Rabu, 14 Oktober 2009
Aku kena main
Hari ini adalah 14 October 2009, maka ganaplah usia anak aku ke 3. Pagi-pagi lagi dia dah bangun awai sambil bersama-sama. Yang buat hal adalah anak aku yang sulong tu, sampai kena tinggai dengan mak dia kesekolah. Banyak sangat ragam dia pagi, habis2 dia terlepas kesekolah. Maka aku juga kena pi hantaq . Anak kedua aku tu kena angkat dan terus sambung tiduq dalam kereta. Selesai bab itu, aku balik sambung sidai baju dan buatla apa patut sebelum ke tempat kerja.
Anak jantan aku bangun dengan wajah riang hari ni dan aku bagi tau dia hari ini birthday adik dan terus dia minta kek ultraman.........boleh tahan juga permintaan tu dan aku janji petang nanti aku beli kek tu.
Semalam kak foziah telepon bagi tau suami dia, Bang X masuk hospital, katanya kena sakit urat saraf pasai tangan terus jadi lembik, risau juga aku tapi sebentar kak aku telepon bagi tau dia dah okay sikit, katanya darah belu dalam otak.......syukur.
Berbalik cerita anak aku, tapi hari ni dengan senang hati dia minta pi rumah kak ela, rumah ibu pengasuh dia dan aku bagi tau kak ela, hari ni birthday dia. Kak ela ni duduk selang 2 buah rumah dari rumah aku, suami dia cikgu yusuf mengajar di SMK Tunku Sulong, Jeniang merupakan coordinator PMR sekolah, pandai memasak dan kalau ada kenduri ditaman, dialah orangnya. Selain itu dia juga mahir dalam seni memyambung besi dan selain itu ada diploma dalam industri perkayuan dari Uitm, Shah Alam.
Rupa-rupanya dalam senyap, pakar kayu juga dan bolehla bercerita panjang dengan aku.
Berbalik cerita kayu ni, ada banyak sebab yang membuatkan aku menceburi bidang ini dan salah satu punca aku masuk kedalam industri ini ialah aku ketinggalan.
Ketinggalan macam mana tu, mari kita uraikan satu persatu berkenaan isu tersebut. Dulu selepas sekolah, aku masih dikampung sementara rakan2 lain seperti asri, pakleh, fauzi, sanusi, nasir dan rakan2 yang seusia merantau ke KL menyambung pelajaran. Kira-kira aku ini keciciranla, duduk dikampung sambung belajar ke tingkatan 6 di sekolah langkasuka. Kalau jumpa nasir mee bandung, dialah orang yang banyak menyimpan rahsia aku dan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya nasir ini merupakan internet bergerak (gelaran aku pada dialah).
Beliau boleh bercerita macam2 tajuk samada dulu, kini dan akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dey apa cerita yang hang cuba nak sampai kan..berbelit2..belum habis satu plot dah masuk plot lain
BalasPadam