Sabtu, 18 Disember 2010

Cukup Haul

Tepat jam 3.00 petang, makanya pesawat Airniugini akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson menuju ke barat sebelum mendarat di KLIA pada jam 7.00 waktu tempatan. Insyaallah, diharapkan semua berjalan dengan selamat dan dapatlah menemui keluarga tercinta setelah 28 hari bermukim di bumi 'Paradise' ini. Sejak awal lagi Haji Alias sudah mengemas pakaian dan ikan karrua belu untuk dibawa pulang dan sebentar tadi beliau sudah pun bersiap-siap untuk ke bandara.

Tetapi penulis masih sempat menulis bagi memastikan tiada peristiwa tertinggal disini. Sejak hari mula tiba sehingga hari perlepasan, banyak sekali peristiwa-peristiwa yang bakal diceritakan didalam blog ini. Bagi memudahkan pembaca mengikuti apa yang sebenarnya berlaku disini selama hampir sebulan, saya akan menerbitkan secara bersiri.
Untuk kali ini, dimulakan dengan minggu pertama tiba disini. Sejak berlepas dari KLIA dengan keadaan hampir tertinggal penerbangan. Bersyukurlah semua sempurna apabila tiba di Port Moresby dan menginap di SAM RESORT, dekat Waigani.
Untuk minggu pertama, kebanyakkan kerja-kerja tertumpu kepada asas iaitu penubuhan syarikat, pengenalan kawasan, berkenalan dengan tuan-tuan tanah dan melawat kawasan kerja. Apa yang mustahak adalah berjumpa dengan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan projek hutan tani seperti pihak Jabatan Pertanian, Perhutanan, Kuarantin, Kastam dan Imigresen serta Pejabat Pentadbran Wilayah Tengah.

Hari Isnin minggu pertama disini, apa yang dicari adalah peta kawasan kerja dan berbincangan dengan tuan-tuan tanah sempadan puak mereka didalam hutan. Masa diberi selama 2 hari diselesaikan dan kembali kepada pihak MATA BRAIT untuk dimasukkan kedalam peta. Setelah mendapat persetujuan dari tuan-tuan tanah, maka kami pun memohon untuk mendapatkan pengesahan hak milik tuan tanah dari pejabat tanah bagi memastikan nombor siri ILG itu adalah betul. Usaha untuk mendapatkan ini memakan masa agak lama dan akhirnya perkara yang dipohon berjaya dengan senarai nama dan nombor ILG dikeluarkan. Setelah memperolehi dua perkara tersebut, barulah dibenarkan membuat penubuhan syarikat.

Ke Boroko untuk membuka peti surat dan diperolehi dengan mudah kerana tempat tersebut merupakan kawasan tumpuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan