Selasa, 25 Mei 2010

Cuti yang panjang

Sejak terima notis pemberhentian pada 1 April 2010 dahulu, masuk dengan hari ini sudah 55 hari bercuti dan sampai bila pun belum ada kesudahannya. Sebelum itu sibukla sedikit dengan tugasan pejabat yang tidak seberapa tetapi selepas itu kepala menjadi beku.

Kenapa aku diberhentikan? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pemberhentian ini disebabkan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk membiayai projeknya di luar negara. Ini berdasarkan kepada beberapa pendapat yang boleh dikira pakai seperti berikut:

a) Sebagai kerajaan negeri, selepas memenangi pilihanraya pada 8 Mac 2008, kerajaan mengambil keputusan untuk melabur diluar negara dengan memasuki bidang pertanian seperti kelapa sawit atau pun getah. Ini memandangkan kerajaan negeri ingin mengekalkan keluasan hutan simpan yang ada sekarang dengan tidak membuka tanah baru. Jika ingin mengerjakan sebuah ladang, sekurang-kurangnya tanah seluas 5,000 hektar perlu dikorban dan nanti apa kata rakyat sekalian dan dengan itu keputusan untuk membuka ladang baru diluar negara diputuskan.

b) Memenuhi keperluan jangka panjang dengan istilah 'food securities' dan keputusan untuk menanam kelapa sawit telah dibuat dan perjanjian dimenterai antara kedua belah pihak antara sebuah syarikat swasta yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian di luar negeri dan kerajaan negeri. Tandatangan yang dibuat selepas hari raya puasa tahun 2008 didalam pejabat MB merupakan satu langkah kehadapan yang dihadiri oleh beberapa pegawai kanan MB sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Azizan Razak.

c) Memenuhi kehendak rakyat dengan tidak menghalau sesiapa keluar dari tanah mereka apabila tanah pertanian hendak dikerjakan. Ini dapat menjimatkan kos pentadbiran seperti membayar pampasan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah dan sebagainya seperti terjadi di Langkawi sehingga hari ini pengusaha-pengusaha kebun belum berpuas hati dengan pengambilan tanah yang diusahakan oleh mereka.

d) Penanda Aras atau pemacuan kerja kerajaan negeri dan ini satu contoh paling aktif selepas memegang tompok pemerintahan baru dimana rakyat tahu hala tuju sesebuah kerajaan baru dan selari dengan apa yang dikempennya semasa pilihanraya. Keselamatan makanan merupakan janji kerajaan kepada rakyat dengan tidak mengambil tanah rakyat untuk membuat pembangunan. Dengan memajak tanah lain sebagai ganti kepada rakyat dan hasil keuntungan dari sana nanti dipulangkan kepada rakayat.

e) Berita pembelian saham ini iaitu sebanyak 70% oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat milik kerajaan iaitu Kedah Corporation telah menjadi bahan berita seperti di The Star, Utusan Malaysia, Bernama, The National, PNG dan jaringan internet seperti Kedahlanie dan lain-lain.
Ini merupakan satu pengumuman keseluruh rakyat jelata dan pemberitahuan secara rasmi kepada seluruh rakyat negeri Kedah akan kejayaan kerajaan negeri memiliki saham tersebut.

Sebagai salah seorang staff yang bekerja dengan syarikat tersebut adalah menjadi tanggungjawab untuk aku mengrungkaikan segala kekusutannya. Ini adalah untuk menyatakan kebenaran yang sebelum tiada siapa yang berani menyatakan kebenaran tersebut.

Kisah pelaburan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS keluar negeri telah menjadi satu isu yang besar. Ini kerana sebelum ini tidak pernah anak syarikat kerajaan dipelawa dan membuat langkah yang drastik sebegitu. Tidak tahu pula mungkin ada yang cemburu dengan kejayaan tersebut atau ada yang tercicir dari peringkat awalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan