Selasa, 13 Oktober 2009

Masa tiba di Titi Bom


Bapa aku adalah buruh KTM yang sedang bekerja disepanjang landasan keretapi. Sebelum di bukit Pinang, kami sekeluarga berpindah dari Tg. Malim, Perak dan disana disimpan kakak kandung aku bernama Rosni dan Rosnah. Mereka meninggal akibat demam panas dan selepas kejadian itu keluarga kami terus ingin pulang ke Kedah.

Bapa, Md.Taat bin Arshad dilahirkan pada 1933 dan sekarang berusia 76 tahun. Dan ibu Rafeah binti Ariffin, berusia 66 tahun sekarang tinggal di Kg. Guar Stesen dan sepenuh masa surirumah. Sejak peristiwa di Tg. Malim, ibuku amat sedih tetapi redha dengan kehendak Allah dan di Bukit Pinang, aku dilahirkan. Aku tak berapa ingat peristiwa2 di bukit pinang tetapi apa yang bermain dalam fikiran aku ialah bermain dengan lumpur di sawah. Waktu itu aku pandai mencabut semai dan macam2 kerja bendang aku buat termasuklah memukul padi. Ayah aku pernah dapat 14 guni padi pada satu musim dan selepas itu kami pun berpindah ke Titi Bom.

Masih ingat lagi di Bukit Pinang, waktu hendak menonton tv, terpaksa ke sekolah Bukit Jambul dan berjalan dalam gelap berlampukan cahaya bulan. Masih aku ingat masa berpindah ke TT Bom, kami sekeluarga menaiki jeep KTM. Jeep itu akan berpusing balik dan meninggalkan kami.
Dapat rakan baru, Ajet, Lankecik, Mat Lode dan Manap. Mula2 lepa ni agak sombong dan enggan bermain dengan aku dan apabila sudah agak lama, barula diterima masuk geng dan biasala budak2 masa tu manalah tau apa, yang tau main,main dan main.

Pernah kena ligan pasai mandi sungai dan macam2................nanti sambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan