Jumaat, 5 November 2010

Banjir di Kedah




Selama hampir 100 tahun, inilah banjir paling teruk itu pun menurut blog Kedahlanie dan diucapkan takziah semua mangsa dan banyak-banyaklah bersabar. Itu terbaru dari Kedah dan paling suram kekalahan Pakatan Rakyat dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi merupakan satu perkara yang perlu direnung sedalam-dalamnya oleh pihak yang terlibat.

Pada pandangan penulis misalnya di Galas, ini merupakan kerja kuat UMNO dan BN gaya sederhana dan kesetiaan rakyat Galas kepada putera raja, Tengku Razaliegh. Besarnya pengaruh KULI disana tidak boleh diganggugugat dan itulah cara politik orang Kelantan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan pilihanraya tersebut berlangsung dalam aman.

Bagi diri penulis sendiri, ini merupakan minggu terakhir berkerja di ladang getah dan sawit. Notis berhenti kerja sudah dibaca oleh majikan dan beliau seolah setuju dengan notis tersebut. Keseronokan bekerja disana merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan sukar untuk mendapat satu pembelajaran yang amat berharga. Daripada kosong hinggalah sendiri tahu bagaimana untuk menoreh dan mengutip skrap dan susu.

Penulis akan terbang ke PNG selepas raya haji (dengan izin Allah) dan dijangka berada disana selama 1 bulan bagi memulakan kerja-kerja peringkat awal didalam sesuatu projek hutantani. Tawaran tersebut sebenarnya sudah lama diterima tetapi sengaja penulis membiarkan perkara ini tiba dipenghujung tahun kerana ingin berada lama disini. Sejak bulan Mac lagi penulis ditawarkan peluang tersebut dan bagaimana berlaku semua ini hanyalah dengan izin Allah semata-mata.

sebelum menjejak kaki dibumi asing, adalah baiknya penulis menghabiskan saki baki kerja yang tertunggak seperti pemasaran baja bioliquid dan proses pembelian dan penjualan tanah. Diharapkan semuanya selesai sebelum hari raya korban ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan