Selasa, 27 Julai 2010

Garam dan khasiatnya.............

Dengan izin kepada sesiapa yang berkenaan.

Garam...................

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini
adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala
masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong
rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan
makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,. …. Garam
datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.

Banyak kegunaan garam….

- pengawit ikan supaya tidak busuk.
- menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air
garam sebelum merebusnya/masak.
- Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air
garam sebelum di masak.
- Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air
garam.


Kegunaan garam dalam perubatan Islam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang
berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah
tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk
keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air
garam. Antaranya:


1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak
dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai… goring 1 – 2 genggam
garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bungkus lah dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit
garam
atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani,
bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam.
6. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah
pagi.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum
mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan,
meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai
udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada
menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara
Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau
sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan
jin/makhluk halus.

1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan
di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut
semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di
hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan
benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang
roma bersama-sama jin.

Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan
dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan