Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat pulang

Bersama Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Noh Omar semasa di KLIA.
Ikan yang ditangkap dari sungai Brown



Audi sport yang jarang dilihat


Sahabat lama Samsul dengan wajah terkini.



Pandangan dari dalam perut pesawat.




Pagi 18.12.2010, hari sabtu adalah terlalu awal aku bangun hari itu, kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan (2 jam lebih awal dari waktu Malaysia). Lepas mandi dan buat apa yang patut, buka komputer. Semalam Samsul janji nak datang awal, seperti biasa main pingpong tapi hari ini dia kata nak main habis-habisan dengan aku. Semalam dia menang 3-2 jadi rasa nak balas dendam tu adala. Balik-balik dia mai lewat, hampir jam 10.30 pagi. Masa tu juga aku nak pi hantar kereta balik setelah 28 hari menyewa.

Jam dah masuk pukul 11 pagi, dari tempat sewa kereta kami terus ke lapangan terbang untuk urusan check in dan setelah mendapat boarding pass, balik semula ke pejabat. Makan tengahari di sana dan jam 2 petang berlepas ke Jackson airport. Pukul 3.30 petang boeing 757 pun berlepas ke Kuala Lumpur.

Selama hampir 7 jam diudara, kami pun mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Nah berjengkit pula aku semasa turun dari pesawat, entah kenapa mungkin penyakit lama menyerang kembali. Ruang dalam pesawat umpama sardin, sangat sempit sehingga terpaksa aku menjadi kaku hampir selama 7 jam. Sebelah dihimpit oleh orang-orang yang besar. Makanya jadi semputla aku.

Bersama Tan, kami pun berlepas ke Penang pada jam 11.45 dan tiba di Bayan Lepas sejam kemudian. Terus ke Sungai Petani dan jam 3 pagi barulah tiba dirumah.

Sabtu, 18 Disember 2010

Cukup Haul

Tepat jam 3.00 petang, makanya pesawat Airniugini akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson menuju ke barat sebelum mendarat di KLIA pada jam 7.00 waktu tempatan. Insyaallah, diharapkan semua berjalan dengan selamat dan dapatlah menemui keluarga tercinta setelah 28 hari bermukim di bumi 'Paradise' ini. Sejak awal lagi Haji Alias sudah mengemas pakaian dan ikan karrua belu untuk dibawa pulang dan sebentar tadi beliau sudah pun bersiap-siap untuk ke bandara.

Tetapi penulis masih sempat menulis bagi memastikan tiada peristiwa tertinggal disini. Sejak hari mula tiba sehingga hari perlepasan, banyak sekali peristiwa-peristiwa yang bakal diceritakan didalam blog ini. Bagi memudahkan pembaca mengikuti apa yang sebenarnya berlaku disini selama hampir sebulan, saya akan menerbitkan secara bersiri.
Untuk kali ini, dimulakan dengan minggu pertama tiba disini. Sejak berlepas dari KLIA dengan keadaan hampir tertinggal penerbangan. Bersyukurlah semua sempurna apabila tiba di Port Moresby dan menginap di SAM RESORT, dekat Waigani.
Untuk minggu pertama, kebanyakkan kerja-kerja tertumpu kepada asas iaitu penubuhan syarikat, pengenalan kawasan, berkenalan dengan tuan-tuan tanah dan melawat kawasan kerja. Apa yang mustahak adalah berjumpa dengan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan projek hutan tani seperti pihak Jabatan Pertanian, Perhutanan, Kuarantin, Kastam dan Imigresen serta Pejabat Pentadbran Wilayah Tengah.

Hari Isnin minggu pertama disini, apa yang dicari adalah peta kawasan kerja dan berbincangan dengan tuan-tuan tanah sempadan puak mereka didalam hutan. Masa diberi selama 2 hari diselesaikan dan kembali kepada pihak MATA BRAIT untuk dimasukkan kedalam peta. Setelah mendapat persetujuan dari tuan-tuan tanah, maka kami pun memohon untuk mendapatkan pengesahan hak milik tuan tanah dari pejabat tanah bagi memastikan nombor siri ILG itu adalah betul. Usaha untuk mendapatkan ini memakan masa agak lama dan akhirnya perkara yang dipohon berjaya dengan senarai nama dan nombor ILG dikeluarkan. Setelah memperolehi dua perkara tersebut, barulah dibenarkan membuat penubuhan syarikat.

Ke Boroko untuk membuka peti surat dan diperolehi dengan mudah kerana tempat tersebut merupakan kawasan tumpuan.

Khamis, 2 Disember 2010

Port Moresby

Orkid terbaik didunia boleh didapati di Papua New Guinea.

Pelabuhan dan pusat bandar Port Moresby

Port Moresby dari Takuarara

Berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas pada 20.11.2010 bersama keluarga yang mengiringi termasuk ayah dan ibu, isteri dan anak-anak. Sebelum itu terus ke Balik Pulau dahulu singgah dirumah saudara sehinggalah jam 4.oo petang.

Semula ke lapangan terbang untuk perjalanan ke KLIA. Penerbangan ditangguhkan hingga jam 6.30 petang dan tiba di KL jam 8.00 malam. Apa tidaknya, terpaksa mendarat dua kali kerana angin lintang semasa mengambil tempat untuk mendarat kali pertama. Suasana semasa itu tidaklah cemas juga kerana sudah dimaklumkan untuk mendarat kali keduanya.

Apabila tiba di KLIA, sudah jam 8.05 dan pada masa yang sama terpaksa pula mendaftar untuk masuk ke Air Nuigini. Punyalah kelam kabut sampai tak sempat nak ke tandas. Tapi semua selesai dengan tenang kerana pengalaman lampau. Alhamdulillah......................

Tiba dibalai perlepasan, Haji Alias sudah menanti dan sama-sama kami memasuki badan pesawat. Lepas ambil tempat duduk, rasa penat tadi pun hilang dan cuma tunggu untuk menimati makan malam. Selepas makan, mata mengantuk dan tiba-tiba sudah mahu pesawat sudah mahu mendarat. Setelah mengharungi perjalanan selama 6 jam 30 minit, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson, Port Moresby.

Kehadiran dengan menggunakan (VOA) visa on arrival, tidaklah sesukar mana untuk melepasi pemeriksaan imegresen dan bagasi pula diperiksan dengan lancar sekali. Kehadiran semula ke Port Moresby (POM) setelah agak lama meninggalkan bandar tersebut selama hampir 21 bulan tidaklah memberi kesan apa-apa cuma perubahan bandaraya tersebut agak menakjubkan.

Kesesakan lalu lintas, kebersihan dan ketenangan pada bandar tersebut merupakan sesuatu yang baru. Kelihatan juga pembangunan terbaru mengambil tempat seperti pembinaan hotel oleh syarikat dari Korea Selatan, pembinaan hotel tertinggi di pusat bandar, Great Papuan Hotel, Vision City oleh Rimbunan Hijau, pembesaran hotel Holiday Inn, penambahan bilik-bilik Lamana Hotel, begitu juga Airways hotel dan disekitar Ela Beach.

Dan yang paling menakjubkan adalah kenaikkan harga sewaan rumah, jika setahun lepas harga sekitar K900 seminggu, sekarang sudah meningkat hampir 100% terutamanya dikawasan-kawasan penting. Ada sesetengah boleh menjangkau sehingga K12,000 seminggu. Agak luar biasa kepada orang luar tetapi itulah hakikatnya. Pada masa sekarang kerja-kerja pengeluaran minyak dan gas sedang diusahakan.

Pelabur terutamanya pertama kali ingin menjejak kaki dibumi ini, tentulah menganggap keadaan ini diluar kawalan tetapi jika ingin meneruskan perniagaan disini anda mesti menelan hakikat tersebut.

Walau pun begitu, anda perlu mengambil panduan daripada mereka-mereka yang sudah lama disini dengan tanpa rasa ragu-ragu dan kalau kena caranya mereka ini pasti menolong.