Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat pulang

Bersama Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Noh Omar semasa di KLIA.
Ikan yang ditangkap dari sungai Brown



Audi sport yang jarang dilihat


Sahabat lama Samsul dengan wajah terkini.



Pandangan dari dalam perut pesawat.




Pagi 18.12.2010, hari sabtu adalah terlalu awal aku bangun hari itu, kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan (2 jam lebih awal dari waktu Malaysia). Lepas mandi dan buat apa yang patut, buka komputer. Semalam Samsul janji nak datang awal, seperti biasa main pingpong tapi hari ini dia kata nak main habis-habisan dengan aku. Semalam dia menang 3-2 jadi rasa nak balas dendam tu adala. Balik-balik dia mai lewat, hampir jam 10.30 pagi. Masa tu juga aku nak pi hantar kereta balik setelah 28 hari menyewa.

Jam dah masuk pukul 11 pagi, dari tempat sewa kereta kami terus ke lapangan terbang untuk urusan check in dan setelah mendapat boarding pass, balik semula ke pejabat. Makan tengahari di sana dan jam 2 petang berlepas ke Jackson airport. Pukul 3.30 petang boeing 757 pun berlepas ke Kuala Lumpur.

Selama hampir 7 jam diudara, kami pun mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Nah berjengkit pula aku semasa turun dari pesawat, entah kenapa mungkin penyakit lama menyerang kembali. Ruang dalam pesawat umpama sardin, sangat sempit sehingga terpaksa aku menjadi kaku hampir selama 7 jam. Sebelah dihimpit oleh orang-orang yang besar. Makanya jadi semputla aku.

Bersama Tan, kami pun berlepas ke Penang pada jam 11.45 dan tiba di Bayan Lepas sejam kemudian. Terus ke Sungai Petani dan jam 3 pagi barulah tiba dirumah.

1 ulasan:

  1. tahniah kerana penulis dapat bergambar dengan dato' menteri. Gambar kereta sport audi yang sama saudara penulis telah letakkan di entri yang lain. Saya cadangkan saudara penulis letakkan juga kereta sport yang lain jika ada.

    BalasPadam