Selasa, 27 Oktober 2009

Khabar dari Melbourne


Sanusi Ismail, sejak tingkatan 1 kami sama-sama belajar satu sekolah di Sg. Petani dan semasa sekolah rendah dulu beliau adalah juara daerah dalam acara paling popular. Sangat minat dengan seni dan kebanyakan hasil seni tangan selalu menjadi.

Diasrama feeder paling handal dan sukan takraw merupakan acara kegemarannya. Wakil asrama dan selalu menang setiap kali perlawanan disertainya dan apa yang paling aku kagum ialah kegigihannya dalam menyelami ilmu mata pejam. Diasrama dan sekolah beliau adalah jaguh acara tersebut. Kadang selalu melangkah dan melompat destinasi yang dituju.

Kini beliau di Melbourne, menyertai isterinya melanjutkan pelajaran disana dan beliau sendiri mengambil diploma dalam seni, kursus yang paling diminatinya. Kisah aku dengan Sanusi kalau nak cerita dalam laman ni memang panjang diringkasnya cerita untuk satu topik.

Semasa menuntut di UPM, selalu juga aku menziarahinya dan sama-sama kami ke Kajang pekena sate dan masa balik kami kena tahan dengan polis semasa membuat sekatan jalan, apa lagi mamat ni, melompat terjun terus dari motor kerana terkejut sampai tergolek2 dijalan. Aku apa lagi macam biasala, gelak sampai nak putus urat perut.

Dan ada juga dua tiga kisah lucu aku bersama beliau tapi untuk tatapan kali ni aku simpankan saja dan aku harap beliau gembira di downunder sana, dan ada sorang lagi sobat aku di New Zealand, kisah sama dengan Sanusi, namanya Madi........antara dua orang ni, mereka kongsi satu hobi iaitu bermain gitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan