Selasa, 13 Oktober 2009
Kampung Guaq Stesen
Aku penduduk kampung tu sejak 20 tahun lalu dan aku kenai sangat dengan suasana kampung tersebut yang boleh dikatakan majoritinya menduduki tanah KTM cuma beberapa buah rumah saja duduk tanah sendiri termasukla aku sendiri.
Dulu di pertengahab tahun 70an, tiada satu rumah pun dikedua-dua bukit tersebut hanya hutan yang dihuni oleh binatang seperti kera. Aku pernah patah balik kerumah semasa berjalan kaki kesekolah kerana diganggu oleh kera2 ni mujurlah masa tu pak cik desa sudi tumpangkan aku naik motor dia, maka sampai juga aku disekolah. masa tu darjah dua.
Selepas pengambilan tanah di kampung titi bom oleh PLUS Berhad, aku rasa orang pertama yang berhijrah kesitu ialah Mak Ngah Limah, itu pun dia beli tanah dari hasil duit pampasan lebuhraya dan selepas aku lihat satu persatu kawasan itu mula diduduki dan kalau nak tau kampung tu dah berapa lama cuba tanya abang musa dia antara orang yang awai tinggal disitu.
Jadi aku rasa syukur dengan keperihatinan KTMB dan JV serta kerajaan yang memerintah kerana membayar saguhati kepada penduduk yang terlibat dengan kerja-kerja naiktaraf landasan keretapi ni walaupun jumlah yang diterima tidak seberapa tetapi aku rasa ia dapat menolong penduduk yang terlibat memulakan penghidupan baru. Mungkin dengan saguhati ini mereka dapat yang bangkit semula.
SATU PERSOALAN AKU NAK TANYA, BAGAIMANA PAMPASAN ATAU SAGUHATI UNTUK POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN SEPERTI DURIAN, RAMBUTAN, KELAPA DAN LAIN2. ITU ADA SAGUHATI KA?
Apa pun kepada MAT, bawa-bawala tobat sikit bila bagi pendapat ni kita satu agama, bangsa, negeri dan negara buat apalah nak cakap kasaq macam tu. biaq orang politik saja yang buat kerja lepa kita ni kuli2 batak ni tobat2lah.
APA PUN KEPADA PUNDUDUK GUAQ STESEN, TANHIAH DIUCAPKAN KERANA REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH.
AKU DUK TUNGGU MASA BILA PULAK AYAH AKU AKAN DAPAT NOTIS PINDAH BUKAN APA MANALA TAU KUT2 AKU PULA YANG DUK BUAT DEMO....KAH KAH KAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan