Sabtu, 21 November 2009

Istilah Kroni........................



Sambungan dari tajuk guru dan rakan permulaan dan terhenti di rakan sekelas menguasai semua acara sekolah tetapi bukan hendak diterjemahkan monopoli. Kronisme telah wujud sejak aku darjah enam lagi kerana kami sekelas menguasai permainan sekolah hampir kesemuanya hinggakan pemain simpanan punn dikuasai oleh rakan sekelas walaupun tidak pernah memegang raket.

Bermula diawal musim ialah bolasepak dimana pemain utamanya terdiri dari berbagai kelas tetapi begitu juga sepaktakraw, badminton dan bola keranjang. Yang uniknya sekolah aku dulu dimana kami satu-satunya sekolah aliran kebangsaan dalam daerah Yan yang menyertai pertandingan bolakeranjang ke peringkat daerah. Yang lainnya ialah sekolah Cina dan kesemua perlawanan yang kami sertai mengalami kekalahan tetapi tetap melawan kerana tiada pernah pulang dengan tangan kosong.

Apa yang menarik ialah perlawanan terakhir melawan sekolah Yang Kao berlanjutan sampai 2 hari kerana pada hari pertama cuaca sudah gelap kerana permainan tinggal satu quarter lagi dan keesokkan harinya disambungkan perlawanan tersebut dengan kami mengalami kekalahan tipis.Sebenarnya perlawanan tersebut begitu rancak dan kami hampir menguasai perlawanan dan mata hinggakan hari pertama tu kami mendahului pasukan sekolah tersebut dan aku rasa itulah perlawanan terhebat umpama Chicago Bulls berentap dengan LA Lakers.

Ini kerana maruah mereka sebagai sekolah cina yang menguasai permainan bola keranjang, jika kalah mungkin tercemar ditangan murid melayu dan mungkin juga balas dendam kerana sekolah tersebut sudah mengalami kekalahan dalam permainan badminton ditangan kami pada peringkat separuh akhir ditangan kami.

Itu sejarah dan hingga kini aku hanya menyentuh bola keranjang anak aku dan hanya menunjukkan sedikit skill yang masih aku ingat. Kini peristiwa tersebut sudah berlalu hampir 28 tahun tetapi tetap segar diingatan.

Diawal musim persekolahan semasa darjah enam, akhir januari kejohanan olahraga antara rumah termasuklah sekolah Yang Kao yang dinamakan sebagai Bunga Orkid turut mengambil bahagian. Sebelum itu kami terdiri dari bunga kenanga, melor, teratai dan cempa secara tradisinya dijemput dan memeriahkan kejohanan tersebut.

Jika dulu hatta sukan sekolah rendah pun kehadiran penonton yang terdiri dari ibubapa dan orang kampung sekitar sudah memadai memenuhi setiap sudut padang. ia umpama bertarung di stadium yang sesak dengan penonton dan sebagai bukti aku lampirkan sekeping gambar pada hari kejohanan tersebut.

Gambar diatas menunjukan acara 400m akan dilepaskan dan cuba lihat kehadiran penonton dibelakang peserta yang akan bertanding padat sekali. Amat membanggakan dengan kehadiran penonton tetapi jika dibandingkan pada zaman sekarang, amat menyedihkan kerana sukan tahunan sekolah kini hanya dihadiri oleh pelajar dan guru sendiri.

Paling akhir aku menyaksikan sukan sekolah ialah pada tahun 2006 di Sik dan keputusan dan kehadiran penonton amat sedikit dan tiada kemeriahan. Ini mungkin strategi sekolah dan perancangan mereka dan hanya pengetuanya sahaja mengetahui.

Pada hari yang sama iaitu hari sukan aku, nasir chetam,fauzi, shidi, zul lepek dan baba masih di SP. Kami terpilih mewakili pasukan daerah Yan ke peringkat Kedah Tengah dan tinggal dirumah penolong kanan sekolah selama 3 hari. Perlawanan pertama menang dengan daerah Kuala Muda 1 serta masuk final pada padawaktu tengah hari dan kalah disengajakan kerana petang akan dimulakan acara sukan sekolah.

Setelah tamat perlawanan badminton kami terus ke sekolah yang dibawa oleh Cikgu Yusuf dan sempat juga aku bertanding acara 100m dan menang emas dan seterusnya menyertai acara trek yang lain seperti 4x100 dan 4x400 serta 400m dan mungkin ditakdirkan aku memenangi emas kesemuanya.

Selesai sukan kami diistiharkan johan kejohanan dengan memperolehi markah tertinggi dan bergambar bersama peserta dan guru-guru yang membimbing kami (sila lihat gambar diatas).

Selesai kejohanan tersebut, kami yang memenangi emas dan perak terpilih mewakili sekolah kekejohanan daerah yang diadakan di Guar Chempedak selepas 3 minggu kemudian.

1 ulasan:

  1. salam

    masa telah berubah..mungkin pada tahun yang dimaksudkan oleh saudara adalah tahun dimana kita tidak didedahkan dengan kepelbagaian hiburan..jadi salah satu hiburan yang adalah dengan menghadiri acara sukan sekolah hatta perlawanan bola legue 7 sebelah atau 12 sebelah yang dianjurkan oleh persatuan belia 4B dan sebagainya..disni silaturrahim dan ukhwah telah terbentuk..tapi masa telah berubah dan kita kian tua....bermacam pertandingan reality telah muncul satu persatu...generasi hari ni mula mengenal AF..OIAM..LG STR..IDOLA..BINTANG KECIL dan berbagai lagi...depa ni dah tak heran lagi dengan sukan..dulu pentas hiburan hanya tertumpu pada BINTANG RTM...kena la dengan cara hidup pada tahun itu..sekarang tiada lagi...

    BalasPadam