagiaan kita bersama dan keputusan pelajar yang menyertai program ini cukup baik dan diceritakan disini ada seorang pelajar cina yang tahun pertama disekolah menengah mendapat tempat 40 dari 42 pelajar dan apabila keputusan PMR keluar beliau berjaya mendapat 8A.

Jadi apa tunggu lagi, jika berkenan sila hubungi saya untuk sesi penerangan dan soal jawab di Gurun dan sesiapa yang menjadi ahli wajib mengikuti kursus oreintasi pengedar di Kuala Lumpur dengan sendiri pembiayaan.

Berfikir-fikirlah demi kebahagiaan keluarga kita dan selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. salam

    ingin saya mencelah..tidak menjadi satu masalah sekiranya ianya salah satu aktiviti pembelajaran disekolah..sepatutnya ianya telah diserap kesekolah2 sekiranya ia mendatangkan kebaikan. Yang menjadi implikasinya adakah ianya akan membebankan para ibubapa...cuba selak utusan 25-11-2009 dimana murid yang mencapai pencapaian yang cemerlang 5A dihalang dari mengambil slip peperiksaan..kalau la Project Score ini diletak harga yang mencecah RM1K akan ada lagi yg tidak dapat mengecapi...mana pergi pendidik yang sepatutnya menyediakan bahan2 seperti ini disekolah takut nanti ianya akan berorientasikan kepada kewangan..adalah disarankan mata pelajaran disekolah dikaji semula bagi membolehkan ianya dimantapkan..

    sekian terima kasih

    BalasPadam