Khamis, 2 Disember 2010

Port Moresby

Orkid terbaik didunia boleh didapati di Papua New Guinea.

Pelabuhan dan pusat bandar Port Moresby

Port Moresby dari Takuarara

Berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas pada 20.11.2010 bersama keluarga yang mengiringi termasuk ayah dan ibu, isteri dan anak-anak. Sebelum itu terus ke Balik Pulau dahulu singgah dirumah saudara sehinggalah jam 4.oo petang.

Semula ke lapangan terbang untuk perjalanan ke KLIA. Penerbangan ditangguhkan hingga jam 6.30 petang dan tiba di KL jam 8.00 malam. Apa tidaknya, terpaksa mendarat dua kali kerana angin lintang semasa mengambil tempat untuk mendarat kali pertama. Suasana semasa itu tidaklah cemas juga kerana sudah dimaklumkan untuk mendarat kali keduanya.

Apabila tiba di KLIA, sudah jam 8.05 dan pada masa yang sama terpaksa pula mendaftar untuk masuk ke Air Nuigini. Punyalah kelam kabut sampai tak sempat nak ke tandas. Tapi semua selesai dengan tenang kerana pengalaman lampau. Alhamdulillah......................

Tiba dibalai perlepasan, Haji Alias sudah menanti dan sama-sama kami memasuki badan pesawat. Lepas ambil tempat duduk, rasa penat tadi pun hilang dan cuma tunggu untuk menimati makan malam. Selepas makan, mata mengantuk dan tiba-tiba sudah mahu pesawat sudah mahu mendarat. Setelah mengharungi perjalanan selama 6 jam 30 minit, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson, Port Moresby.

Kehadiran dengan menggunakan (VOA) visa on arrival, tidaklah sesukar mana untuk melepasi pemeriksaan imegresen dan bagasi pula diperiksan dengan lancar sekali. Kehadiran semula ke Port Moresby (POM) setelah agak lama meninggalkan bandar tersebut selama hampir 21 bulan tidaklah memberi kesan apa-apa cuma perubahan bandaraya tersebut agak menakjubkan.

Kesesakan lalu lintas, kebersihan dan ketenangan pada bandar tersebut merupakan sesuatu yang baru. Kelihatan juga pembangunan terbaru mengambil tempat seperti pembinaan hotel oleh syarikat dari Korea Selatan, pembinaan hotel tertinggi di pusat bandar, Great Papuan Hotel, Vision City oleh Rimbunan Hijau, pembesaran hotel Holiday Inn, penambahan bilik-bilik Lamana Hotel, begitu juga Airways hotel dan disekitar Ela Beach.

Dan yang paling menakjubkan adalah kenaikkan harga sewaan rumah, jika setahun lepas harga sekitar K900 seminggu, sekarang sudah meningkat hampir 100% terutamanya dikawasan-kawasan penting. Ada sesetengah boleh menjangkau sehingga K12,000 seminggu. Agak luar biasa kepada orang luar tetapi itulah hakikatnya. Pada masa sekarang kerja-kerja pengeluaran minyak dan gas sedang diusahakan.

Pelabur terutamanya pertama kali ingin menjejak kaki dibumi ini, tentulah menganggap keadaan ini diluar kawalan tetapi jika ingin meneruskan perniagaan disini anda mesti menelan hakikat tersebut.

Walau pun begitu, anda perlu mengambil panduan daripada mereka-mereka yang sudah lama disini dengan tanpa rasa ragu-ragu dan kalau kena caranya mereka ini pasti menolong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan