Selasa, 13 Oktober 2009
Kampung Guaq Stesen
Salam, bercerita pasai kampung guaq stesen ni, aku rasa antara orang yang lama disitu adalah PaK Man, Tok Desa Chik Wok, Pak At.
Golongan tersebut mungkin tahun kisah kampung guaq stesen ni dengan lebih detail terutamanya TOK Desa kerana beliau adalah penjaga get KTM disitu sejak pindahnya Tok Mat Sirat.
Tok Desa mula duduk rumah get keretapi tu sejak tahun 1982, lebih 27 tahun dah dan la ni dia dah pindah duduk di kg. banggui lalang.
Mula tahun 1975, aku mula mai kampung titi bom dari bukit pinang, pendang dan masa tu aku ingat lagi kampung guaq stesen dah ada penghuninya dan yang paling aku ingat 1979, masjid guaq stesen mula beroperasi diatas tanah wakaf dan imam pertama ialah Tuan Haji Ahmad bin Yaakop, dari titi bom ( ayah Ja yang kami pangge pak teh mat). Lepas tu Ustaz Haji Omar Lebai Isa mengantikan aruah pak teh mat dan lama juga jawatan imam tu kosong barulah ustaz pakrul ambil alih, mula2 lepa nak bagi kat abang malik tapi memandangkan jawatan ni besaq tanggungjawabnya maka abang malik menolak secara terhormat dan aku harap lepas ni Jalani Hj Ahmad pulak ambil alih lepas ustaz pakrul.
Berbalik kisah guaq stesen ni nanti aku sambung............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan