Jumaat, 12 November 2010

Made In Ibrahim......kejayaan anak-anak ex-ASMI


Kumpulan koir sekolah

Omar Zakuan, CT dan CT Nurmaisarah
Shafiq Yusoff

Anis Syazwani Abdul Malik

Nurfarah Farzana Mazlan
Baiti Jasmi
Afiq Wajdi Suhaimi
Malik Che Pa
Farudin Darus

Rabu lalu bersamaan dengan 10 November 2010, majlis anugerah cemerlang telah diadakan di SK Batu Empat, Jalan Jeniang, Gurun dan istimewanya didalam majlis tersebut sahabat-sahabat kita hadir sebagai pemberi hadiah antaranya ialah Abd. Malik Che Pa, Farudin Darus. Suhaimi Mansur dan Jasmi Mohd Nor antara anak mereka yang menerima hadiah.

Seperti biasalah mana-mana majlis pun dimulai dengan bacaan doa, ucapan YDP PIBG dan Guru Besar sekolah serta persembahan dan selingan. Tetapi kali ini ada sedikit kelainan dimana acara penutup agak bersemangat sekali dengan dendangan koir sekolah yang menyantikan lagu-lagu patriotik kebangsaan.

Senarai penerima hadiah pada hari tersebut.

1. Afiq Wajdi bin Suhaimi---anak kepada Suhaimi Mansur menerima hadiah tempat ketiga dalam aliran, kelas dan mata pelajaran terbaik bagi Bahasa Arab, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Jawi dan mendapat gred 5A.

2. Auni Syamimi bt. Abdul Malik- anak kepada Abdul Malik Che Pa pula menerima hadiah Matematik terbaik tahun 2 dengan markah 100 peratus.

3. Nur Baiti bt. Jasmi - anak kepada Jasmi Mohd Nor mendapat hadiah terbaik didalam matapelajaran Pendidikan Islam.

4. Nur Farah Farzana bt. Mazlan - anak penulis mendapat tempat ke 6 dalam aliran tahun 2 dengan keputusan 5A turut menerima hadiah pada majlis tersebut.

5. Muhammad Syafiq bin Md. Yusoff - anak jiran penulis mendapat tempat ke 5 dalam aliran dengan kejayaan yang cemerlang.

6. Anis Syazwani bt. Abdul Malik - anak kepada Abdul Malik Che Pa mendapat tempat pertama bagi tahun 5 didalam kelas dan aliran dengan markah cemerlang 5A dan terbaik dalam mata pelajaran BM-penulisan, Matematik dan Bahasa Arab.

Kepada penerima anugerah cemerlang ini diharapkan dapat mengekalkan prestasi anda hingga kepada peperiksaan sebenar iaitu UPSR dan penulis juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..tahniah buat anak-anak yg berjaya. Tahniah jg buat bapa-bapa ex-ASMI..lama tk dengar sebutan ni..banyak kenangan SM Ibrahim ngan hang pa semua..

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada bapa-bapa ex ASMI di batu 4, Gurun, Kedah. Anak2 ex ASMI yang berselerakan di serata negara juga dengarnya turut mempunyai anak2 yg cemerlang.. terima kasih ASMI kerana melahirkan bapa2 yang berwibawa.. terima kasih rahman, terima kasih azizan.. thehehe

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada Yaakop dan Jess kerana sudi memberi komen didalam blog ini. Kerap-kerap memberi komen bernas anda kerana tiket percuma untuk terbang ke PNG jika komen anda terpilih untuk memenangi peraduan melancong keluar negara anjuran blog ini.

    BalasPadam