Sabtu, 24 Oktober 2009

Hangat seluruh Kedah



Berita penangkapan Pengarah Perhutanan Kedah, Kassim Osman amat mengejutkan kerana memang tidak disangka-sangka. Tetapi bagi sesiapa yangmengenali beliau, mungkin tidak merasakan apa-apa dengan berita tersebut.

Ayah aku pun terkejut kerana beliau amat risau kerana sudah dua hari aku tak balik melawat beliau dan dengan kemunculan berita tersebut disangkakan aku pula terlibat. Tetapi malam khamis semasa singgah dirumahnya di Guar Stesen, beliau begitu ceria sekali setelah mendapati aku muncul dihadapannya.

Balik kecerita Kasim tadi, aku telah mengenali beliau sejak aku di KL lagi pada tahun 1992, masa tu dia menjadi ketua kontijen kami ke sukan Maksper bagi WP KL dan semasa itu beliau masih bertugas di Jalan Sultan Salahuddin.

Masa berlalu begitu pantas dan sedar2 beliau menjadi pengarah di Kedah. Aku dengar cerita ni dah lama dah melalui rakan2 di perhutanan tetapi tiada bukti dan siapalah kita ni kan.

Bak kata Sanusi, Setpol MBla, sejak PR menguasi Kedah, hasil balak meningkat kepada 300% dari 10 juta ringgit kepada 40 juta ringgit dimana premium sehektar pernah mencapai setinggi 19 ringgit dan ini harta rakyat kenalah jaga sebaik mungkin.

Jadi kesimpulannya begini, kalau bekerja dengan orang begitu perangainya, maka rosaklah usaha kita selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan