Ahad, 18 Oktober 2009

Melati Ishak


Berjumpa lagi dalamn blog ini tapi kali ini aku nak cerita pasai Kak Melati. Guru Kemas di Guar Stesen dan Ketua Wanita Umno Cawangan Guar Stesen. Pagi tadi sewaktu aku lalu kawasan tersebut kawasan dan rumah beliau telah pun tinggal tapak. Beliau telah berpindah ke kampung banggul lalang dan kini kawasan tersebut tinggal kenangan.

Tapak lama milik seorang peniaga dan aku dah lupa namanya dan kini telah berpindah di kampung baru kilang bata, dekat bukit kuang(kalau tak silap osman). Tempat tersebut menjadi persinggahan kami apabila kesekolah sementara menunggu bas Kok Eng sampai. Masa tu kalau tambang bas dari guaq stesen ke guaq chempedak cuma 5 sen dan pernah cemas seketika aku kehilangan tambang 5 sen dan terpaksa pinjam dari kak chah, lega rasanya.

Hari demi hari ahli dari kampung guaq stesen berpindah dan yang tinggal hanya kenangan ketika bersama disuatu ketika dulu. Dikhabarkan bahawa penduduk diatas bukit sana kena pindah dahulu kerana tanah dibukit tersebut akan digunakan dan lama-kelamaan penduduk guaq stesen kian mengecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan